wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU KLASIK

Total questions: 14

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Berikut teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Standard yang betul kecuali...

a)

Susunan ayat dalam petikan perlu dikekalkan.

b)

Bahasa istana tidak boleh diubah.

c)

Tanda baca tidak perlu dikekalkan.

d)

Bilangan ayat mestilah sama seperti teks asal.

2.

Berikut teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Standard kecuali...

a)

Nama watak boleh diubah.

b)

Nama tempat tidak boleh diubah.

c)

Jawapan mestilah sama bentuknya dengan petikan soalan dari segi pemerengganan.

d)

Nama watak tidak boleh diubah.

3.

Pilih jawapan yang betul tentang maksud bahasa istana.

a)

dititahkan - diperintahkan (raja)

b)

hamba - saya

c)

menyembah - memberi hormat dengan mengangkat kepala

d)

sembah - penghormatan kepada hamba

4.

Pilih jawapan yang betul tentang maksud bahasa istana.

a)

patik - hamba/saya (dipakai sewaktu bercakap kepada raja-raja)

b)

Daulat - ya/benar (digunakan ketika menyambut titah raja)

c)

menghadap - datang menemui (raja atau orang besar-besar)

d)

baginda - kata ganti diri kedua bagi raja

5.

Pilih jawapan yang betul bagi maksud bahasa istana.

a)

bertitah - berkata, memberi perintah

b)

murka - suka

c)

kurnia - belas kasihan/ timbang rasa/ kasih/ anugerah/ pemberian

d)

junjung - tidak menurut titah raja

6.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan bahasa Melayu Klasik di bawah.

KATA sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam.

a)

Kata tukang cerita, tersebutlah kisah Raja Benua Siam.

b)

Berkata tukang pemilik kisah, tersebutlah kisah Raja Benua Siam.

c)

Menurut tukang cerita, tersebutlah kisah berkenaan Raja Benua Siam.

7.

Pilih jawapan yang betul.

Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya.

a)

Dari zaman dahulu kala lagi negeri Siam dikenali orang sebagai Syahrunnuwi dan raja-raja negeri di bawah angin semuanya berada di bawah takluknya, dan nama rajanya Bubunnya.

b)

Sejak zaman dahulu kala lagi negeri Siam dikenali orang sebagai Syahrunnuwi dan kerajaan negeri di bawah angin semuanya berada di bawah takluknya, serta nama rajanya Bubunnya.

c)

Pada era dahulu kala negeri Siam dikenali ialah Syahrunnuwi dan raja-raja negeri di bawah angin semuanya berada di bawah takluknya, serta nama rajanya Bubunnya.

8.

Pilih jawapan yang betul.

Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah.

a)

Kedengaran hingga ke benua Siam Melaka merupakan sebuah negeri besar yang tidak dapat ditakluk, lalu Paduka Bubunnya pun menyuruh utusannya ke Melaka untuk meminta surat sembah.

b)

Telah kedengaran hingga benua Siam bahawa Melaka merupakan sebuah negeri besar yang tidak dapat ditakluki olehnya, lalu Paduka Bubunnya pun menyuruh utusannya ke Melaka untuk meminta surat sembah.

c)

Telah kedengaran hingga benua Siam bahawa Melaka merupakan sebuah negeri besar yang tidak dapat ditakluki olehnya, lalu Paduka pun menyuruh Bubunnya ke Melaka untuk meminta surat sembah.

9.

Pilih jawapan yang betul.

Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam.

a)

Namun Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah kepada benua Siam.

b)

Tetapi Sultan Muzaffar Syah tiada menyembah akan raja benua Siam.

c)

Walau bagaimanapun Sultan Muzaffar Syah enggan menyembah kepada benua Siam.

10.

Pilih jawapan yang tepat.

Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi.

a)

Lalu Raja Benua Siam sungguh marah, kemudian menyuruh bersiap siaga untuk menyerang Melaka dan Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu ramai.

b)

Setelah Raja Benua Siam marah sangat, lalu menyuruh bersiap sedia untuk menyerang Melaka; Awi Cakri ialah panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak sungguh jumlahnya.

c)

Kemudian Raja Benua Siam amat marah, lalu menyuruh bersiap sedia untuk menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu ramai yang tidak terkira jumlahnya.

11.

Pilih jawapan yang tepat.

Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpemanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.

a)

Lalu dipersembahkan orang kepada ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalangnya, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu ramai tidak terkira jumlahnya, berjalan mengikut jalan darat terus ke hulu Pahang.

b)

Kemudian dipersembahkan orang kepada Sultan Muzaffar Syah iaitu Raja Benua Siam menitahkan hulubalangnya, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu ramai, berjalan mengikut jalan darat terus ke hulu Pahang.

c)

Lalu dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalangnya, Awi Cakri namanya, membawa rakyat sungguh ramai tidak terhitung, berjalan mengikut darat menghala hulu Pahang.

12.

Pilih jawapan yang tepat.

Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka.

a)

Lalu telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar berita itu, lalu baginda menyuruh berkumpul segala rakyat ke teluk rantau berhimpun ke Melaka.

b)

Lalu Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, kemudian baginda pun menyuruh orangnya menghimpunkan seluruh rakyat teluk rantau berhimpun di Melaka.

c)

Kemudian setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan semua rakyat teluk dan rantau berkumpul ke Melaka.

13.

Pilih jawapan yang tepat.

Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali.

a)

Setelah itu akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak dan isterinya sekali.

b)

Seterusnya Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak dan isterinya sekali.

c)

Sementara itu Tun Perak membawa penduduk Kelang ke Melaka bersama-sama anak dan isteri mereka sekali.

14.

Pilih jawapan yang tepat.

Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, "Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali."

a)

Lalu orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, "Ya tuanku, semua teluk rantau yang lain menghadap dengan lelaki sahaja; namun patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali."

b)

Kemudian orang Kelang bersembah kepada Sultan, "Ya tuanku, seluruh teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan tetapi kami sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali."

c)

Lalu orang Kelang datang kepada Sultan, "Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki sahaja; tetapi patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali."