NEW
Font size
WorksheetsDSM2133-KUIZ MARKAH TAMBAHAN
Total questions: 10
Worksheet time: 50mins
Berikut merupakan perkara yang terkandung di dalam terma dan syarat dalam kontrak perkhidmatan KECUALI
Cuti bersalin
Deskripsi kerja
Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
surat tawaran
Berikut merupakan perbezaan di antara kontrak perkhidmatan dengan kontrak untuk perkhidmatan KECUALI
Kontrak perkhidmatan merupakan status pekerja manakala kontrak untuk perkhidmatan merupakan status kontrak bebas.
Kontrak perkhidmatan akan membuat pembayaran gaji dan upah manakala kontrak untuk perkhidmatan akan membuat bayaran melalui invois pembayaran mengikut tempoh masa tertentu.
Kontrak perkhidmatan penamatan kontrak boleh dituntut di Mahkamah Sivil manakala penamatan kontrak boleh dituntut di Mahkamah Perindustrian.
Kontrak perkhidmatan merupakan hubungan pekerja dan majikan dikawal oleh perundingan pekerjaan manakala kontrak untuk perkhidmatan pula tiada peruntukan undang-undang memerlukan bayaran kepada kontraktor bebas
Hakim masih belum menerima gaji pada bulan Ogos 2022. Jika gaji Hakim ialah pada 31 Ogos 2022, berapa lamakah tempoh masa majikannya untuk membayar gaji Hakim?
5 hari
6 hari
7 hari
10 hari
Ahmad didapati bersalah kerana mencuri peti besi wang syarikat. Semasa siasatan dalaman di jalankan berapa lamakah Ahmad akan digantung kerja?
2 minggu
3 minggu
4 minggu
5 minggu
* Gantung kerja tanpa gaji
* Memberhentikan pekerja tanpa notis
Pernyataan ini merujuk kepada:
Seksyen 60, Akta Kerja 1955
Seksyen 14 (1) Akta Kerja 1955
Seksyen 59, Akta Kerja 1955
Seksyen 37 Akta Kerja 1955
Encik Bongjelas telah dipecat oleh majikannya tanpa alasan yang munasabah. Berikut merupakan aduan yang boleh dilakukan oleh beliau di bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan Perindustrian 1967, KECUALI
aduan hendaklah dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh pemecatan.
orang yang membuat rayuan ialah seorang pekerja.
pekerja sudah dipecat atau dianggap pecat tanpa alasan.
aduan dibuat secara bertulis.
Pihak Pengurusan di Syarikat Malindo Air Lines bercadang ingin menamatkan perkhidmatan pekerja di syarikatnya kerana jumlah keuntungan yang semakin merundum. Apakah yang dimaksudkan oleh pernyataan ini?
layoff / Pemberhentian sementara.
penamatan kontrak tanpa notis.
retrenchment / pengurangan pekerja.
penamatan kontrak dengan notis.
Azalika telah bekerja di Mentari Sdn. Bhd. selama 25 tahun. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana urusan keluarga. Bilakah tarikh akhir Janani bekerja jika beliau meletakkan jawatan pada 1 Julai 2022?
31 Julai 2022
1 Ogos 2022
25 Ogos 2022
31 Julai 2022
*Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan
*Kemalangan semasa kecemasan
*Penyakit khidmat
* kemalangan semasa dalam perjalanan.
Pernyataan di atas merujuk kepada..............................
Skim Bencana Pekerjaan
Skim Keilatan
Skim Insurans Pekerja
Skim Kemalangan Pekerja
Ali telah membawa kes pemecatan yang tidak adil oleh majikannya ke Mahkamah Perindustrian. Makamah Perindustrian telah memberikan award pada 1 Februari 2022. Beliau boleh memohon ke Mahakah Tinggi selewatnya pada__________
14 Februari 2022
1 Mac 2022
29 Februari 2022
2 Mac 2022
