WorksheetsNADWAH ISLAMIAH KEBANGSAAN 2022(LOWER FORM)
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Name
Class
Date
1.
Ciri orang yang bertakwa berdasarkan ayat 1-5 surah al-Baqarah ialah
a)
berkasih sayang sesama manusia
b)
meyakini perkara ghaib
c)
menuntut ilmu
2.
Apakah maksud doa?
a)
Meminta hajat kepada Allah SWT.
b)
Meminta kebaikan daripada Allah SWT.
c)
Mengajak orang lain melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.
3.
Islam bukan agama __________ kerana ia mementingkan kefahaman dan keyakinan.
a)
mainan
b)
Paksaan
c)
Keduniaan
4.
Antara contoh amalan batin ialah
a)
Memaafkan
b)
Ikhlas
c)
Sedekah
5.
Apakah hukum membaca al-Quran ke atas umat Islam?
a)
Wajib
b)
Sunat
c)
Sunat Muakkad
6.
Tujuan mempelajari ilmu tajwid al-Quran adalah untuk
a)
membetulkan bacaan al-Quran.
b)
membaca al-Quran dengan berlagu.
c)
membaca al-Quran dengan cepat dan lancar.
7.
Makhraj X “Dua bibir, Huruf Ba’, Fa’, Mim dan Wau” merujuk kepada
a)
al-Khaisyum
b)
asy-Syafatain
c)
al-Lisan
8.
‘Ubudiyah bermaksud
a)
Allah SWT yang wajib disembah
b)
Hanya Allah SWT Yang Maha Berkuasa
c)
Mengkhususkan pengabdian diri hanya kepada Allah SWT
9.
Pernyataan “Memohon hanya kepada Allah SWT” merujuk kepada
a)
isti’anah
b)
ubudiyah
c)
basmalah
10.
Pernyataan “Kita seharusnya tidak mudah berputus asa apabila menerima sesuatu ujian dan kehidupan” merujuk kepada
a)
cara mengelakkan diri daripada musibah
b)
cara menghadapi musibah
c)
pengajaran ayat
11.
Berikut merupakan aspek-aspek keharusan sesuatu makanan kecuali
a)
ramuan makanan daripada sumber yang halal
b)
cara memproses dan menyediakan makanan
c)
masa mendapatkan makanan
12.
Berapakah sumber hukum dalam Islam?
a)
dua
b)
tiga
c)
empat
13.
Apakah maksud ujub?
a)
Terlalu taksub dengan kelebihan diri sendiri
b)
Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain
c)
Bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri
14.
Pernyataan “Memberitahu manusia amalan yang dilakukan untuk mendapat sesuatu ganjaran” merujuk kepada sifat?
a)
riya
b)
sum'ah
c)
ujub
15.
Dalam suasana aman, hukum umat Islam bersiap siaga menjaga keamanan negara daripada pencerobohan musuh dan kekacauan ialah
a)
fardu Ain
b)
fardhu kifayah
c)
harus
16.
Agama Islam sesuai dengan keinginan __________ manusia yang ingin beragama dan menyembah Allah SWT.
a)
insaniah
b)
fitrah
c)
fikrah
17.
Pernyataan “Islam merupakan agama yang sesuai diamalkan di semua tempat dan sepanjang zaman” merujuk kepada ciri
a)
alamiyah
b)
waqi’iyah
c)
rabbaniyah
18.
Akidah pada bahasa ialah
a)
ikatan atau simpulan
b)
ikatan atau hubungan
c)
keyakinan atau keimanan
19.
Salah satu kepentingan akidah ialah menjadi benteng daripada perkara __________.
a)
palsu
b)
bahaya
c)
khurafat
20.
Iman pada bahasa bermaksud
a)
meyakini
b)
membenarkan
c)
percaya
21.
Berikut merupakan perkara seseorang itu merasai kemanisan iman kecuali
a)
mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW mengatasi segala yang lain
b)
membenci untuk kembali kepada kekufuran
c)
harta semakin bertambah
22.
Pernyataan “Taat dan patuh segala perintah Allah SWT dan berkorban demi ketinggian agama Allah SWT” merujuk kepada
a)
takut kepada Allah SWT
b)
cinta yang mutlak kepada Allah SWT
c)
mengesakan Allah SWT dalam ibadah
23.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘asma Allah al-Husna”?
a)
nama-nama Allah SWT yang mulia
b)
nama-nama Allah SWT yang indah
c)
sifat-sifat Allah SWT yang mulia
24.
Antara bukti Allah SWT sebagai __________ ialah manusia diciptakan dengan pelbagai rupa.
a)
AL-KHALIQ
b)
AL-MUSAWWIR
c)
AL-RAHMAN
25.
Pernyataan “Mengesakan Allah SWT dalam ibadat dan takut kepada Allah SWT” merujuk kepada __________ orang yang beriman.
a)
kesan
b)
sumber
c)
ciri
26.
Bekerja ialah salah satu contoh ibadah
a)
umum
b)
khusus
c)
wajib
27.
Antara berikut yang manakah contoh ibadat khusus?
I Makan dan minum
II Menjalankan perniagaan
III Menunaikan haji di Baitullah
IV Menunaikan puasa fardu dan sunat
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
28.
Air mineral yang dicampur dengan sirap dan gula adalah contoh bagi
a)
air Mutlak
b)
air Musta’mal
c)
air Muqayyad
29.
Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk menyamak kecuali
a)
manjakani
b)
daun buluh
c)
tawas
30.
Pernyataan “Proses menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang melekat pada kulit” merujuk kepada pengertian
a)
sertu
b)
samak
c)
hadas
31.
Cara beristinjak yang paling baik ialah dengan menggunakan
a)
air
b)
batu dan air
c)
batu
32.
Pengertian wuduk pada bahasa ialah
a)
kemas dan bersih
b)
elok dan menarik
c)
bersih, elok dan berseri
33.
Pernyataan “Mandi selepas masuk Islam dan mandi sebelum berwukuf” merujuk kepada __________ mandi.
a)
wajib
b)
sunat
c)
harus
34.
__________ dilakukan untuk menampung kekurangan dalam solat yang berlaku sama ada secara sengaja atau terlupa.
a)
sujud sahwi
b)
sujud tilawah
c)
Sunat Muakkad
35.
Pernyataan “Membaca tahiyat awal dan membaca doa Qunut pada waktu Subuh” merujuk kepada perkara __________ dalam solat.
a)
rukun
b)
sunat Ab'ad
c)
sunat Haiah
36.
Pada tahun berapakah Nabi Muhammad SAW wafat?
a)
8 hijrah
b)
9 hijrah
c)
11 hijrah
37.
Pernyataan “Merupakan perintah Allah SWT dan ditemani Sayidina Abu Bakar As-Siddiq” merujuk kepada peristiwa
a)
Israk dan Mikraj
b)
hijrah ke Madinah
c)
peletakan Hajarul Aswad
38.
Jahiliyah berasal daripada perkataan Arab “jahala” yang bermaksud
a)
degil
b)
tidak tahu
c)
jahat
39.
__________ ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat.
a)
majusi
b)
penyembah berhala
c)
Animisme
40.
__________ bermaksud masyarakat Arab Jahiliyah menganut ajaran Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS tetapi mencampuradukkannya dengan penyembahan berhala.
a)
Jahil akhlak
b)
Jahil akidah
c)
Jahil ibadah
41.
Pernyataan “Agama Samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Musa AS mengikut keinginan para penganutnya dan memfitnah para nabi dan menolak ajaran Nabi Muhammad SAW.” merujuk kepada ajaran agama
a)
Yahudi
b)
Nasrani
c)
Majusi
42.
Apakah gelaran bagi Sayidina Umar bin Al-Khattab RA?
a)
Zun Nurain
b)
Abu Turab
c)
Al-Faruq
43.
Pernyataan “Membentuk jawatankuasa menyalin semula ayat al-Quran dan membeli tanah untuk membesarkan masjid Nabawi” merupakan sumbangan
a)
Sayidina Abu Bakar RA
b)
Sayidina Umar RA
c)
Sayidina Uthman RA
44.
Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq RA berasal daripada keturunan
a)
Bani Taimi
b)
Bani Umaiyah
c)
Bani Adi
45.
Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang Sayidina Ali bin Abi Talib RA kecuali
a)
Digelar Abu Turab
b)
Berkahwin dengan Sayidatina Aisyah RA
c)
Berasal daripada keturunan Bani Hasyim
46.
Pengertian akhlak dari segi bahasa ialah
a)
peribadi mulia dalam diri
b)
perangai dan tingkah laku
c)
budi pekerti, watak, kelakuan dan tabiat
47.
Pernyataan “Tawaduk, pengasih dan saling menghormati dan tidak memandang hina, kasar dan khianat” merujuk kepada contoh akhlak
a)
Kepada Allah SWT
b)
dengan manusia
c)
dengan haiwan
48.
Berikut merupakan implikasi tidak amanah terhadap diri kecuali
a)
Menjejaskan iman
b)
menjadi anak derhaka
c)
tidak diredai Allah SWT
49.
Berikut merupakan contoh ilmu fardu kifayah kecuali ilmu
a)
tauhid
b)
perubatan
c)
Al-Quran
50.
Pernyataan “Mencapai kejayaan dalam hidup dan mudah melakukan kebaikan dan ketaatan” merujuk kepada
a)
adab menuntut ilmu
b)
kelebihan orang berilmu
c)
kepentingan beradab ketika menuntut ilmu
100 %
