NEW
Font size
WorksheetsBAB 4 (TING.5) : PENYATA KEWANGAN
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis penyata kewangan?
Nisbah asas
Untung bersih
Nisbah Semasa
Penyata Pendapatan
Apakah maksud penyata pendapatan?
Penyata yang menentukan untung kasar atau rugi kasar
Penyata yang menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan
Penyata yang menunjukkan hasil, perbelanjaan serta untung atau rugi perniagaan
Penyata yang menentukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan
Apakah maksud Kunci Kira-kira?
Penyata yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan
Penyata yang menunjukkan sumber dan pembiayaan dana perniagaan
Penyata yang menunjukkan sumber dana perniagaan bagi menjelaskan hutang
Penyata yang menunjukkan sumber pembiayaan perniagaan
Pernyataan manakah yang benar tentang penyata pendapatan?
Untung kasar = Jualan - Kos jualan - Belanja operasi
Untung bersih = Untung kasar - Kos Jualan - Belanja operasi
Untung kasar = Jualan - Kos jualan
Untung bersih = Untung kasar - Belanja belian - Belanja operasi
Pernyataan manakah yang benar tentang Kunci Kira-kira?
Liabiliti = Ekuiti pemilik - Aset
Aset + Liabiliti = Ekuiti pemilik
Liabiliti - Aset = Ekuiti pemilik
Aset = Ekuiti pemilik + Liabiliti
Penyataan yang manakah BENAR tentang kos berubah?
Kos yang bertambah dengan pengeluaran output
Kos yang berkurang mengikut tingkat pengeluaran
Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran
Kos yang tidak berubah dengan pengeluaran output
Kos manakah yang boleh dijimatkan sekiranya organisasi menghentikan operasi pengeluaran?
Kos pemegangan
Kos pemesanan
Kos berubah
Kos tetap
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah?
Sewa kilang
Duti atas belian bahan langsung
Gaji pengawal keselamatan kilang
Mengapakah penyata kewangan sangat penting kepada pihak pengurusan?
Meneruskan operasi
Menilai prestasi perniagaan
Mengetahui keberuntungan perniagaan
Mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang
Pernyataan manakah yang BENAR tentang titik pulang modal?
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila hasil purata sama dengan jumlah kos
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan kos purata
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila hasil purata sama dengan kos purata
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan jumlah kos
