NEW
Font size
Worksheets05.01 MEMOTONG FABRIK BLAUS DAN SKIRT
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
1. Yang manakah antara ukuran berikut tidak diperlukan untuk
mendraf pola Blaus.
A. Pinggang
B. Labuh kain
C. Pinggang
D. Paras pinggang
2. Apabila mendraf pola skirt, untuk mendapatkan pinggang separa,
ukuran pinggang perlu?
a. Dibahagi 2 ditambah 2 inci
b. Dibahagi 4 ditambah 4 inci
c. Dibahagi 2 dan ditambah 4 inci
d. Dibahagi 4 dan ditambah 1 1/2 inci
3.___________________adalah penting bagi memudahkan proses memotong skirt dan menjimatkan masa.
A. Mendraf pol
B. Menjahit
C. Mengukur
D. Memotong
4. Namakan alat yang sesuai digunakan untuk menanda lapisan fabrik
Blaus
A. Roda surih
B. Benang jahit
C. Bod saterika lengan
D. Pembaris pembentuk
5. Berikan saiz mata jahitan yang sesuai digunakan untuk menjahit
Blaus?
A. 1 cm bersamaan 4 mata jahitan
B. 1 cm bersamaan 5 mata jahitan
C. 1 cm bersamaan 6 mata jahitan
D. 1 cm bersamaan 7 mata jahitan
6. Susun langkah-langkah kerja membuat sehelai Skirt mengikut urutan yang betul.
i. Mendraf pola skirt.
ii. Memotong fabrik skirt
iii.Menjahit dan mencantum skirt
iv.Mengambil dan mencatat ukuran
a. iv,i,ii,iii
b. iv,ii,I,iii
c. iv,ii,iii,i
d. iv,iii,ii,i
7. Berdasarkan rajah di atas, simbol tersebut digunakan untuk mendraf
pola Blaus. Apakah fungsi simbol tersebut?
A. Bagi memastikan bahagian dijahit lisu pemadan.
B. Bagi menentukan keseimbangan cantuman pada fabrik.
C. Bagi memastikan fabrik perlu dilipat dua semasa mengunting kain.
D. Bagi menentukan arah kedudukan ira semasa meletakkan pola
pada permukaan fabrik.
8. Bagaimanakah cara mengambil ukuran keliling dada untuk Blaus?
a. Keliling dada biasanya diukur dengan pita ukur
b. Ukur keliling dada mengikut keselesaan pelanggan.
c. Lilit pita ukur pada keliling dada bagi mendapatkan hasil yang
memuaskan.
d. Ukur keliling dada paras paling tinggi mengikut keselesaaan.
9. Faktor berikut harus diutamakan semasa membuat pola agar pakaian
yang akan dijahit selesa dipakai dan memuaskan hati pelanggan.
A. Harga fabrik, jenis fabrik dan Mendraf
B. Keadaan mesin, jenis fabrik dan bentuk badan.
C. Kehendak pelanggan, bentuk badan dan fesyen pakaian.
D. Kehendak pelanggan, fesyen pakaian dan ketajaman gunting.
10. Bahagian-bahagian yang perlu diukur untuk membuat blaus
i. Labuh skirt
ii. Labuh baju
iii. Keliling leher
iv. Keliling dada
A. ii dan iii
B. ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv
