Font size
WorksheetsPEP 04 – Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Kesepaduan Nasional didukung dan mesti dimantapkan melalui 3 proses rangkaian KECUALI
Perpaduan yang diidamkan
Penyatupaduan yang diusahakan
Kesatuan yang dibincangkan
Kesepaduan yang dicapai
Kesepaduan bermaksud keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi masih lagi terdapat perbezaan antara masyarakat.
Apakah bentuk perbezaan wujud dalam konsep kesepaduan tersebut?
Defisit sosial
Integrasi sosial
Diskriminasi sosial
Inflasi sosial
Perbezaan kaum dan agama melahirkan diversity ritual dan amalan kepercayaan.
Bagaimanakah cara terbaik bagi menangani isu ini?
Menafikan hak dan kepercayaan kaum lain
Titik perbezaan kaum dan kepercayaan diterima dan berlapang dada
Melupakan sebentar identiti kepercayaan sendiri dan menyertai kaum lain
Menghapuskan kaum lain agar tidak berlaku lagi sebarang konflik
Pilih contoh yang TEPAT bagi detik perpaduan dan detik perbezaan.
Mengadakan Majlis Perkahwinan
Sokongan dalam sukan
Menikmati cuti umum pelbagai perayaan
Mengundi dalam pilihanraya umum
Bagaimana kesepaduan sosial dalam aspek bahasa dapat di capai?
Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu kepada semua kaum
Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain boleh digunakan
Mewajibkan penggunaan pelbagai bahasa supaya pelbagai kaum boleh berintraksi antara satu sama lain
Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris supaya pelbagai kaum dapat berintraksi melalui kedua-dua bahasa ini dengan baik
Pilih contoh yang TEPAT yang menunjukkan kesepaduan sosial dalam aspek agama.
Mewajibkan semua kaum menganuti agama tertentu supaya kesepaduan dapat dicapai bersama
Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi mengikut Perlembagaan dan agama lain boleh diamalkan
Saling menghormati agama yang dianuti oleh pelbagai kaum di negara ini
Mengehadkan kepada kepercayaan tertentu dalam beragama di negara ini
Era bagi perpaduan penduduk di Malaysia terbahagi kepada 3, iaitu:
Era kesepaduan sosial, era pembangunan, era konflik
Era tegang tapi stabil, era konflik, era kesefahaman masyarakat
Era konflik, era kesefahaman masyarakat, era tegang tapi stabil
Era konflik, era tegang tapi stabil, era kesepaduan sosial
"Suatu bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara berbilang etnik."
Kenyataan ini merujuk kepada _____.
Kesepaduan
Perpaduan
Penyatupaduan
Kesatuan
Keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yang utuh. Kenyataan ini merujuk kepada _____.
Kesepaduan
Perpaduan
Penyatupaduan
Kesatuan
Usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial. Kenyataan ini merujuk kepada _____.
Kesepaduan
Perpaduan
Penyatupaduan
Kesatuan
