wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ekonomi bab 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Bekalan wang M1 terdiri daripada

a)

semua simpanan semasa di institusi kewangan

b)

mata wang dalam edaran dan semua jenis simpanan di bank perdagangan

c)

wang keryas, duit syiling dan simpanan semasa

d)

wang kertas, duit syiling, simpanan semasa, simpanan tabungan dan simpanan tetap

2.

Mengikut Teori Kewangan Keynes, pengurangan bekalan wang akan menyebabkan ?

a)

kadar bunga, pelaburan, perbelanjaan agregat dan pendapatan negara meningkat.

b)

kadar bunga menurun manakala pelaburan, perbelanjaan agregat dan pendapatan negara meningkat.

c)

kadar bunga meningkat manakala pelaburan, perbelanjaan agregat dan pendapatan negara menurun.

d)

kadar bunga, perbelanjaan agregat dan pendapatan negara menurun manakala pelaburan meningkat.

3.

Bank perdagangan mencipta wang melalui

a)

pemberian pinjaman kepada orang ramai

b)

pembelian saham di pasaran

c)

penjualan surat jaminan kerajaan

d)

pembelian bon daripada bank pusat

4.

Mengikut Teori Kewangan Keynes, pertambahan penawaran wang dalam keadaan perangkap kecairan akan menyebabkan

a)

tingkat harga meningkat

b)

keluaran negara berkurang

c)

kadar bunga tidak berubah

d)

eksport semakin meningkat

5.

Kadar bunga mempengaruhi permintaan wang untuk tujuan

a)

awasan dan spekulasi

b)

urus niaga dan awasan

c)

awasan sahaja

d)

spekulasi sahaja

6.

Apabila ekonomi berada dalam perangkat kecairan, pengurangan penawaran wang akan menyebabkan

a)

pendapatan negara, kadar bunga, dan harga tidak berubah

b)

pendapatan negara naik, kadar bunga naik, dan harga turun

c)

pendapatan negara turun, harga naik, kadar bunga tidak berubah.

d)

pendaptan negara turun, pelaburan turun dan kadar bunga naik.

7.

Menurut Teori Kuantiti Wang Fisher, pertambahan bekalan wang dalam ekonomi akan menyebabkan

a)

harga umum menurut

b)

harga umum meningkat

c)

kadar bunga meningkat, pelaburan menurun, dan pendapatan negara menurun.

d)

kadar bunga menurun, pelaburan meningkat, dan pendapatan negara meningkat

8.

Permintaan wang untuk tujuan awasan bergantung pada

a)

kadar bunga

b)

tingkat pendapatan

c)

jangkaan keuntungan

d)

jangkaan masa depan

9.

Proses penciptaan kredit oleh bank perdagangan akan menyebabkan pertambahan penawaran wang

a)

melebihi pertambahan deposit

b)

sama dengan pertambahan deposit

c)

kurang daripada pertambahan rizab

d)

sama dengan pertambahan pinjaman

10.

Permintaan wang untuk tujuan spekulasi

a)

berhubung terus dengan kadar bunga

b)

berhubungan songsang dengan kadar bunga

c)

berhubung terus dengan tingkat pendapatan

d)

berhubung songsang dengan tingkat pendapatan