wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MUAMALAT (SYARIKAT)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Menurut ulama Mazhab Syafi'i, hukum bagi Syarikat Al-Abdan adalah ______.

a)

Tidak sah (batal) kerana modal ahli-ahli syarikat tidak disatukan sebelum akad bersyarikat dan terdapat unsur gharar dalam memiliki keuntungan.

b)

Tidak sah (batal) dan hasil upah rosak kerana terdapat syubhah. Syarikat dikhususkan kepada perkongsian harta bukannya pekerjaan.

c)

Sah (harus) dengan syarat jenis pekerjaan dan usaha mereka kongsikan itu adalah pekerjaan yang sama jenis.

d)

Sah (harus) dengan mengikut syarat-syarat yang telah mereka tetapkan dan persetujui semasa akad, sama ada pekerjaan itu sama jenis ataupun tidak.

2.

Ahmad, Syahir dan Hanif telah bersetuju menjadi rakan kongsi. Masing-masing sudah mengeluarkan modal. Kemudian, Hanif mengeluarkan lagi modal sebagai tambahan ketika perniagaan sedang dijalankan. Modal tambahan ini tidak disatukan sebelum akad.

Situasi di atas merupakan contoh bagi :

a)

Syarikat Al-'Inan

b)

Syarikat Al-Abdan

c)

Syarikat Al-Mufawadhah

d)

Syarikat Al-Wujuh

3.

Modal yang dikeluarkan oleh Farah adalah $50 ribu, Fattah $45 ribu dan Sarah $60 ribu. Keuntungan dan kerugian dibahagikan kepada ahli syarikat mengikut kadar modal yang dikeluarkan oleh setiap ahli.

Situasi berkenaan adalah bagi :

a)

Syarikat Al-'Inan

b)

Syarikat Al-Abdan

c)

Syarikat Al-Mufawadhah

d)

Syarikat Al-Wujuh

4.

Mikail tukang kasut dan Haris tukang jahit. Membuka perusahaan, hasil untung dan rugi dibahagikan sama rata di antara mereka berdua.

Situasi berkenaan adalah bagi :

a)

Syarikat Al-'Inan

b)

Syarikat Al-Abdan

c)

Syarikat Al-Mufawadhah

d)

Syarikat Al-Wujuh

5.

2 orang berkongsi. seorang yang berpengaruh telah memperolehi barang jualan secara berhutang daripada supplier. Seorang meniagakan barang jualan. Keuntungan dibahagikan sama rata.

Situasi berkenaan adalah bagi :

a)

Syarikat Al-'Inan

b)

Syarikat Al-Abdan

c)

Syarikat Al-Mufawadhah

d)

Syarikat Al-Wujuh

6.

Pendapat mazhab Hanafi dan Hambali bagi Syarikat al-Wujuh adalah ____.

a)

Tidak sah (batal) terdapat syubhah dan boleh berlaku gharar.

b)

Tidak sah (batal) tidak ada model yang dikeluarkan dan dikongsikan sebelum akad.

c)

Sah (harus) tiada perbahasan.

d)

Sah (harus) hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui semasa akad.

7.

Antara hikmah bersyarikat adalah

a)

melatih dan menanamkan semangat bekerjasama dan sifat amanah terhadap ahli-ahlinya.

b)

merupakan satu bentuk pertolongan kepada mereka yang berhajat daripada pemilik barangan, penyediaan dan perkhidmatan.

c)

untuk memenuhi salah satu sifat semula jadi manusia yang kadangkala berubah-ubah fikiran dan kehendaknya.

d)

menangani kegiatan peminjaman yang zalim dan haram di samping dapat membebaskan umat islam daripada amalan riba.

8.

Pengertian Syarikat Al-'Inan

a)

satu akad di antara dua individu atau lebih bersetuju untuk berkongsi tenaga membuat sesuatu pekerjaan menggunakan tenaga masing-masing. Keuntungan dan kerugian dibahagikan sama rata.

b)

satu akad di antara dua orang individu atau lebih bersetuju keuntungan dibahagikan sama rata. Salah seorang berniaga dan seorang lagi (terkenal) mendapatkan barangan jualan secara hutang.

c)

satu akad di antara dua individu atau lebih bersetuju untuk berkongsi sama-sama mengeluarkan modal bagi menjalankan perniagaan. Keuntungan dan kerugian dibahagikan mengikut kadar modal yang dikeluarkan oleh setiap ahli.

d)

satu akad di antara dua individu untuk berkongsi modal tetapi modal mereka tidak disatukan sebagai satu jumlah modal sebelum melakukan akad. Keuntungan yang diperolehi kedua-duanya dibahagikan sama rata.

9.

Selesaikan masalah berikut :

Afiq bersetuju untuk mengeluarkan modal sebakul pakaian berjenama. Manakala ahli syarikat lain mengeluarkan modal dalam bentuk emas.

a)

sah kerana syarat bagi modal syarikat hendaklah dalam bentuk matawang.

b)

sah kerana syarat bagi modal hendaklah modal sama jenis mata wangnya.

c)

tidak sah kerana syarat bagi modal syarikat hendaklah dalam bentuk matawang.

d)

tidak sah kerana syarat bagi modal hendaklah modal sama jenis mata wangnya.

10.

Selesaikan masalah berikut :

Alvin dan Dhabit bersetuju menjadi rakan kongsi dalam perniagaan jenis kenderaan 'supercars'.

a)

Sah kerana syarat bagi ahli syarikat hendaklah orang yang layak mentadbir harta.

b)

Sah selagi dapat dipastikan tidak terlibat dalam urusan perniagaan secara haram seperti riba dan sebagainya.

c)

Tidak sah kerana syarat ahli syarikat hendaklah terdiri daripada orang-orang Islam.

d)

Tidak sah kerana dalam syarat kerja syarikat hendaklah tidak berurusniaga yang mendatangkan kerugian besar atau berisiko tinggi.