wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FRASA ADJEKTIF

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
a)
tengik amat
b)
busuk sekali
c)
hapak sungguh
d)
hanyir sekali
2.
"Bilik tidur abang kamu ________," kata Raj kepada Thanush.
a)
sungguh selerak
b)
sungguh teramat selerak
c)
paling selerak
d)
paling sungguh selerak
3.
Alat-alat sukan yang dijual di kedai itu _______.
a)
agak murah
b)
paling murah sekali
c)
murah teramat
d)
murah-murah sekali
4.
Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.
a)
paling amat lewat
b)
paling-paling lewat
c)
paling lewat
d)
paling teramat lewat sekali
5.
Adif _______ apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.
a)
terlalu gembira
b)
terlalu amat gembira
c)
terlalu paling gembira
d)
paling gembira sekali
6.
Pemandangan di kawasan sawah itu ______ pada waktu pagi.
a)
nian indah
b)
indah nian
c)
sungguh indah nian
d)
sungguh indah sekali
7.
________ anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh gadis itu.
a)
Lembut sekali
b)
Halus sekali
c)
Mesra sekali
d)
Rapat sekali
8.
Izzamie _______ dengan cucunya itu.
a)
sungguh amat sayang
b)
paling amat sayang
c)
sungguh sayang
d)
teramat sayang sekali
9.
Gadis berbaju kebaya itu kelihatan _______.
a)
amat tampan
b)
amat kacak
c)
amat manis
d)
amat segar
10.

Mak Munah __________ apabila melihat anaknya pulang dari Kuala Lumpur.

a)

sedih benar

b)

rindu benar

c)

gembira benar

d)

risau benar

11.
Pekan kecil itu _________ menjelang waktu malam.
a)
sungguh lengang
b)
sungguh diam
c)
sungguh keras
d)
sungguh seram
12.
"__________ masakan ibu malam ini," puji Irene kepada ibunya.
a)
Sedap benar
b)
Sungguh sedap sekali
c)
Paling sedap sekali
d)
Benar-benar sedap
13.
Azzimey mendapat markah yang _______ dalam mata pelajaran Matematik.
a)
paling tertinggi
b)
paling tinggi
c)
sungguh tinggi
d)
tinggi nian
14.
Banglo yang baru siap dibina di puncak bukit itu ________.
a)
nian cantik
b)
paling tercantik
c)
sungguh cantik
d)
tercantik sekali
15.
Mew Yik Sheng ________ akan datuk dan neneknya yang tinggal di kampung.
a)
sedih benar
b)
rindu benar
c)
benci benar
d)
gembira benar
16.

Pak Kamal sangat gembira kerana anak-anaknya handal-handal belaka.

a)

anak-anaknya handal-handal

b)

anaknya handal belaka-belaka

c)

anaknya handal-handal belaka

d)

anak-anaknya ahndal-handal belaka

17.

Generasi muda harus memahami erti sebenar kemerdekaan yang diperjuangkan dengan amat payah sekali.

a)

dengan sekali payah

b)

dengan terlalu payah sekali

c)

dengan teramat payah sekali

d)

dengan amat payah sekali

18.

Bangunan lama ini paling unik sekali.

a)

terunik sekali

b)

unik paling

c)

paling unik

d)

paling unik sekali

19.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Syarat untuk menyertai pasukan SMART ketat amat.

b)

Dia yakin benar akan berjaya dalam pertandingan itu.

c)

Sungguh besar amat jasa beliau kepada negara.

d)

Kita haruslah cintakan tanah air dan taat setia kepada raja.

20.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Sumbangan beliau dalam penyelidikan sangat besar.

b)

Sumbangan inilah sumbangan terunggul beliau.

c)

Tugas perkhidmatan sukarela ini amat penting.

d)

Tugas sukarelawan paling sangat mencabar dan merbahaya.

21.

Pemandangan di tepi air terjun itu indah nian.

a)

BETUL

b)

SALAH

22.

Shamsul merupakan murid yang terpandai sekali di dalam kelasnya.

a)

BETUL

b)

SALAH

23.

Qistina sangat rindukan kampung halamannya setelah membawa diri ke Kuala Lumpur selama dua belas tahun.

a)

BETUL

b)

SALAH

24.

Dia kelihatan sangat anggun sekali dengan gaun yang berwarna merah itu.

a)

BETUL

b)

SALAH

25.

Ronald adalah antara pemain badminton yang terhandal sekali di sekolahnya.

a)

BETUL

b)

SALAH

26.

Adik amat pandai mengambil hati emak dan ayah.

a)

BETUL

b)

SALAH

27.

Dia tertipu kerana percaya akan skim cepat kaya itu.

a)

BETUL

b)

SALAH

28.

Saya makan lauk-pauk yang disediakan oleh nenek dengan penuh berselera kerana sangat enak rasanya.

a)

BETUL

b)

SALAH

29.

Azura berasa amat girang apabila dia diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan pidato.

a)

BETUL

b)

SALAH

30.

Emak Haikal tidak perlu risau akan pelajaran Haikal kerana dia memang sangat tekun belajar.

a)

BETUL

b)

SALAH