wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ST TGM MATHS D5

Total questions: 22

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.

Zikri telah memberi sebanyak 350 467 biji manik kepada Rayyan dan dia masih mempunyai 195 370 biji manik. Berapakah bilangan manik yang Zikri ada pada mulanya?

(a)  

2.

Sebuah lori membawa 1800 kotak berisi gelas kaca. Setiap kotak mempunyai 25 biji gelas. Kotak-kotak tersebut telah mengalami hentakan yang kuat di dalam lori dan 40 kotak telah rosak. Berapakah bilangan gelas kaca di dalam kotak yang tidak rosak?

(a)  

3.

Zarif membeli sekotak pizza dan memotongnya kepada 12 bahagian. Hanya 5/6 daripada pizza itu yang masih tinggal. Hitung pecahan kepingan pizza yang telah dimakan.

(a)  

4.

Harga sebiji epal adalah RM0.80. Hitung jumlah harga yang perlu dibayar sekiranya Adni ingin membeli 15 biji epal.

(a)  

5.

Terdapat 80 orang pekerja dalam sebuah kilang. 35% daripada mereka ialah pekerja lelaki. Berapakah jumlah pekerja wanita?

(a)  

6.

Mimi dan 4 orang rakannya mendapat hadiah tempat pertama bernilai RM2 000 setelah memasuki pertandingan kuiz Matematik. Wang tersebut kemudiannya dibahagikan sama rata antara mereka. Berapakah hadiah wang tunai yang diterima setiap seorang dari mereka?

(a)  

7.

Harga sebuah basikal ialah RM1 550.40. Harga sebuah motorsikal adalah

RM6 816.60 lebih mahal daripada basikal itu.

Sebuah syarikat membeli 6 buah motorsikal tersebut. Hitung jumlah bayarannya.

(a)  

8.

Harga sebuah basikal ialah RM1 550.40. Harga sebuah motorsikal adalah

RM6 816.60 lebih mahal daripada basikal itu.

Syarikat itu membeli 20 buah basikal dan

menjelaskan bayaran ansuran selama 12 bulan. Hitung jumlah bayaran setiap bulan.

(a)  

9.

Tembikar R berusia 6 abad 9 tahun. Tembikar S berusia 3 kali lebih muda daripada usia tembikar R. Hitung usia, dalam abad dan tahun, tembikar S.

(a)  

10.

Encik Harith telah bekerja sebagai doktor selama 4 dekad 6 tahun sejak berumur 25 tahun.

Berapakah umur Encik Harith, dalam tahun?

(a)  

11.

Encik Harith telah bekerja sebagai doktor selama 4 dekad 6 tahun sejak berumur 25 tahun.

Sekiranya adik Encik Harith adalah 15 tahun lebih

muda daripadanya, berapakah umur, dalam dekad dan tahun, adik Encik Harith?

(a)  

12.

Panjang segulung benang ialah 2.46 m. Benang itu dipotong kepada 6 bahagian yang sama panjang. Hitung panjang, dalam cm, setiap bahagian benang itu.

(a)  

13.

Jumlah berat badan Raihan dan berat badan Nabilah adalah 90 kg 500 g. Hitung berat, dalam kg dan g, badan Raihan jika berat badan Nabilah adalah 20 kg lebih berat daripada Raihan.

(a)  

14.

Diberi R ÷ 49\frac{4}{9}   = 1 kg 125 g. Apakah nilai R, dalam g?

(a)  

15.

Rajah menunjukkan sebuah bentuk. Hitung luas kawasan yang berlorek?

(a)  

16.

Rajah menunjukkan sebidang tanah berbentuk segi empat tepat. Kos pagar ialah RM75.80 semeter. Hitung jumlah harga untuk memagar tanah yang berlorek.

(a)  

17.

Sebuah bas sekolah boleh membawa 40 orang murid.

Hitung bilangan bas yang diperlukan untuk

membawa 320 orang murid.

(a)  

18.

Sebuah bas sekolah boleh membawa 40 orang murid.

Berapakah bilangan murid yang boleh

dimuatkan di dalam 12 buah bas?

(a)  

19.

Satah Cartes menunjukkan kedudukan rumah Radiah dan rumah Farhan. Hitung jarak antara rumah Radiah dan Farhan jika setiap unit bersamaan 50 meter.



(a)  

20.

Rajah menunjukkan satu set data.

Cari median.

(a)  

21.

Rajah menunjukkan satu set data.

Cari min bagi set data tersebut.

(a)  

22.

Jadual menunjukkan markah sekumpulan murid.

Hitung min markah murid-murid itu.

(a)