Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ZILA 2010

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

"Tuan puteri, izinkan __________ ke taman untuk memetik bunga mawar itu," kata dayang kepada Puteri Intan.

a)

beta

b)

patik

c)

adinda

d)

kekanda

2.

"Kejayaan ________ merupakan hasil usaha para jurulatih. Tunjuk ajar __________ telah mengubah corak permainan selama ini," kata ketua pasukan bola baling itu.

a)

kita .... mereka

b)

mereka .... saya

c)

saya .... beliau

d)

kami .... kamu

3.

Azrul menghulurkan tangannya untuk _____________ hadiah yang dimenanginya.

a)

menadah

b)

mendapat

c)

memohon

d)

menyambut

4.

Kapal terbang itu selamat _________ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

a)

berhenti

b)

berlabuh

c)

mendarat

d)

menggelongsor

5.

Pencemaran air di sungai itu bertambah ___________ kerana tidak mendapat kerjasama daripada penduduk.

a)

sempit

b)

buruk

c)

sarat

d)

remeh

6.

Buah ciku yang masih muda tidak boleh dimakan kerana rasanya __________.

a)

kelat

b)

payau

c)

tawar

d)

masam

7.

Perlawanan akhir bola sepak itu ____________ dengan sorakan penonton yang ____________ Stadium Shah Alam.

a)

riuh .... memuat

b)

kecoh .... meliputi

c)

heboh .... mengisi

d)

gamat .... membanjiri

8.

Rakan-rakan mula mendekati Hamdan ___________ sikapnya yang tidak lagi meninggi diri.

a)

lantas

b)

malahan

c)

lantaran

d)

manakala

9.

Peraturan sekolah mesti dipatuhi ___________ yang telah ditetapkan.

a)

oleh

b)

akan

c)

untuk

d)

seperti

10.

Aina dan ibunya sedang duduk di ____________ tangga rumahnya.

a)

atas

b)

depan

c)

sudut

d)

tengah

11.

Kerja-kerja ___________ pejabat lama itu sedang __________ secara gotong-royong.

a)

dikosongkan .... dijalani

b)

mengosongkan .... dijalani

c)

kekosongan .... dijalankan

d)

pengosongan .... dijalankan

12.

Bangunan itu terbakar kerana terkena ____________ petir pada petang semalam.

a)

pancaran

b)

panahan

c)

silauan

d)

sinaran

13.

Seseorang pengarang akan sentiasa mencari idea-idea baharu dalam _____________ sesebuah karya.

a)

penghasilan

b)

dihasilkan

c)

berhasil

d)

hasilan

14.

Bingkai cermin hiasan yang diperbuat daripada kayu jati itu mempunyai _____________ yang unik.

a)

seni reka

b)

seni bina

c)

seni ukir

d)

seni lukis

15.

Semua peserta pertandingan perahu ayar itu ___________ mengawal perahu masing-masing.

a)

berulang-alik

b)

bertungkus-lumus

c)

terumbang-ambing

d)

terpontang-panting

16.

Tukang kayu itu sedang mengukur sudut meja menggunakan _____________.

a)

kekuda

b)

jejari

c)

sesiku

d)

tetupai

17.

Terdapat se___________ tepak sirih dan se____________ kacip meja di atas meja itu.

a)

buah .... bilah

b)

bentuk .... buah

c)

kapur .... pasang

d)

ikat .... batang

18.

Lee Lian mendapat __________ setelah memenangi peraduan teka silang kata.

a)

gaji buta

b)

duit kopi

c)

wang saku

d)

durian runtuh

19.

Kumpulan Marikh bekerjasama untuk menyiapkan projek Sains dalam masa yang ditetapkan.


Perumpamaan yang sesuai bagi pernyataan di atas adalah

a)

Seperti cincin dengan permata

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti aur dengan tebing

d)

bagai isi dengan kuku

20.

Mata keris lama itu diperbuat daripada besi tempawan manakala gagangnya diperbuat daripada perak.


Pilih perkataan seerti bagi gagang

a)

sarung

b)

ukiran

c)

pangkal

d)

hulu

21.

Kain itu mahal kerana hasil buatannya sangat halus.


Pilih perkataan berlawan bagi halus.

a)

nipis

b)

kasar

c)

keras

d)

jarang

22.

Pilih ayat yang betul.

a)

Sampah-sarap ini berpunca dari sikap orang ramai.

b)

Bakri belajar sekelas dengan Betty semasa di Sarawak.

c)

Malaysia sangat terkenal di dalam dunia badminton.

d)

Dia bekerja keras demi untuk berjaya.