wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 & 4 - CUACA DAN IKLIM F5

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud cuaca? (Pilih 2 jawapan)

a)

Purata keadaan cuaca yang melibatkan suhu, hujan dan angin

b)

Keadaan atmosfera berdasarkan unsur suhu, hujan, angin dan tekanan udara dalam suatu tempoh

c)

Dapat diramal

d)

Meliputi kawasan yang lebih luas seperti negara dan benua

2.

Apakah iklim? (Pilih 2 jawapan)

a)

Purata keadaan cuaca yang melibatkan suhu, hujan, angin, tekanan udara dan kelembapan udara

b)

Dalam tempoh yang lama melibatkan kawasan yang luas seperti negara

c)

Contoh ialah panas, sejuk dan mendung

d)

Melibatkan kawasan berskala kecil

3.

Fenomena cuaca berlaku di lapisan atmosfera. Apakah lapisan tersebut?

a)

Mesosfera

b)

Troposfera

c)

Startosfera

d)

Eksosfera

4.

Alat yang ditunjukkan dalam foto merujuk kepada

a)

tolok hujan

b)

alat pelindung stevenson

c)

termometer

d)

anemometer

5.

Alat yang digunakan untuk menyukat kelembapan udara dikenali sebagai...

a)

penunjuk arah angin

b)

termometer

c)

higrometer

d)

mawar angin

6.

Alat yang digunakan untuk mengukur halaju angin ialah

a)

barometer

b)

anemometer

c)

higrometer

d)

termometer

7.

Punca-punca berlaku banjir kilat ialah... (Pilih 2 jawapan)

a)

kekurangan kawasan tadahan

b)

Hujan lebat berterusan

c)

Banyak pokok

d)

permukaan tanah tidak berturap

8.

Angka 3 pada rajah mawar angin menunjukkan jumlah

a)

hari tenang

b)

hari berangin

c)

tarikh

d)

hari hujan

9.

Apakah faktor manusia yang menyebabkan berlakunya kejadian banjir di kawasan bandar?

a)

Kejadian tsunami

b)

Sistem perparitan tersumbat

c)

Pembangunan petempatan

d)

Tanaman tutup bumi

10.

Apakah contoh negara di Asia Tenggara yang sering mengalami kejadian taufan yang kuat

a)

Malaysia

b)

Filipina

c)

Afrika

d)

Brunei

11.

Rajah di atas menunjukkan ...

a)

hidrosfera

b)

kitaran hidrologi

c)

pembentukan air

d)

kitaran pembentukan awan

12.

Cara untuk mengira min suhu tahunan ialah...

a)

suhu tertinggi tolak suhu terendah

b)

julat suhu dibahagi dengan 12 bulan

c)

jumlah suhu harian dibahagi dengan 12 bulan

d)

jumlah suhu bulanan dibahagi dengan 12 bulan

13.

Kirakan julat suhu harian bagi bandar X:


Suhu maksimum harian = 35°C

Suhu minimum harian = 23°C

a)

8°C

b)

12°C

c)

29°C

d)

58°C

14.

Banjir sering berlaku di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang antara bulan November hingga Mac.


Apakah faktor yang menyebabkan senario tersebut?

a)

kurang pembangunan

b)

kawasan pinggir pantai yang luas

c)

kejadian tiupan angin monsun timur laut

d)

kejadian tiupan angin monsun barat daya

15.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, apakah langkah yang perlu anda ambil bagi mengurangkan kejadian banjir di tempat anda?

a)

tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai

b)

mengadakan kempen kesedaran alam sekitar

c)

memperbaiki sistem saliran dan perparitan

d)

mengurangkan kegiatan pembalakan

16.

Chennai, India mengalami kemarau yang teruk pada tahun 2019. Kejadian tersebut telah membawa kesan kepada manusia seperti ... (Pilih 2 jawapan)

a)

banjir kilat

b)

berlaku ribut akibat perbezaan tekanan udara

c)

krisis bekalan air bersih

d)

menjejaskan kesihatan

17.

Kejadian taufan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah akan menyebabkan kehilangan nyawa.

Yang manakah merupakan BUKAN langkah bagi mengurangkan kesan taufan ...

a)

pemantauan cuaca melalui satelit

b)

latihan persediaan menghadapi bencana

c)

membina rumah yang lebih tahan strukturnya kepada penduduk

d)

memindahkan petempatan penduduk dari kawsan bencana ke kawasan yang lebih selamat

18.

Maklumat yang manakah berkaitan dengan iklim di Malaysia?

a)

Kejadian empat musim

b)

Julat suhu tahunan kecil

c)

Siang dan malam tidak sama panjang

d)

Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa

19.

Kegiatan pembandaran dan pengangkutan di bandar merupakan punca utama berlakunya......

a)

jerebu

b)

kemarau

c)

pulau haba

d)

hujan asid

20.

Kegiatan berikut yang tidak dikawal boleh menyebabkan....

a)

udara nyaman

b)

suhu meningkat

c)

pencemaran tanih

d)

penipisan lapisan ozon

21.

Langkah yang manakah sesuai bagi mengawal peningkatan gas rumah hijau di bandar? (Pilih 2 jawapan)

a)

Menggunakan minyak berplumbum

b)

Menggunakan penyaman udara

c)

Menggunakan pengangkutan lestari

d)

Menanam lebih banyak pokok

22.

Apakah jenis iklim Malaysia?

a)

Iklim Khatulistiwa

b)

Iklim Mediterranean

c)

Iklim Monsun Tropika

d)

Iklim Gurun Panas

23.

Yang manakah merupakan kesan kejadian La Nina?

a)

berlakunya krisis air

b)

kejadian banjir besar

c)

mengakibatkan jerebu

d)

kemarau yang berpanjangan

24.

Pilih 2 faktor yang menyebabkan kejadian pulau haba.

a)

Pereputan haiwan

b)

Penghutanan semula

c)

Pembinaan bangunan konkrit

d)

Bahan pencemar dari kilang dan kenderaan

25.

Apakah kesan jerebu kepada aktiviti manusia?

a)

Menjadikan kulit kering

b)

Kadar perpeluhan menjadi aktif

c)

Jarak penglihatan menjadi terhad

d)

Peningkatan penggunaan bahan api

26.

Antara berikut, kombinasi yang manakah benar mengenai fenomena di atas?

a)

Fenomena:Kesan Rumah Hijau

Kesan: Peningkatan Suhu

b)

Fenomena: El-Nino

Kesan: Pembakaran Bahan Api Fosil

c)

Fenomena: Asap Kenderaan

Kesan: Cat Bangunan Luntur

d)

Fenomena: Hujan Asid

Kesan: Asap Kenderaan

27.

Apakah punca yang menyebabkan berlakunya fenomena pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan?

a)

Kesan Rumah Hijau

b)

Jerebu

c)

Hujan Asid

d)

Angin Monsun

28.

..............ialah hujan yang mengandungi asid lemah dengan nilai ph kurang daripada 5.6

a)

Hujan Asid

b)

Hujan Perolakan

c)

Hujan bukit

d)

Hujan Ais

29.

Mengapakah pembakaran hutan sering dikaitkan dengan kesan rumah hijau

a)

Habitat haiwan musnah

b)

Pelepasan gas pencemar ke udara

c)

Pokok berkurangan

d)

Spesies kayu balak kurang

30.

Kegiatan ekonomi yang manakah dipengaruhi oleh cuaca dan iklim?

a)

Pembalakan di Sandakan

b)

Pertanian di Kundasang

c)

Perkilangan di Petaling Jaya

d)

Perlombongan di Kerteh