wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM Reka Bentuk & Teknologi T1 - Bab 3 - Proses Reka Bentuk

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang benar tentang projek brief.

a)

Proses perbincangan awal antara dua pihak iaitu pengurus projek dan pelanggan

b)

Pereka bentuk projek akan menentukan ciri-ciri yang terdapat dalam projek brief

c)

Proses perbincangan akhir antara dua pihak iaitu pelanggan dengan setiausaha projek

d)

Proses perbincangan awal antara tiga pihak iaitu pengurus projek, pelanggan dan pereka cipta

2.

"Melibatkan kajian reka bentuk produk dan kajian pasaran"

Berdasarkan maklumat di atas, pilih ciri-ciri projek brief dengan keterangannya yang betul.

a)

Lakaran idea

b)

Analisis kajian

c)

Gambaran keseluruhan projek

d)

Perancangan dalam pengurusan projek

3.

Pilih maklumat yang terdapat pada borang projek brief.

I Tujuan pasaran

II Kriteria produk

III Senarai semak

IV Kuantiti

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

4.

Pilih pernyataan yang tepat bagi borang projek brief.

a)

Maklumat yang diisi dalam borang projek brief diperoleh daripada sumber Internet

b)

Produk yang berkualiti hanya dapat dihasilkan jika kriteria yang diingini ditentukan oleh pereka bentuk

c)

Tujuan penyediaan borang projek brief adalah sebagai garis panduan untuk pengurus projek memenuhi kriteria yang diingini pelanggan

d)

Pereka bentuk akan menetapkan jawapan kepada pernyataan masalah dalam kriteria pertimbangan utama tanpa perlu berbincang dengan pelanggan

5.

Berdasarkan rajah di atas, pilih pernyataan yang benar tentang alatan itu.

a)

Digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih permukaan bahan berunsur kayu

b)

Digunakan untuk mencantum bahan seperti mounting board, kadbod dan plastik

c)

Cantuman yang dihasilkan merupakan cantuman sementara

d)

Tidak memerlukan bekalan elektrik untuk beroperasi

6.

Antara berikut, yang manakah betul tentang penilaian hasil mock-up atau model?

a)

Dapat mengukur fungsi produk

b)

Boleh diuji tanpa parameter tertentu

c)

Dapat mengukur tahap keberkesanan produk

d)

Dapat menguji sama ada produk cantik dan kemas

7.

Apakah tujuan utama perbincangan antara pengurus projek dengan pelanggan?

a)

Untuk melengkapkan borang projek brief

b)

Untuk menghasilkan lakaran bebas atau contengan

c)

Untuk menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan

d)

Untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk yang ingin dibangunkan

8.

"Merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan kumpulan kerja"

Berdasarkan maklumat di atas, apakah ciri projek yang dimaksudkan?

a)

Lakaran idea

b)

Kriteria produk

c)

Gambaran keseluruhan projek

d)

Perancangan dalam pengurusan projek

9.

1. Bagaimanakah reka bentuk produk ini?

2. Apakah reka bentuk produk ini akan mendapat perhatian di pasaran?

Berdasarkan maklumat di atas, apakah senarai semak ciri-ciri pertimbangan utama yang dimaksudkan?

a)

Kualiti

b)

Kuantiti

c)

Stail / Gaya

d)

Jangka masa

10.

Antara berikut, yang manakah jenis pengujian yang boleh dilakukan pada mock-up?

I Kestabilan

II Cantuman

III Bentuk

IV Fungsi

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

11.

Antara berikut, yang manakah penilaian model yang betul?

a)

Hanya dibuat ke atas model yang berfungsi sepenuhnya

b)

Boleh dilakukan semasa proses pembinaan model

c)

Tidak perlu menetapkan parameter pengujian

d)

Pengujian dibuat dari segi kefungsian

12.

Antara berikut pihak manakah yang terlibat dalam proses perbincangan awal reka bentuk projek brief?

I Pekerja

II Pelanggan

III Pereka bentuk

IV Pengurus Projek

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

13.

"Maklumat ini disediakan semasa sesi perbincangan bersama dengan pelanggan"

Apakah ciri-ciri projek brief tersebut?

a)

Tajuk projek

b)

Analisis kajian

c)

Kriteria produk

d)

Penghasilan mock-up

14.

Antara berikut yang manakah adalah kepentingan gambaran keseluruhan projek disediakan?

I Dapat menambahkan kerja

II Dapat menambahkan kos projek

III Agar tidak membazirkan bahan

IV Jangkaan masa dapat ditetapkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan kajian reka bentuk projek?

a)

Proses memberikan jenama kepada sesuatu produk

b)

Proses membandingkan produk yang serupa di pasaran

c)

Proses membandingkan produk yang berlainan di pasaran

d)

Proses menentukan kos produk yang sama dalam perniagaan

16.

1. Bagaimanakah reka bentuk produk yang dihasilkan?

2. Adakah reka bentuk ini akan mendapat perhatian di pasaran?

Apakah kriteria pertimbangan utama tersebut?

a)

Kuantiti

b)

Stail dan gaya

c)

Kualiti produk

d)

Tujuan pasaran

17.

Pernyataan manakah yang benar mengenai model?

a)

Model separa berfungsi dikenali sebagai model olokan

b)

Model hanya melibatkan model berfungsi sepenuhnya

c)

Model berfungsi sepenuhnya menggunakan bahan sebenar

d)

Model diuji dari segi bentuk, kestabilan dan kekuatan cantuman

18.

Antara berikut yang manakah adalah kaedah menguji keberkesanan produk?

I Pengujian di sekolah

II Pengujian parameter

III Pengujian di makmal

IV Pengujian di lapangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Rajah di atas menunjukkan carta alir proses reka bentuk produk?

Apakah langkah X?

a)

Pengiraan kos

b)

Pembinaan produk

c)

Penghasilan jadual kerja

d)

Penilaian mock-up atau model

20.

Model manakah yang boleh digunakan terus oleh pelanggan seperti kebanyakan produk dalam rekaan fesyen?

a)

Model olokan

b)

Model separa berfungsi

c)

Model blok

d)

Model berfungsi sepenuhnya