Font size
WorksheetsKSSM Sejarah Tingkatan 2 Bab 5
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka ialah sekitar tahun?
1400
1500
1600
1700
Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?
Parameswara
Maharaja Lela
Raja Palembang
Tun Perak
Mengapakah Parameswara memilih Melaka untuk dijadikan sebagai sebuah
kerajaan?
Kaya dengan hasil bumi
Kedudukan yang strategik
Sesuai untuk mendirikan penempatan
Banyak tumbuhan semulajadi untuk menjana ekonomi
Muara Sungai Bertam atau dikenali sebagai Sungai Melaka merupakan sebuah perkampungan ______ dan tempat berjual beli serta pertukaran barangan dagangan.
nelayan
sawah padi
ladang getah
hutan
Faktor-faktor pemilihan lokasi di Sungai Melaka oleh Parameswara ialah?
I. Bentuk muka bumi
II. Laluan perdagangan
III. Kaya dengan hasil bumi
IV. Tempat tumpuan barangan antarabangsa
I, II
I, IV
II, III
III, IV
Apakah 2 kebaikan bentuk muka bumi Melaka yang berbukit bakau?
Dijadikan benteng pertahanan
Menjadi panduan kapal dagang
Kaya dengan hasil sumber bumi
Tempat teduh
Apakah 2 fungsi pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai Melaka?
Sebagai benteng pertahanan
Pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh
Menyediakan sumber makanan laut
Menjadi habitat spesies haiwan
Parameswara berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur dengan Sultan Iskandar Zulkarnain. Apakah kesan daripada ini?
Memberi taraf kedudukan tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan Alam Melayu
Mendapat penghormatan daripada rakyat Melaka
Mendapat pengiktirafan daripada Raja Palembang
Mendapat bantuan kewangan daripada Rom
Faktor kepimpinan raja merupakan faktor kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Daulat dan alat kebesaran merupakan salah satu ciri-ciri penting dalam faktor ini. Yang manakah berikut merupakan contoh alat-alat kebesaran?
Nobat
Keris
Cap mohor
Mahkota
Kewibawaan raja sangat penting dalam kegemilangan KMM. Apakah ciri-ciri kewibawaan raja KMM?
I. Amanah
II. Bertanggungjawab
III. Adil dalam pemerintahan
IV. Mengambil berat terhadap kebajikan rakyat
I, II
I, IV
II, III
III, IV
Apakah nama sistem pentadbiran yang digunakan dalam KMM?
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Sistem Pembesar Lapan Lipatan
Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan
Sistem Pembesar Tiga Puluh Dua
Apakah 3 fungsi pembesar dalam KMM?
Menjaga keamanan kawasan
Mengutip cukai melalui sistem serah
Membekalkan tenaga buruh melalui sistem kerah
Menggubal undang-undang
Menyumbang dalam ekonomi
Pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir sebagai tanda untuk mendapat sokongan pembesar bagi mewujudkan pentadbiran yang mantap. Apakah kawasan ini?
Kawasan pegangan
Kawasan pemakanan
Kawasan pentadbiran
Kawasan pembesar
Sistem perundangan yang teratur merupakan faktor kegemilangan KMM. Apakah 2 sistem perundangan yang digunakan dalam KMM?
Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Laut Melaka
Hukum Laut Melaka
Undang-Undang Kanun Melaka
Kiwi ialah saudagar yg menghantar dan menyebarkan barangan mereka untuk diperdagangkan dengan menyewa petak tempat letak barangan di dalam kapal atau perahu. · Sekiranya kiwi tidak belayar bersama-sama, tempatnya akan digantikan oleh wakilnya yang dipanggil?
Maula kiwi
Pembantu kiwi
Kiwi kecil
Syahbandar
Kegemilangan KMM dapat diperlihat melalui perkembangan Bahasa Melayu yang digunakan dalam Alam Melayu yang menyebabkan Bahasa Melayu dikenali sebagai?
Lingua Franca
Lingua Melayu
Lingua Francisco
Langua Malay
KMM telah membentuk empayar yang luas meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan pantai timur Sumatera. Apakah 3 cara perluasan kuasa KMM?
Penaklukan
Perkahwinan
Naungan
Peperangan
Keagamaan
Bagaimanakah negeri-negeri berikut diletakkan di bawah pengaruh
Kesultanan Melayu Melaka?
- Patani
- Kedah
- Lingga
Penaklukan
Perkahwinan
Naungan
Kesultanan Melayu Melaka berusaha untuk menyebarkan agama Islam di
Alam Melayu. Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?
I Perkahwinan
II Perluasan kuasa
III Pemberian ganjaran
IV Pembinaan sekolah agama
I, II
I, IV
II, III
III, IV
Apakah tanggungjawab Syahbandar seperti yang termaktub dalam Hukum Kanun Melaka?
Menjaga kebajikan penduduk tempatan
Memeriksa alat timbang di pelabuhan
Menjaga kebersihan kawasan pelabuhan
Mengawal keluar masuk pedagang luar
Apakah peranan Orang Laut dalam memajukan perdagangan di pelabuhan
Melaka?
Penunjuk arah kepada pedagang yang berdagang di Melaka
Memunggah barang dagangan di pelabuhan
Menyediakan khidmat membaiki kapal
Memungut cukai di pelabuhan
Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan
perdagangan.
Apakah 2 kesan hubungan baik tersebut?
Menjamin keselamatan
Mendapat perlindungan
Menguasai jalan perdagangan
Memperoleh bekalan kayu jati
Senarai berikut merupakan kurniaan kerajaan China kepada Parameswara.
Apakah kepentingan kurniaan tersebut kepada Melaka?
Mendapat pengiktirafan
Meluaskan tanah jajahan
Memajukan perdagangan
Menyeragamkan pentadbiran
Apakah 2 faktor yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Kesutanan Melayu
Melaka pada awal abad ke-16?
Dasar perdagangan
Masalah perpaduan
Masalah kepimpinan
Pemberontakan penduduk
Pada 1526, Portugis telah memusnahkan pusat pemerintahan di Bentan.
Akhirnya Sultan Mahmud berundur ke X dan mangkat pada 1528.
Apakah nama tempat X?
Kampar
Linggi
Pagoh
Siak
