WorksheetsKUIZ MEN REN NADWAH MRSM SE-MALAYSIA
Total questions: 100
Worksheet time: 50mins
Name
Class
Date
1.
Ciri orang yang bertakwa berdasarkan ayat 1-5 surah al-Baqarah ialah
a)
berkasih sayang sesama manusia
b)
meyakini perkara ghaib
c)
menuntut ilmu
2.
Apakah maksud doa?
a)
Meminta hajat kepada Allah SWT.
b)
Meminta kebaikan daripada Allah SWT.
c)
Mengajak orang lain melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.
3.
Islam bukan agama __________ kerana ia mementingkan kefahaman dan keyakinan.
a)
mainan
b)
Paksaan
c)
Keduniaan
4.
Antara contoh amalan batin ialah
a)
Memaafkan
b)
Ikhlas
c)
Sedekah
5.
Apakah hukum membaca al-Quran ke atas umat Islam?
a)
Wajib
b)
Sunat
c)
Sunat Muakkad
6.
Tujuan mempelajari ilmu tajwid al-Quran adalah untuk
a)
membetulkan bacaan al-Quran.
b)
membaca al-Quran dengan berlagu.
c)
membaca al-Quran dengan cepat dan lancar.
7.
Makhraj X “Dua bibir, Huruf Ba’, Fa’, Mim dan Wau” merujuk kepada
a)
al-Khaisyum
b)
asy-Syafatain
c)
al-Lisan
8.
‘Ubudiyah bermaksud
a)
Allah SWT yang wajib disembah
b)
Hanya Allah SWT Yang Maha Berkuasa
c)
Mengkhususkan pengabdian diri hanya kepada Allah SWT
9.
Pernyataan “Memohon hanya kepada Allah SWT” merujuk kepada
a)
isti’anah
b)
ubudiyah
c)
basmalah
10.
Pernyataan “Kita seharusnya tidak mudah berputus asa apabila menerima sesuatu ujian dan kehidupan” merujuk kepada
a)
cara mengelakkan diri daripada musibah
b)
cara menghadapi musibah
c)
pengajaran ayat
11.
Berikut merupakan aspek-aspek keharusan sesuatu makanan kecuali
a)
ramuan makanan daripada sumber yang halal
b)
cara memproses dan menyediakan makanan
c)
masa mendapatkan makanan
12.
Berapakah sumber hukum dalam Islam?
a)
dua
b)
tiga
c)
empat
13.
Apakah maksud ujub?
a)
Terlalu taksub dengan kelebihan diri sendiri
b)
Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain
c)
Bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri
14.
Pernyataan “Memberitahu manusia amalan yang dilakukan untuk mendapat sesuatu ganjaran” merujuk kepada sifat?
a)
riya
b)
sum'ah
c)
ujub
15.
Dalam suasana aman, hukum umat Islam bersiap siaga menjaga keamanan negara daripada pencerobohan musuh dan kekacauan ialah
a)
fardu Ain
b)
fardhu kifayah
c)
harus
16.
Agama Islam sesuai dengan keinginan __________ manusia yang ingin beragama dan menyembah Allah SWT.
a)
insaniah
b)
fitrah
c)
fikrah
17.
Pernyataan “Islam merupakan agama yang sesuai diamalkan di semua tempat dan sepanjang zaman” merujuk kepada ciri
a)
alamiyah
b)
waqi’iyah
c)
rabbaniyah
18.
Akidah pada bahasa ialah
a)
ikatan atau simpulan
b)
ikatan atau hubungan
c)
keyakinan atau keimanan
19.
Salah satu kepentingan akidah ialah menjadi benteng daripada perkara __________.
a)
palsu
b)
bahaya
c)
khurafat
20.
Iman pada bahasa bermaksud
a)
meyakini
b)
membenarkan
c)
percaya
21.
Berikut merupakan perkara seseorang itu merasai kemanisan iman kecuali
a)
mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW mengatasi segala yang lain
b)
membenci untuk kembali kepada kekufuran
c)
harta semakin bertambah
22.
Pernyataan “Taat dan patuh segala perintah Allah SWT dan berkorban demi ketinggian agama Allah SWT” merujuk kepada
a)
takut kepada Allah SWT
b)
cinta yang mutlak kepada Allah SWT
c)
mengesakan Allah SWT dalam ibadah
23.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘asma Allah al-Husna”?
a)
nama-nama Allah SWT yang mulia
b)
nama-nama Allah SWT yang indah
c)
sifat-sifat Allah SWT yang mulia
24.
Antara bukti Allah SWT sebagai __________ ialah manusia diciptakan dengan pelbagai rupa.
a)
Al-khaliq
b)
Al-musawwir
c)
Al-rahman
25.
Pernyataan “Mengesakan Allah SWT dalam ibadat dan takut kepada Allah SWT” merujuk kepada __________ orang yang beriman.
a)
kesan
b)
sumber
c)
ciri
26.
Bekerja ialah salah satu contoh ibadah
a)
umum
b)
khusus
c)
wajib
27.
Antara berikut yang manakah contoh ibadat khusus? <br />I Makan dan minum<br />II Menjalankan perniagaan <br />III Menunaikan haji di Baitullah <br />IV Menunaikan puasa fardu dan sunat
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
28.
Air mineral yang dicampur dengan sirap dan gula adalah contoh bagi
a)
air Mutlak
b)
air Musta’mal
c)
air Muqayyad
29.
Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk menyamak kecuali
a)
manjakani
b)
daun buluh
c)
tawas
30.
Pernyataan “Proses menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang melekat pada kulit” merujuk kepada pengertian
a)
sertu
b)
samak
c)
hadas
31.
Cara beristinjak yang paling baik ialah dengan menggunakan
a)
air
b)
batu dan air
c)
batu
32.
Pengertian wuduk pada bahasa ialah
a)
kemas dan bersih
b)
elok dan menarik
c)
bersih, elok dan berseri
33.
Pernyataan “Mandi selepas masuk Islam dan mandi sebelum berwukuf” merujuk kepada __________ mandi.
a)
wajib
b)
sunat
c)
harus
34.
__________ dilakukan untuk menampung kekurangan dalam solat yang berlaku sama ada secara sengaja atau terlupa.
a)
sujud sahwi
b)
sujud tilawah
c)
Sunat Muakkad
35.
Pernyataan “Membaca tahiyat awal dan membaca doa Qunut pada waktu Subuh” merujuk kepada perkara __________ dalam solat.
a)
rukun
b)
sunat Ab'ad
c)
sunat Haiah
36.
Pada tahun berapakah Nabi Muhammad SAW wafat?
a)
8 hijrah
b)
9 hijrah
c)
11 hijrah
37.
Pernyataan “Merupakan perintah Allah SWT dan ditemani Sayidina Abu Bakar As-Siddiq” merujuk kepada peristiwa
a)
Israk dan Mikraj
b)
hijrah ke Madinah
c)
peletakan Hajarul Aswad
38.
Jahiliyah berasal daripada perkataan Arab “jahala” yang bermaksud
a)
degil
b)
tidak tahu
c)
jahat
39.
__________ ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat.
a)
majusi
b)
penyembah berhala
c)
Animisme
40.
__________ bermaksud masyarakat Arab Jahiliyah menganut ajaran Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS tetapi mencampuradukkannya dengan penyembahan berhala.
a)
Jahil akhlak
b)
Jahil akidah
c)
Jahil ibadah
41.
Pernyataan “Agama Samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Musa AS mengikut keinginan para penganutnya dan memfitnah para nabi dan menolak ajaran Nabi Muhammad SAW.” merujuk kepada ajaran agama
a)
Yahudi
b)
Nasrani
c)
Majusi
42.
Apakah gelaran bagi Sayidina Umar bin Al-Khattab RA?
a)
Zun Nurain
b)
Abu Turab
c)
Al-Faruq
43.
Pernyataan “Membentuk jawatankuasa menyalin semula ayat al-Quran dan membeli tanah untuk membesarkan masjid Nabawi” merupakan sumbangan
a)
Sayidina Abu Bakar RA
b)
Sayidina Umar RA
c)
Sayidina Uthman RA
44.
Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq RA berasal daripada keturunan
a)
Bani Taimi
b)
Bani Umaiyah
c)
Bani Adi
45.
Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang Sayidina Ali bin Abi Talib RA kecuali
a)
Digelar Abu Turab
b)
Berkahwin dengan Sayidatina Aisyah RA
c)
Berasal daripada keturunan Bani Hasyim
46.
Pengertian akhlak dari segi bahasa ialah
a)
peribadi mulia dalam diri
b)
perangai dan tingkah laku
c)
budi pekerti, watak, kelakuan dan tabiat
47.
Pernyataan “Tawaduk, pengasih dan saling menghormati dan tidak memandang hina, kasar dan khianat” merujuk kepada contoh akhlak
a)
Kepada Allah SWT
b)
dengan manusia
c)
dengan haiwan
48.
Berikut merupakan implikasi tidak amanah terhadap diri kecuali
a)
Menjejaskan iman
b)
menjadi anak derhaka
c)
tidak diredai Allah SWT
49.
Berikut merupakan contoh ilmu fardu kifayah kecuali ilmu
a)
tauhid
b)
perubatan
c)
Al-Quran
50.
Pernyataan “Mencapai kejayaan dalam hidup dan mudah melakukan kebaikan dan ketaatan” merujuk kepada
a)
adab menuntut ilmu
b)
kelebihan orang berilmu
c)
kepentingan beradab ketika menuntut ilmu
51.
Menurut Ibnu Mas’ud RA, “tali Allah SWT” bermaksud
a)
agama Islam
b)
hidayah Allah SWT
c)
rahmat Allah SWT
52.
Antara cara mengukuhkan persaudaran melalui hati ialah
a)
menunaikan solat secara berjemaah
b)
tidak bersangka buruk
c)
membantu mereka yang memerlukan
53.
Sebenarnya semua orang yang beriman itu adalah
a)
bertakwa
b)
bantu-membantu
c)
bersaudara
54.
Berikut merupakan tindakan untuk mengurus kemarahan kecuali
a)
banyakkan beristighfar
b)
membaca isti’azah
c)
berdiam diri
55.
Rasulullah SAW selalu mendoakan umatnya agar __________ oleh Allah SWT walaupun mereka pernah menyakiti baginda.
a)
dirahmati
b)
diampuni
c)
diazab
56.
Umat Islam harus __________ hanya kepada Allah SWT kerana hanya kepada-Nya diserahkan hasil daripada segala usaha yang telah dilakukan.
a)
beriman
b)
patuh
c)
bertawakal
57.
Berikut merupakan sebab dilarang membinasakan diri sendiri dan orang lain kecuali
a)
menyebabkan seseorang itu akan malas berusaha
b)
melanggar hak Allah SWT
c)
menggugat keharmonian hidup
58.
Hidayah bermaksud __________ yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
a)
rahmat
b)
keberkatan
c)
petunjuk
59.
Berdasarkan ayat 18 surah Ali ‘Imran, golongan yang mengakui keesaan dan keagungan Allah SWT ialah malaikat dan __________
a)
orang yang mempunyai ilmu
b)
para Nabi dan Rasul
c)
wali-wali Allah SWT
60.
Berdasarkan intisari ayat 27 surah Ali ‘Imran, Allah SWT berkuasa
a)
memberi kemuliaan dan kehinaan
b)
menjadikan siang dan malam
c)
menurunkan hujan
61.
Wajib bagi setiap __________ Muslim untuk mencegah kemungkaran.
a)
masyarakat
b)
kumpulan
c)
individu
62.
Mungkar pada bahasa bermaksud perbuatan atau perkataan yang dianggap buruk oleh
a)
akal yang sihat
b)
syariat Islam
c)
pandangan manusia
63.
Antara cara mencegah kemungkaran dengan tangan ialah
a)
melaporkan kemungkaran kepada pihak berkuasa
b)
mengubah dengan kuasa yang ada mengikut kemampuan
c)
membenci dan menjauhkan diri daripada tempat kemungkaran
64.
Hati yang bersih dari aspek __________ akan memahami peringatan Allah SWT dan sentiasa berusaha untuk memahami kebenaran.
a)
iman
b)
amalan
c)
ilmu
65.
Halal bermaksud
a)
sesuatu yang dibenarkan oleh syarak
b)
makanan yang mempunyai logo halal
c)
haiwan yang disembelih dengan cara Islam
66.
Antara bukti Allah SWT bersifat “al-Qawiy” ialah
a)
Allah SWT berkuasa menurunkan hujan dengan sukatan tertentu
b)
Allah SWT berkuasa mencipta langit dan bumi
c)
Allah SWT berkuasa menghidupkan semula orang yang telah mati
67.
Al-Qadir pada bahasa bermaksud
a)
yang Menentukan
b)
yang Maha Kuat
c)
yang Maha Kaya
68.
Penciptaan alam semesta membuktikan bahawa Allah SWT bersifat
a)
al-Qawiy
b)
al-Qadir
c)
al-Qayyum
69.
Al-Qadir menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan ____________ dan ilmu-Nya.
a)
kuasa
b)
cara
c)
kehendak
70.
Beriman kepada malaikat merupakan rukun Iman yang ke __________
a)
kedua
b)
ketiga
c)
keempat
71.
Beriman kepada malaikat bermaksud yakin bahawa malaikat merupakan
a)
rukun iman yang wajib diimani
b)
makhluk yang diciptakan daripada cahaya
c)
makhluk yang sangat rajin beribadah
72.
Berikut merupakan tugas lain bagi malaikat kecuali
a)
bertasbih kepada Allah SWT
b)
membisikkan kebaikan ke hati manusia
c)
mencegah daripada keburukan
73.
__________ ialah kalam Allah SWT yang mengandungi hukum dasar, kata-kata hikmah dan pengajaran kepada manusia.
a)
suhuf
b)
al-Quran
c)
wahyu
74.
Beriman kepada kitab bermaksud yakin bahawa Allah SWT menurunkan
a)
kitab dan suhuf sebagai panduan kepada para nabi dan rasul tertentu.
b)
kitab dan suhuf kepada para nabi dan rasul sebagai panduan hidup manusia.
c)
semua kitab sebagai panduan hidup manusia.
75.
Berikut merupakan tujuan al-Quran diturunkan kecuali
a)
sebagai petunjuk kepada orang yang bertakwa
b)
sebagai mukjizat kepada Rasulullah SAW
c)
menjadi rujukan bagi kitab-kitab terdahulu
76.
Hukum solat berjemaah bagi kumpulan masyarakat ialah
a)
fardu kifayah
b)
sunat muakkad
c)
fardu ain
77.
Antara syarat menjadi imam ialah
a)
imam lebih warak dan soleh
b)
imam boleh membaca surah al-Fatihah dengan baik
c)
imam lebih bersih badannya dan lebih kemas pakaiannya
78.
Hukum khutbah Jumaat adalah __________ dan termasuk dalam syarat __________ Jumaat.
a)
wajib, rukun
b)
sunat, sah
c)
wajib, sah
79.
__________ ialah orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat dan wajib solat Jumaat.
a)
Mastautin
b)
Mukim
c)
Musafir
80.
Tayamum pada bahasa bermaksud melakukan sesuatu dengan ________.
a)
niat
b)
tujuan
c)
sempurna
81.
Antara hikmah rukhsah ialah umat Islam dapat melaksanakan ibadah mengikut __________ masing-masing.
a)
kesesuaian
b)
cara
c)
kemampuan
82.
Perkataan jamak bermaksud
a)
menghimpunkan
b)
memendekkan
c)
meringkaskan
83.
__________ solat secara duduk bagi orang sakit yang mampu berdiri
a)
Sah
b)
Tidak sah
c)
Makruh
84.
Berikut adalah perkara yang makruh ketika berpuasa kecuali
a)
berbekam
b)
melewatkan berbuka
c)
mandi wajib sebelum fajar
85.
Solat Rawatib ialah sunat yang __________ solat fardu dan waktunya mengikut waktu solat fardu
a)
mengiringi
b)
memperbaiki
c)
menggantikan
86.
Rasulullah SAW berdakwah secara sulit selama __________ tahun.
a)
dua
b)
tiga
c)
Lima
87.
Antara hikmah strategi dakwah secara sulit ialah dapat memantapkan __________ umat Islam yang masih baharu dengan ajaran Islam.
a)
syariat
b)
akhlak
c)
akidah
88.
Umat Islam berhijrah ke Madinah secara __________ selepas menerima arahan daripada Rasulullah SAW.
a)
beransur-ansur
b)
terang-terangan
c)
beramai-ramai
89.
Selepas hijrah, Rasululah SAW telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah Al-Munawwarah yang bermaksud
a)
Kota yang mulia
b)
Bandar yang bercahaya
c)
Kota yang membangun
90.
Kehebatan kepimpinan Rasulullah SAW dari aspek ibadah ialah baginda
a)
sentiasa berbincang, meminta pandangan dan menetapkan keputusan secara bersama dengan para sahabat.
b)
mengadakan perundingan dengan sebanyak mungkin kabilah Arab di sekitar Madinah.
c)
menjadikan masjid sebagai syiar Islam, tempat tumpuan masyarakat untuk beribadah, menuntut ilmu dan menyelesaikan sebarang masalah.
91.
Berikut ialah asas pembinaan negara Islam Madinah kecuali
a)
mengukuhkan kewangan rakyat
b)
menggubal Piagam Madinah
c)
mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
92.
Sayidatina Khadijah RA berketurunan bangsawan Quraisy dari suku __________
a)
Bani Taimi
b)
Bani Asad
c)
Bani Hashim
93.
Sayidatina Aisyah RA digelar
a)
Az-Zahra’
b)
At-Tahirah
c)
As-Siddiqah
94.
Sayidatina Fatimah RA merupakan
a)
kanak-kanak perempuan pertama yang menerima Islam
b)
wanita pertama yang menerima Islam
c)
wanita pertama yang mati syahid kerana mempertahankan akidah
95.
Sayidatina Sumaiyah RA digelar
a)
At-Tahirah
b)
Sayyidah Asy-Syuhada’
c)
Az-Zahra’
96.
Malu pada bahasa bermaksud
a)
tidak selesa melakukan keburukan kerana tidak mahu dihina.
b)
cerminan maruah diri yang menunjukkan kemuliaan seseorang.
c)
kembali kepada perasaan fitrah dan rasa segan.
97.
Hikmah berkasih sayang dalam kehidupan ialah
a)
memenuhi tuntutan agama
b)
sebagai bukti cinta kepada seseorang
c)
dapat mencintai orang lain secara melampau
98.
Cara beradab kepada ibu bapa dari aspek hati ialah
a)
selalu menziarahi ibu bapa jika tinggal berasingan.
b)
prihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar.
c)
Tidak menyanggah percakapan, jika tidak bersetuju baik diam sahaja.
99.
Jiran ialah orang yang tinggal __________ sehingga empat puluh buah rumah dari setiap penjuru.
a)
bersebelahan
b)
berhadapan
c)
berdekatan
100.
Berikut ialah adab ketika berada di dalam masjid kecuali
a)
berbual-bual kosong.
b)
menjaga ketenteraman masjid.
c)
duduk dengan tertib dan menghadap kiblat.
100 %
