NEW
Font size
WorksheetsSains Tingkatan 3 (Pengangkutan)
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
Apakah peranan sistem pengangkutan darah kepada manusia?
Mengekalkan kestabilan keadaan dan persekitaran tubuh.
Bertanggung jawab untuk mengatur pelbagai fungsi tubuh melalui rembesan hormon.
Mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan.
Yang manakah BUKAN impak terhadap organisma sekiranya sistem pengangkutan dalam organisma tidak dapat berfungsi dengan baik?
Bahan kumuh bertoksik tidak dapat disingkirkan.
Makanan tidak dapat dicerna dengan baik.
Respirasi sel tidak dapat dilakukan.
Dalam sistem peredaran darah bagi haiwan vertebrata, darah sentiasa mengalir
di dalam salur darah ke seluruh badan dalam satu kitaran lengkap melalui jantung.
Antara jenis haiwan vertebrata yang berikut, yang manakah memiliki sistem peredaran darah seperti dalam gambar rajah yang diberikan?
Burung
Mamalia
Ikan
Amfibia
Terdapat tiga jenis salur darah utama manusia, iaitu arteri, kapilari dan vena. Gambar rajah yang diberikan menunjukkan salur darah jenis vena. Mengapakah vena mempunyai injap dalam laluan lumennya?
Untuk membenarkan pengaliran
darah satu hala sahaja.
Kerana pengaliran darah yang
cepat pada tekanan
darah yang tinggi.
Kerana saiz lumennya kecil.
Untuk membenarkan
pertukaran gas,
makanan dan bahan
kumuh antara darah
dengan sel badan
secara resapan.
Gambar rajah menunjukkan jantung dalam keadaan sistol. Bunyi yang dihasilkan adalah 'lub'. Bunyi ini dihasilkan semasa ..................
Injap bikuspid
terbuka.
Injap
trikuspid
terbuka.
Pengenduran ventrikel berlaku.
Pengecutan ventrikel berlaku.
Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?
Stetoskop
Sfigmomanometer
Otoskop
Oksimeter
Purata kadar denyutan nadi bagi lelaki dewasa ialah antara 70 hingga 72 denyutan per minit dan purata kadar denyutan nadi bagi perempuan
dewasa ialah antara 78 hingga 82 denyutan per minit.
Mengapakah terdapat perbezaan antara kadar denyutan nadi antara lelaki dan perempuan dewasa?
Lelaki dewasa kurang bergerak aktif berbanding perempuan dewasa.
Tahap kesihatan lelaki dewasa adalah lebih tinggi berbanding perempuan dewasa.
Saiz jantung perempuan yang
lazimnya lebih kecil mengepam
kurang darah bagi setiap denyutan dan perlu berdenyut pada kadar yang lebih tinggi
berbanding dengan jantung lelaki.
Komponen darah boleh diasingkan menggunakan kaedah emparan. Setelah proses pengasingan komponen selesai, ia akan menghasilkan beberapa lapisan cecair seperti dalam gambar rajah. Apakah cecair kuning tersebut?
Plasma
Sel darah putih
Platlet
Sel darah merah
Kumpulan darah manusia secara umumnya dikelaskan kepada darah A, B, AB dan O. Antara kumpulan darah yang berikut, yang manakah tidak mempunyai antigen di permukaan sel darah merahnya?
Kumpulan darah A
Kumpulan darah B
Kumpulan darah AB
Kumpulan darah O
Sebelum pemindahan darah, kita perlu mengetahui bahawa kumpulan darah penderma dan penerima mestilah serasi. Penggumpalan darah boleh berlaku jika kumpulan darah adalah tidak serasi. Apakah sebab utama yang menyebabkan penggumpalan tersebut berlaku?
Antibodi akan menyerang antigen yang TIDAK SEPADAN dan dengannya dan menyebabkan penggumpalan berlaku.
Antibodi akan menyerang antigen yang SEPADAN dengannya dan menyebabkan penggumpalan darah berlaku.
