Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejauh manakah anda mengenali JPSM???

Total questions: 16

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) terletak dibawah Kementerian manakah?

a)

Kementerian Alam Sekitar dan Air

b)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

c)

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

d)

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

2.

JPSM adalah agensi yang bertanggungjawab untuk mengurus, membangun dan mentabdir khazanah Hutan Negara

a)

Ya

b)

Tidak

3.

Antara berikut merupakan fungsi dan peranan JPSM, kecuali .....

a)

Menggubal dasar perhutanan

b)

Mentadbir dan mengawal pengusahasilan hutan

c)

Memberi khidmat nasihat teknikal

d)

Bertanggungjawab dalam kajian operasi hutan serta latihan

4.

Antara berikut, kenyataan manakah yang salah?

a)

Terdapat 12 Jabatan Perhutanan Negeri

b)

Terdapat 36 Pejabat Hutan Daerah / Jajahan

c)

Terdapat 52 Pejabat Renj / jajahan

d)

Terdapat 2 Direktorat di IPJPSM

5.

Berikut merupakan jenis - jenis hutan di Semenanjung Malaysia, kecuali...

a)

Hutan Darat

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan Paya Laut

d)

Hutan Paya Gambut

6.

Antara berikut yang manakah pengelasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dibawah Seksyen 10, Akta Perhutanan Negara 1984

a)

Hutan Tanah Kerajaan

b)

Hutan Tanah Berimilik

c)

Hutan Pengeluaran

d)

Hutan Rizab Hidupan Liar

7.

Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan, hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Adakah pernyataan ini betul?

a)

Ya

b)

Tidak

8.

Berikut merupakan inisiatif JPSM dalam melaksanakan pelbagai Program Penghijauan Malaysia, kecuali.....

a)

Program Pokok Bakau dan Spesies-spesies Sesuai di Persisiran Pantai Negara

b)

Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia

c)

Pensijilan Pengurusan Hutan

d)

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

9.

Pensijilan Pengurusan Hutan (MC&I) merupakan sistem penilaian bebas untuk mengesahkan bahawa amalan - amalan pengurusan hutan bagi sesuatu Unit Pengurusan Hutan (FMU) memenuhi piawaian tertentu meliputi aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial. Antara berikut merupakan negeri yang berjaya disijilkan kecuali......

a)

Selangor

b)

Johor

c)

Kelantan

d)

Terengganu

10.

Central Forest Spine (CFS) diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian kawasan sensitif alam sekitar (KSAS). Berapa jumlah kompleks hutan yang terlibat?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

11.

Penubuhan Taman Eko Rimba di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal adalah untuk mengekalkan kawasan yang mencukupi sebagai tempat rekreasi, eko-pelancongan dan untuk memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hutan. Sehingga tahun 2020, sebanyak 115 Taman Eko Rimba dan 16 Hutan Taman Negeri telah ditubuhkan di Semenanjung Malaysia. Adakah pernyataan ini benar?

a)

Ya

b)

Tidak

12.

Penubuhan Malim Gunung Perhutanan (MGP) merupakan salah satu inisiatif JPSM dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Antara berikut pernyataan manakah salah mengenai peranan MGP?

a)

Sebagai duta kecil JPSM dalam pengurusan pendakian

b)

Menjadi first responder sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini ketika aktiviti dalam HSK

c)

Sebagai jurupandu kepada pelawat yang menjalankan pendakian dalam kawasan HSK

d)

Sebagai agen yang memberi permit dan kelulusan bagi aktiviti pendakian

13.

JPSM mengemaskini maklumat sumber hutan di Semenanjung Malaysia melalui pengumpulan data kauntitatif dan kualitatif yang dilaksanakan setiap 10 tahun melalui projek Inventori Hutan Nasional (IHN) bagi tujuan memantapkan lagi sistem pengurusan hutan sedia ada. Antara berikut yang manakah bukan objektif IHN?

a)

Menyediakan maklumat sumber hutan terkini di peringkat nasional

b)

Menganggarkan kandungan isipadu kasar dan bersih dirian hutan

c)

Menganggarkan nilai stok karbon dalam kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia

d)

Menyediakan maklumat kawasan yang sesuai untuk pengusahasilan

14.

War Room merupakan salah satu inisiatif JPSM bagi memperkukuhkan bidang penguatkuasaan hutan. Antara yang manakah tidak benar mengenai fungsi War Room?

a)

Pusat mendapatkan jumlah lesen pengusahasilan yang dikeluarkan

b)

Pusat untuk mengesan perubahan kawasan berhutan

c)

Pusat pangkalan data

d)

Bilik gerakan sebagai hub berpusat

15.

Antara berikut yang manakah bukan media sosial rasmi JPSM?

a)

Facebook: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

b)

Instagram: @jpsmofficial

c)

Twitter: @jpsmofficial

d)

Tiktok: @jpsmofficial

16.

Apakah nama Maskot rasmi JPSM?

a)

Ekay

b)

Ecot

c)

Isaac

d)

Thor