wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM RBT Tingkatan 1 - Bab 3 - Proses Reka Bentuk

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Projek brief merupakan _____________ antara pengurus projek dengan pelanggan untuk mendapatkan maklumat secara terus berkenaan produk yang ingin dibangunkan.

a)

perbincangan awal

b)

perkongsian idea

c)

lakaran produk

d)

jadual lengkap

2.

Pilih padanan yang betul bagi ciri projek brief.

I Tajuk projek - Maklumat spesifik berkenaan jenis produk

II Kriteria produk - Aplikasi bagi elemen dan prinsip reka bentuk

III Perancangan pengurusan projek - Menghasilkan lakaran visual menarik

IV Mock-up atau model - Menyediakan model olokan selepas persetujuan daripada pelanggan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, III dan IV

3.

Apakah tujuan penglibatan pereka bentuk dalam perbincangan gambaran awal produk?

a)

Mewakili pengurus projek dalam perbincangan brief bersama pelanggan

b)

Membantu pengurus projek mengendalikan perbincangan bersama pelanggan

c)

Menterjemah idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran bebas

d)

Menghasilkan lakaran awal untuk dipilih oleh pengurus projek untuk dipersembahkan kepada pelanggan

4.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang elemen perancangan dalam pengurusan projek?

a)

Skop projek

b)

Kos pengeluaran

c)

Perancangan jadual kerja

d)

Penilaian mock-up atau model

5.

Apakah bentuk terjemahan idea daripada pelanggan yang dihasilkan oleh pereka bentuk semasa projek brief?

a)

Borang projek brief

b)

Jadual maklumat projek brief

c)

Lakaran bebas atau contengan

d)

Senarai semak ciri pertimbangan utama

6.

Maklumat dalam projek brief ialah hasil komunikasi antara pelanggan dan pengurus projek berikut, pilih persoalan yang dapat diterangkan dalam projek brief?

I Adakah reka bentuk ini mendapat perhatian di pasaran?

II Adakah produk ini mudah dipasarkan?

III Apakah tahap keuntungan yang dikehendaki?

IV Apakah saiz produk ini?

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

7.

Pilih tujuan utama penghasilan jadual maklumat projek brief.

a)

Menjimatkan masa perbincangan kumpulan kerja

b)

Memberikan fokus kepada ciri penting dalam produk reka bentuk

c)

Meringkaskan maklumat yang telah diperoleh dalam borang projek brief

d)

Membantu pelanggan mengenal pasti ciri produk yang akan dihasilkan oleh pembangun produk

8.

Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk membuat cantuman mock-up atau model yang terdiri daripada pelbagai bahan seperti plastik, fabrik, mounting board dan kayu?

a)

Super glue

b)

Perekat kayu

c)

Glu cair panas

d)

Gam paip PVC

9.

Pilih jenis ujian yang sesuai dijalankan bagi menilai model yang dihasilkan.

I Ujian kekuatan cantuman

II Ujian kestabilan

III Ujian bahan

IV Ujian beban

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

-Melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk yang akan diaplikasikan pada produk.

-Mendapat maklumat reka bentuk produk semasa sesi perbincangan bersama pelanggan.

-Mengambil kira produk yang sedia ada dalam pasaran.

Apakah projek brief itu?

a)

Tajuk projek

b)

Analisis kajian

c)

Kriteria produk

d)

Perancangan pengurusan projek

11.

Antara berikut, yang manakah terlibat dalam perbincangan awal projek brief?

I Pelanggan

II Pengurus projek

III Pereka bentuk

IV Pembuat model

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

12.

Antara berikut, yang manakah kegunaan bahan itu?

a)

Mencantumkan simen

b)

Memegang kayu

c)

Menyambungkan paip PVC

d)

Mencantumkan fabrik

13.

Antara berikut, bahan manakah yang digunakan untuk menghasilkan mock-up?

I Foam

II Fabrik

III Kayu

IV Dawai kasa

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

14.

Antara berikut, yang manakah maksud penilaian terhadap mock-up?

a)

Proses terakhir unutk mengukur tahap keberkesanan produk

b)

Proses menghasilkan model awal sesuatu produk

c)

Proses menghasilkan model awal sebelum model sebenar dihasilkan

d)

Model terakhir yang dihasilkan secara berskala atau mengikut saiz sebenar

15.

Antara berikut, yang manakah perlu ada dalam senarai semak ciri-ciri pertimbangan utama?

a)

Fungsi

b)

Lakaran idea

c)

Kriteria projek

d)

Tajuk projek

16.

Antara berikut, yang manakah proses untuk menyaring maklumat dalam projek brief?

I Mengadakan sesi perbincangan lanjut dengan pelanggan

II Melayari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut

III Mengadakan sidang video untuk mendapatkan maklumat

IV Mendapatkan maklum balas bertulis daripada pelanggan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

17.

Antara berikut, pengujian manakah yang dilakukan pada mock-up?

I Rupa bentuk

II Keseimbangan

III Kefungsian

IV Kekuatan cantuman

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

18.

"Dibina untuk memberi gambaran awal rupa bentuk produk yang akan dihasilkan"

Apakah jenis model itu?

a)

Model separa berfungsi

b)

Model berfungsi sepenuhnya

c)

Model olokan

d)

Model sebenar

19.

Antara berikut, yang manakah tujuan menghasilkan mock-up atau model?

a)

Mengukur tahap keberkesanan produk

b)

Memberi gambaran keseluruhan projek

c)

Menganalisis kajian reka bentuk dan pasaran

d)

Merancang pengurusan projek

20.

Antara berikut, yang manakah faktor penting untuk mengukur tahap keberkesanan produk?

I Ketepatan rupa bentuk

II Parameter yang telah ditetapkan

III Memenuhi kehendak pelanggan

IV Mematuhi kriteria projek brief

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV