NEW
Font size
WorksheetsCHMS Kuiz Keselamatan Jalan Raya 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
BAHAGIAN B
70. Apakah yang awda fahami mengenai dengan maksud "Pemandu Berhemah"?
Pemanduan yang dapat mengelakkan dan menyelamatkan daripada berlaku kemalangan.
Pemanduan yang dapat mengawasi tingkah laku pengguna jalan raya yang lain.
Mengetahui peraturan-peraturan memandu di jalan raya.
72. Pemandu yang baik harus memiliki ciri-ciri tertentu untuk membentuk sikap dan tingkah laku yang baik ke arah pemanduan yang selamat, antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut kecuali?
Bertanggungjawab, bersabar dan berkeyakinan.
sentiasa memandu laju di lebuhraya.
Merancang setiap perjalanan dan memberikan tumpuan semasa memandu.
73. Berapakah had laju yang ditetapkan di Lebuhraya Negara Brunei Darussalam?
65 km/j dan 80 km/jam
80 km/j dan 100 km/j
100 km/j dan 120 km/j
74. Apakah yang awda fahami mengenai dengan "Peraturan 2 saat"?
Peraturan memeotong kenderaan.
Peraturan mengekori kenderaan dalam jarak yang selamat.
Peraturan mengelak kemalangan dari belakang.
75. Berapakah nombor talian kecemasan bagi Pasukan Polis Diraja Brunei di Negara Brunei Darussalam?
995
991
993
76. Tayar haus atau tayar botak akan menyebabkan kenderaan awda...
Mengelongsor pada jalan yang berminyak sahaja.
Menggelongsor walaupun pada jalan yang kering setelah selesai menekan brek dengan kuat.
Menggelongsor pada jalan yang basah sahaja.
77. Adakah dibenarkan untuk memotong di sebelah kiri jika kenderaan tersebut memberi isyarat untuk belok ke kanan?
Ya, jika kenderaan tersebut berhenti.
Ya, jika selamat untuk berbuat demikian.
Tidak, tunggu sehingga kenderaan tersebut membelok.
78. Jika awda memandu di kawasan perumahan awda hendaklah...
Memandu seperti biasa.
Sentiasa memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati.
Memandu sambil menegur jiran-jiran.
79. Tali pinggang kaledar mesti dipakai oleh...
Penumpang sahaja.
Pemandu sahaja.
Semua penumpang hadapan dan pemandu.
80. Bilakah awda mesti memberi isyarat sebelum membelok?
Sekurang-kurangnya 30 meter sebelum membelok.
Sekurang-kurangnya 70 meter sebelum membelok.
Sekurang-kurangnya 5 meter sebelum membelok.
81. Kenapa kita harus sentiasa melihat cermin pandang belakang dan cermin pandang tepi semasa memandu?
Supaya dapat memastikan keadaan penumpang di belakang selamat.
Supaya kita tahu kedudukan kenderaan di belakang.
Supaya kita tidak mudah mengantuk.
82. Berapakah tempoh masa mengikuti kelas undang-undang kod jalan raya di sekolah memandu Negara Brunei Darussalam?
Sekurang-kurangnya 3 jam.
Sekurang-kurangnya 5 jam.
Sekurang-kurangnya 6 jam.
83. Apabila lampu isyarat berwarna hijau bertukar kepada warna kuning awda mestilah?
Berhenti dengan serta merta.
Melajukan kenderaan supaya dapat mengelakkan daripada berhenti semasa lampu bertukar warna merah.
Berhenti sekiranya kenderaan awda belum melintasi garisan berhenti.
84. Berapakah nombor talian kecemasan Jabatan Bomda dan Penyelamat di Negara Brunei Darussalam?
991
993
995
85. Tatacara yang selamat untuk membuat pusingan balik ialah...
Beri isyarat yang betul, ikut lorong sebelah kanan, perlahankan kenderaan dan buat pusingan balik apabila selamat.
Beri isyarat yang betul, ikut lorong sebelah kiri, perlahankan kenderaan dan buat pusingan balik apabila selamat.
Berikan isyarat dan terus pusing balik.
86. Jika awda menerima panggilan telefon bimbit semasa memandu, apa awda perlu lakukan?
Jangan pendulikan, teruskan perjalanan.
Berhenti dan jawab serta merta.
Cari tempat yang bersesuaian dan selamat untuk berhenti dan jawab panggilan telefon tersebut.
87. Apakah tindakan yang patut awda lakukan jika awda menghampiri simpang empat?
Menghampiri simpang empat dengan hati-hati dan bersedia untuk menekan brek jika perlu.
Lajukan kenderaan awda untuk melalui simpang empat tanpa menghiraukan kenderaan lain.
Gunakan isyarat kecemasan sebelum menghampiri simpang empat.
88. Apakah yang dimaksudkan dengan Lesen Memandu Sementara?
Lesen memandu untuk mendapatkan lesen memandu penuh.
Lesen memandu bagi satu tempoh percubaan satu tahun.
Lesen memandu untuk membolehkan seseorang menjalani latihan(ditemani jurulatih) dan ujian memandu.
89. Adakah dibenarkan memandu kereta yang dipasang dengan cermin gelap?
Dibenarkan memandu pada waktu siang.
Dibenarkan.
Tidak dibenarkan.
90. Apakah tujuan lampu isyarat dan tanda-tanda lalu lintas jalan raya direkabentuk?
Memberikan maklumat dan panduan.
Untuk mengawal lalulintas, memberi maklumat serta panduan.
untuk mengawal perjalanan lalulintas.
