wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah unsur penting yang membentuk kesepaduan sosial di Malaysia?

a)

Kaum

b)

Interaksi

c)

Umur

d)

Taraf pendidikan

2.

Mengapakah etika dan peradaban penting dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia?

a)

Amalan budaya hidup yang berbeza dalam masyarakat

b)

Memudahkan warga asing mendapat taraf kewarganegaraan

c)

Mendapat kebebasan bersuara dalam semua aspek

d)

Menjadikan pertelingkahan politik semakin hangat

3.

Semua pihak sudah maklum bahawa kesepaduan sosial sudah sedia terbentuk dalam ACUAN negara Malaysia. Apakah pernyataan yang tepat merujuk kepada ACUAN tersebut?

a)

negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

b)

negara yang terkenal dengan kepelbagaian budaya

c)

negara yang mempunyai ciri khas hasil permuafakatan

d)

negara yang mempunyai ciri khas hasil perkongsian sejarah

4.

Berikut adalah maksud kelestarian KECUALI

a)

mengekalkan sesuatu perkara

b)

memelihara keaslian

c)

menerima pengaruh luar

d)

usaha penambahbaikan

5.

Manakah antara berikut TIDAK termasuk dalam konsep kelestarian etika dan peradaban?

a)

menjaga adab pergaulan seharian

b)

memelihara budaya warisan

c)

mempertahankan maruah bangsa

d)

menggadaikan prinsip hidup atas nama toleransi

6.

Berikut BUKAN isu membabitkan tadbir urus dan pembangunan yang memberi kesan kepada pertumbuhan nilai etika di Malaysia

a)

perbezaan kelas sosial

b)

ketidakcekapan pengurusan

c)

karenah birokrasi

d)

kelemahan penguatkuasaan undang-undang

7.

Kegiatan berikut tergolong dalam makna rasuah KECUALI

a)

salahguna kedudukan sebagai penjawat awam

b)

memberi derma untuk tujuan pengecualian cukai

c)

mengemukakan tuntutan palsu

d)

meminta suapan bagi mempercepatkan proses kerja

8.

Berikut adalah termasuk dalam kegiatan black economy di Malaysia KECUALI

a)

penjualan arak

b)

perjudian

c)

pembalakan haram

d)

bit coin

9.

Apakah matlamat utama pembangunan lestari di Malaysia?

a)

memberi ruang agar Bahasa Melayu terus relevan dipertahankan

b)

memastikan bidang terpenting negara terus maju

c)

mencapai kemajuan secara bersama antara kaum

d)

memastikan rakyat beretika pada waktu kerja

10.

Berikut adalah kategori yang menyumbang kepada defisit sosial KECUALI

a)

kelas sosial

b)

jurang generasi

c)

makanan kegemaran

d)

media

11.

Akomodasi ialah berlaku penerimaan terhadap nilai etnik yang berbeza tetapi dalam masa yang sama tidak menggugat pengamalan budaya masing-masing. Formula paling tepat menggambarkan proses tersebut ialah

a)

A+B+C=A

b)

A+B+C=A+B+C

c)

A+B+C=D

d)

Ab+B+C=

Ab+Bb+Cb [b=budaya]

12.

Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak kolonial menyebabkan pemisahan antara etnik berlaku dalam negara kita suatu masa dahulu. Apakah proses pembentukan yang terlibat ini?

a)

segregasi

b)

amalgamasi

c)

asimilasi

d)

akomodasi

13.

Berikut adalah pengaruh daripada tamadun India yang masuk ke Tanah Melayu

a)

sistem politik Islam

b)

Yoga

c)

bangunan Stadhuys Melaka

d)

nasi lemak

14.

Pilih penyataan yang SALAH tentang akulturasi

a)

budaya lain diterima jika memberikan manfaat

b)

proses penyerapan budaya lain

c)

menghilangkan identiti asal sesuatu kaum

d)

proses interaksi antara kaum

15.

Berikut adalah penyataan yang benar mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) KECUALI

a)

membina semula perpaduan

b)

dilancarkan sebelum peristiwa berdarah 13 Mei 1969

c)

penyusunan semula ekonomi masyarakat

d)

usaha membasmi kemiskinan