Font size
WorksheetsPeribahasa 1E - Jati Unit 1-4
Total questions: 22
Worksheet time: 7mins
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Alah membeli, (a) memakai
Maksud peribahasa 'alah membeli menang memakai' ialah...
Melupakan hal yang tidak baik dan mengingati hal yang baik sahaja
Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat
Barang yang baik atau berkualiti memang mahal tetapi dapat bertahan lama
Berhati-hatilah apabila memperkatakan sesuatu hal
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Ukur baju di (a) sendiri
Maksud peribahasa 'Ukur baju di badan sendiri' ialah...
Apabila melakukan atau memulakan sesuatu kerja atau tugas yang sukar, hendaklah diteruskan sehingga berjaya atau mencapai matlamatnya
Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat
Seseorang yang berkelakuan buruk akan memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga serta bangsanya
Setiap pekerjaan atau perbuatan hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan/kemampuan kita
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Buang yang (a) , ambil yang jernih
Maksud peribahasa 'buang yang keruh, ambil yang jernih' ialah...
Melupakan hal yang tidak baik dan mengingati hal yang baik sahaja
Mendengar nasihat yang baik
Setiap pekerjaan atau perbuatan hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan/kemampuan kita
Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam (a)
Maksud peribahasa 'Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar' ialah...
Mendengar nasihat yang baik
Berhati-hatilah apabila memperkatakan sesuatu hal
Setiap pekerjaan atau perbuatan hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan/kemampuan kita
Melupakan hal yang tidak baik dan mengingati hal yang baik sahaja
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Berat mata memandang, berat lagi (a) memikul
Maksud peribahasa 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' ialah...
Apabila melakukan atau memulakan sesuatu kerja atau tugas yang sukar, hendaklah diteruskan sehingga berjaya atau mencapai matlamatnya
Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya
Seseorang yang berkelakuan buruk akan memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga serta bangsanya
Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Alah bisa tegal (a)
Maksud peribahasa 'alah bisa tegal biasa' ialah...
Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat
Melupakan hal yang tidak baik dan mengingati hal yang baik sahaja
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh
Barang yang baik atau berkualiti memang mahal tetapi dapat bertahan lama
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Genggam bara (a) biar sampai jadi arang
Maksud peribahasa 'genggam bara api biar sampai jadi arang' ialah...
Berhati-hatilah apabila memperkatakan sesuatu hal
Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat
Apabila melakukan atau memulakan sesuatu kerja atau tugas yang sukar, hendaklah diteruskan sehingga berjaya atau mencapai matlamatnya
Sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Jika tidak dipecahkan (a) , manakan dapat sagunya
Maksud peribahasa 'jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' ialah...
Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh
Berhati-hatilah apabila memperkatakan sesuatu hal
Sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Tak lekang dek (a) , tak lapuk dek hujan
Maksud peribahasa 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' ialah...
Mendengar nasihat yang baik
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh
Barang yang baik atau berkualiti memang mahal tetapi dapat bertahan lama
Melupakan hal yang tidak baik dan mengingati hal yang baik sahaja
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Bagai menelan mestika (a)
Maksud peribahasa 'bagai menelan mestika embun' ialah...
Mendengar nasihat yang baik
Sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha
Melupakan hal yang tidak baik dan mengingati hal yang baik sahaja
Setiap pekerjaan atau perbuatan hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan/kemampuan kita
Isikan tempat kosong untuk melengkapkan peribahasa yang berikut:
Rosak badan kerana penyakit, rosak (a) kerana laku
Maksud peribahasa 'rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku' ialah...
Berhati-hatilah apabila memperkatakan sesuatu hal
Seseorang yang berkelakuan buruk akan memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga serta bangsanya
Setiap pekerjaan atau perbuatan hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan/kemampuan kita.