wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENGETAHUAN AGAMA BIL. 1/2022

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang benar mengenai hasil karya HAMKA

a)

‘Lembaga Hidup’ - bidang sastera

b)

‘Falsafah Hidup’ - bidang sastera

c)

‘Tafsir al-Azhar’ - bidang agama

d)

‘Pandangan Hidup Muslim’ - bidang agama

2.

Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai kesan perbuatan riddah.

a)

Menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam.

b)

Menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman.

c)

Menyebabkan hubungan suami isteri terbatal.

d)

Menyekat akal berfikir secara logik.

3.

Siapakah pengasas ajaran Bahai?

a)

Mirza Gulam Ahmad

b)

Zaid bin Ali Zainal Abidin

c)

Haji Muhammad bin Shafie

d)

Husin Ali Al-Mazandarani

4.

Menimbulkan kesedaran untuk berjuang membebaskan tanah air dan umat Islam Bersatu melalui gagasan ‘al-Jamiah al-Islamiah’. Pernyataan di atas merujuk kepada kesan islah yang dibawa oleh?

a)

HAMKA

b)

Rashid Redha

c)

Syah Waliyullah al-Dahlawi

d)

al-Sayid Jamaluddin al-Afghani

5.

Hikmah Allah S.W.T. merahsiakan kejadian hari kiamat supaya manusia?

a)

Meninggalkan kemewahan hidup

b)

Dapat mengalaminya apabila mati

c)

Dapat membuktikan kebenarannya

d)

Taat dan patuh kepada perintah-Nya

6.

Setelah amalan baik dan jahat dibacakan, amalan tersebut ditimbang untuk menentukan ke arah mana mereka akan ditempatkan sama ada ke syurga atau ke neraka. Antara yang berikut yang manakah yang menjelaskan situasi ini?

a)

Hari hisab

b)

Hari kiamat

c)

Hari kematian

d)

Hari kebangkitan

7.

Islam mengharuskan seseorang tidak berpuasa di bulan Ramadan sekiranya bermusafir. Pernyataan ini adalah contoh kesederhanaan dalam Islam dari aspek?

a)

Ibadat

b)

Akhlak

c)

Kerohanian

d)

Perundangan

8.

Antara yang berikut yang manakah etika kerja dalam Islam?

a)

Bertoleransi dalam semua perkara

b)

Berpuas hati terhadap setiap hasil kerja

c)

Berlemah lembut dalam semua tindakan

d)

Bersungguh-sungguh menyiapkan setiap tugasan

9.

Antara yang berikut yang manakah merupakan keunggulan perundangan Islam?

a)

Hakim bebas membuat keputusan

b)

Hukuman bersifat memberi pengajaran

c)

Hakim membuat keputusan tanpa ragu-ragu

d)

Hukuman dipersetujui oleh kedua-dua pihak

10.

Sesebuah masyarakat yang hidup sayang-menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain merujuk kepada pengertian?

a)

Jati diri ummah

b)

Perpaduan ummah

c)

Kesaksamaan social

d)

Jaminan keselamatan

11.

Pilih pernyataan yang betul mengenai perbezaan penyelesaian masalah cara Islam dengan cara konvensional.

a)

Berteraskan sentimen dan berteraskan emosi.

b)

Matlamat untuk dunia dan matlamat untuk akhirat.

c)

Menambahkan keyakinan kepada diri sendiri dan menambahkan keyakinan kepada Allah S.W.T.

d)

Al-Quran dan Al-Hadis sebagai rujukan dan pemikiran manusia sebagai rujukan.

12.

Antara yang berikut yang manakah kesan pendewaan terhadap manusia?

a)

Mengurangkan pahala ibadah

b)

Dipinggirkan masyarakat

c)

Meruntuhkan akhlak

d)

Terpesong akidah

13.

Antara yang berikut yang manakah tanggungjawab manusia terhadap Allah S.W.T.?

a)

Mengerjakan haji lebih daripada sekali

b)

Menunaikan puasa sepanjang tahun

c)

Mengeluarkan zakat apabila mampu

d)

Mendirikan solat tanpa mengira waktu

14.

Antara yang berikut yang manakah ciri sistem sosial Islam?

a)

Bertoleransi dalam semua urusan

b)

Pergaulan berdasarkan tuntutan wahyu

c)

Mengutamakan individu daripada ummah

d)

Mengamalkan adat resam pelbagai kaum

15.

Menggunakan kemahiran dan kepakaran untuk memperoleh keuntungan peribadi dengan cara yang salah. Pengertian pernyataan ini merujuk kepada?

a)

Riba

b)

Rasuah

c)

Monopoli

d)

Manipulasi

16.

Hukum bagi perkara yang digalakkan untuk dilakukan ialah sunat. Hukum bagi larangan Allah S.W.T. yang mesti ditinggalkan ialah?

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Makruh

d)

Haram

17.

Nabi Muhammad S.A.W., Nabi Isa a.s., Nabi Nuh a.s. dan Nabi Musa a.s. ialah empat rasul Ulul Azmi. Siapakah seorang lagi rasul Ulul Azmi?

a)

Nabi Adam a.s.

b)

Nabi Yusuf a.s.

c)

Nabi Ibrahim a.s.

d)

Nabi Yaakob a.s.

18.

Pilih pernyataan yang SALAH berdasarkan pernyataan di bawah mengenai tanggungjawab manusia dan contohnya.

a)

Terhadap Allah S.W.T. ialah melaksanakan segala perintah-Nya

b)

Terhadap makhluk ialah memanfaatkan segala isi alam

c)

Terhadap keluarga ialah menyediakan kemudahan awam

d)

Terhadap masyarakat ialah mengawasi tingkah laku pelajar

19.

Antara yang berikut yang manakah peraturan dalam pemilikan harta?

a)

Harta mesti disimpan keseluruhannya

b)

Harta wajib dibelanjakan mengikut keinginan

c)

Harta boleh diperoleh daripada pelbagai sumber

d)

Harta yang diperoleh perlu ditunaikan kewajipannya

20.

Kelebihan muamalah Islam terhadap hubungan sesama manusia ialah?

a)

Menyimpan wang hasil perniagaan

b)

Mendapatkan keredaan daripada Allah S.W.T.

c)

Melahirkan semangat tolong-menolong dan bekerjasama

d)

Menambahkan pahala sekiranya diniatkan sebagai ibadat

21.

Apakah maksud perkahwinan menurut syarak?

a)

Pertalian antara suami dan isteri untuk membina keluarga bahagia.

b)

Perjanjian yang sah antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama.

c)

Hubungan yang teguh antara suami dengan isteri dalam tempoh masa tertentu.

d)

Ikatan teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah.

22.

Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak. Pernyataan ini merujuk kepada pengertian?

a)

Ijmak

b)

Fikah

c)

Fatwa

d)

Qadha

23.

Pilih jawapan yang betul mengenai kepentingan sistem kehakiman Islam.

a)

Mendidik jiwa manusia

b)

Menjatuhkan hukuman yang adil

c)

Membebaskan tertuduh jika ada keraguan

d)

Tidak menjatuhkan hukuman ketika marah

24.

Apakah hikmah penepatan hukum harus dalam Islam?

a)

Memastikan manusia melakukan kebaikan

b)

Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan

c)

Memastikan manusia melakukan perkara asas dalam agama

d)

Memberikan kebebasan untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu perkara

25.

Sistem al-Mudharabah amat praktikal kepada pelabur dan pengusaha kerana?

a)

Pelabur dapat mengembangkan hartanya walaupun tiada kepakaran

b)

Pelabur yang mempunyai kepakaran dapat mengembangkan hartanya

c)

Penguasaha yang mempunyai kepakaran dan modal dapat mengembangkan hartanya

d)

Penguasaha yang mempunyai modal dapat mengembangkan hartanya