NEW
Font size
WorksheetsKOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda oleh Parlimen sahaja kerana persetujuan harus diperoleh daripada Majlis Raja-Raja (MRR) terlebih dahulu. Peruntukan yang dimaksudkan ialah
A. Perkara 152 sahaja
B. Perkara 153 sahaja
C. Perkara 152 dan perkara 153
D. Perkara 150
2. Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam hal-hal berikut kecuali
A. Memilih atau memecat YDPA atau timbalan YDPA dari jawatannya
B. Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan ditetapkan oleh perlembagaan
C. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan negeri
D. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa hukuman yang dijatuhkan ke atas seseorang pesalah di mahkamah
3. Tugas-tugas Badan Eksekutif (Pelaksana) di bahagikan kepada:
A. Mentadbir negara, perhubungan diplomatik dan badan pengampunan
B. Mentadbir negara, perhubungan diplomatik dan badan penggubal undang-undang
C. Perhubungan diplomatik, badan penggubal undang-undang dan badan pentadbiran negara
D. Mentadbir negara dan meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial
4. Berikut adalah peranan Kabinet di bawah Badan Eksekutif kecuali
A. Kabinet bertanggungjawab dalam merangka dan menjalankan dasar tertinggi negara
B. Kabinet membincang soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam
C. Kabinet bertanggungjawab menjalankan pemerintahan dan penguatkuasaan undang-undang
D. Kabinet menyelaras program-program untuk pembangunan negara
5. Menurut Perkara 44 tentang keanggotaan Parlimen Parlimen terdiri daripada
A. Dewan Rakyat dan Dewan Negara
B. Yang Di Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen
C. Dua Majlis Parlimen sahaja
D. Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan dua Majlis Parlimen
6. Berikut adalah peranan Badan Perundangan (Legislatif) Malaysia kecuali
A. Menggubal undang-undang
B. Membincang masalah-masalah dunia dan serantau
C. Memecat dan meluluskan kelayakan untuk ahli-ahlinya
D. Meluluskan atau membatalkan belanjawan negara
7. Mentafsir undang-undang merupakan salah satu peranan Badan Kehakiman (Judisiari). Pernyataan manakah tepat tentang peranan tersebut?
A. Badan ini bertanggungjawab menilai undang-undang tersebut
B. Badan ini bertanggungjawab mentafsir undang-undang tersebut
C. Badan ini bertanggungjawab menilai undang-undang tersebut serta menetapkan hukuman yang setimpal
D. Badan ini bertanggungjawab mentafsir undang-undang tersebut dan menetapkan hukuman yang setimpal
8. Kebebasan Badan Kehakiman bermaksud
A. Bebas daripada kawalan Badan Pentadbiran dan Perundangan
B. Bebas daripada kawalan Badan Pentadbiran dan Jabatan Perdana Menteri
C. Bebas daripada kawalan Jabatan Perdana Menteri dan perundangan
D. Bebas daripada kawalan Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri
9. Kriteria perlucutan jawatan Hakim Mahkamah Agong / Mahkamah Tinggi adalah seperti berikut kecuali
A. Seorang Hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur persaraan 65 tahun kecuali kelakuannya tidak baik atau tidak berupaya meneruskan tugasnya
B. Pemecatan jawatannya boleh dilaksanakan dengan adanya tribunal khas atas nasihat Perdana Menteri dan ahli-ahlinya terdiri daripada lima atau lebih hakim-hakim yang telah bersara atau masih memegang jawatan
C. Seorang Hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur persaraan 60 tahun kecuali kelakuannya tidak baik atau tidak berupaya meneruskan tugasnya
D. Bagi tujuan perlucutan jawatan, kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen
10. Mahkamah Rayuan mendengar kes-kes
A. Daripada Mahkamah Tinggi sahaja
B. Tuntutan kurang daripada RM250 000.00
C. Yang boleh membawa hukuman mati sahaja
D. Daripada Mahkamah Rendah sahaja
