wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Usul Fiqh (Istishab dan Masalih Al-Mursalah)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pengertian Istishab dari segi istilah adalah

a)

menzahirkan persamaan sesuatu perkara yang tidak ada nas tentang hukumnya dengan sesuatu yang ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai persamaan pada illah hukum.

b)

persepakatan ulama mujtahidin daripada umat Nabi Muhammad selepas kewafatan baginda dalam perkara yang berhubung dengan hukum syara'.

c)

mencurahkan segala tenaga untuk mendapatkan hukum syara' daripada sesuatu dalil yang terperinci dari dalil-dalil syara'.

d)

iaitu menetapkan hukum bagi sesuatu perkara yang berlaku pada masa kini berdasarkan hukum yang telah berlaku di masa lalu kecuali terdapat dalil yang mengubahnya.

2.

Pengertian Masalih Al-Mursalah dari segi istilah adalah

a)

sesuatu yang dipandang baik yang lahir hasil pemikiran ulama Mujtahidin dalam perkara yang bertentangan dengan hukum qiyas jaliy kerana ada sandaran daripada Al-Quran, hadits, ijma', qiyas tidak jelas atau darurat.

b)

membuat sesuatu undang-undang yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan masyarakat yang tiada sebarang nas untuk dijadikan bukti sama ada ia boleh dilaksankan atau tidak boleh.

c)

berakhirnya suatu penetapan hukum yang diambil daripada suatu nas dengan sebab adanya perubahan hukum daripada nas lain.

d)

iaitu menetapkan hukum bagi sesuatu perkara yang berlaku pada masa kini berdasarkan hukum yang telah berlaku di masa lalu kecuali terdapat dalil yang mengubahnya.

3.

Ulama-ulama yang menerima Istishab adalah

a)

Ulama Mazhab Malik, Hanbali, Syafi, mazhab Zahiri dan sebahagian ulama Hanafi

b)

Ulama Hanafi, Imam Malik dan sebahagian ulama Hanbali

c)

Jumhur Ulama, Imam mazhab empat dan Imam Ghazali

4.

Ulama-ulama yang menerima Masalih al-Mursalah adalah

a)

Ulama Mazhab Malik, Hanbali, Syafi, mazhab Zahiri dan sebahagian ulama Hanafi

b)

Ulama Hanafi, Imam Malik dan sebahagian ulama Hanbali

c)

Jumhur Ulama, Imam mazhab empat dan Imam Ghazali

5.

Ulama-ulama yang menolak Masalih al-Mursalah adalah

a)

Imam Syafi'e, ulama Syafi'e serta ulama Hanbali

b)

Mazhab Zahiriah, sebahagian ulama Syafi'e dan sebahagian ulama Maliki

c)

Ulama Hanafi dan sebahagian ulama Syafi'e serta Abu al-Khattab Hanbali

6.

Ulama-ulama yang menolak Istishab adalah

a)

Imam Syafi'e, ulama Syafi'e serta ulama Hanbali

b)

Mazhab Zahiriah, sebahagian ulama Syafi'e dan sebahagian ulama Maliki

c)

Ulama Hanafi dan sebahagian ulama Syafi'e serta Abu al-Khattab Hanbali

7.

Contoh bagi Masalih al-Mursalah

a)

Perempuan yang sudah berkahwin yang berpisah dengan suaminya selama 15 tahun tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain selagi tiada bukti bahawa suaminya telah menceraikannya.

b)

Perempuan yang sudah berkahwin yang berpisah dengan suaminya selama 15 tahun boleh berkahwin dengan lelaki lain kerana keadaan ini merupakan tanda bahawa suaminya sudah meninggal dunia.

8.

Antara syarat berhujjah dengan Masalih al-Mursalah adalah

a)

mengetahui dan memahami bahasa arab dengan baik dan sempurna supaya mereka dapat mentafsirkan al-Quran dan Hadits dengan baik serta dapat mengistinbatkan hukum.

b)

ulama hendaklah mengkaji dahulu sesuatu dalil dan hukum bagi perkara yang berlaku.

c)

segala kemaslahatan dalam penetapan hukum mestilah benar-benar bertujuan untuk memberi manfaat serta menolak kemudaratan.

9.

Alasan ulama menerima Istishab

a)

Dalil berdasarkan hadits Nabi : Jika seorang daripada kamu merasa ragu-ragu ketika menunaikan sembahyang tentang rakaat samada 3 atau 4 rakaat, maka hendaklah menghilangkan keraguan itu dan memutuskan menurut keyakinan. Kemudian ia sujud 2 kali sebelum memberi salam.

b)

Keterangan orang yang mendakwa adalah diutamakan dari penafian orang yang didakwa.

c)

Terdapat ulama salaf dan para sahabat yang mengeluarkan hukum berdasarkan ini, contohnya : Sayyidina Abu Bakar telah melantik Sayyidina Umar sebagai khalifah penggantinya, sedangkan Nabi Muhammad tidak berbuat demikian.

d)

Penggunaan sumber ini sebagai dalil yang membawa kepada sentiasa berlakunya perubahan hukum mengikut perubahan zaman dan di antara satu tempat dengan tempat lain kerana berlainan kemaslahatan.

10.

Alasan ulama menerima Masalih al-Mursalah