WorksheetsKATA ADJEKTIF TAHUN 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kotak itu diangkut dengan berhati-hati kerana isi kandungannya mudah _____.
rapuh
pecah
punah
musnah
"Cikgu, betulkah air laut rasanya ______ ?" tanya Amin kepada Cikgu Aida.
tawar
pahit
kelat
masin
Baju dan seluar yang dijual di pasar raya tersebut ___ harganya.
mahal
besar
tinggi
kasar
Baju kebaya yang dipakai oleh Zalina ___ menyala warnanya.
kuning
hijau
merah
biru
Adam makan dengan ___ kerana terlalu lapar.
gelojoh
kencang
pantas
laju
Pewangi yang dipakai oleh Sazilah berbau ____.
harum
hapak
tengik
masam
Cikgu Aman kelihatan ____ apabila bertali leher.
segak
jelita
ayu
anggun
Salwa dan Nabila menonton televisyen sambil duduk di atas sofa yang ____.
empuk
gebu
lembut
licin
Senyuman Rohaya mempamerkan giginya yang ___ berseri.
putih
hitam
kuning
kilat
Pokok-pokok bunga itu ___ kerana sudah lama tidak disiram oleh Anati.
layu
segar
kuncup
subur
Kaki Pak Sulaiman digigit pacat. Darah ____ meleleh di kakinya.
cair
putih
pekat
merah
Semua seluarnya sudah menjadi ___ kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
singkat
longgar
Buah-buahan tempatan sungguh ____ dan harganya pula berpatutan
kelat
enak
manis
masam
Rashid sedang mengasah sabit kelapa sawit kerana sudah ____
tajam
kasar
kesat
tumpul
Mata Anisa ____ kerana terkena air sabun.
pedas
lebam
pedih
sejuk
Jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi ____ pada musim perayaan kerana kebanyakkan penghuninya pulang ke kampung.
lengang
senyap
muram
suram
Nini berasa___ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.
geli
haru
kelam
gundah
Itik itu mempunyai bulu yang ____ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
kesat
telap
telus
kalis
Encik Idris dan Puan Sera begitu ___ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.
terkilan
runsing
murung
sengsara
Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ___ itu.
licin
lembap
bengkok
berlubang
