NEW
Font size
WorksheetsCHMS Kuiz Keselamatan Jalan Raya 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
BAHAGIAN B
135. Jika awda berhadapan dengan binatang yang berkeliaran di jalan raya, awda patut...
Perlahan atau menekan brek agar tidak terlibat pada risiko kemalangan.
Perlahan dan teruskan perjalanan seperti biasa.
Menekan brek sekuat-kuatnya untuk mengelak dari melanggarnya.
136. Apakah yang patut awda lakukan apabila menghampiri kenderaan yang datang dari hadapan pada waktu malam?
Lihat di sebelah kiri jalan dan terus betul-betul berada di sebelah kiri.
Lihat di tengah-tengah jalan raya.
Lihat di sebelah kanan jalan.
137. Siapakah yang diberi keutamaan untuk berjalan terlebih dahulu di pusing keliling?
Kenderaan yang datang dari sebelah kanan.
Kenderaan pertama yang mendekati pusing keliling.
Semua pemandu mempunyai keutamaan untuk jalan dulu.
138. Berapakah jarak yang sesuai apabila memandu di belakang kenderaan yang kelajuannya ialah 60km/j?
Jarak 3 buah kereta.
Jarak 4 buah kereta.
Jarak 5 buah kereta.
139. Di atas jalan raya dua hala yang tidak ditanda dengan tanda-tanda jalan raya, apakah yang patut awda buat jika ada pemandu memberi isyarat untuk memotong awda?
Lajukan kenderaan awda jika awda memandu di bawah had laju.
Beri isyarat supaya pemandu tersebut kekal berada di belakang kenderaan awda jika awda berfikiran pemandu tersebut memandu sangat laju.
Bergerak seberapa yang boleh ke kiri dan jangan laju.
140. Hukuman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu ialah...
Denda $1000 dan penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Denda $500 dan penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Denda $2000 dan penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
141. Lintasan pejalan kaki merupakan kemudahan bagi pejalan kaki untuk melintas jalan raya, apakah perkara berikut yang tidak dibenarkan bagi pemandu?
Sentiasa berhati-hati-hati apabila menghampiri kawasan lintasan.
Memperlahankan kelajuan kenderaan ketika menghampiri lintasan pejalan kaki.
Berhenti, menunggu atau meletakkan kenderaan di atas lintasan pejalan kaki.
142. Bilakah patut awda membetulkan dan menyesuaikan kedudukan kerusi awda?
Sebelum bergerak pergi.
Semasa bergerak pergi.
Selepas bergerak pergi.
143. Kita harus sentiasa melihat cermin pandang belakang dan cermin pandang tepi semasa memandu.
Kenyataan yang betul.
Kenyataan yang salah.
Semuanya tertakluk kepada keadaan cuaca.
144. Untuk mengatasi "ruang-ruang terlindung" awda patut...
Menggunakan cermin yang lengkung
Pusing kepala awda untuk melihat.
Memasang cermin yang besar.
145. Jika hujan lebat dan keadaan jalan dilihat dengan tidak jelas semasa memandu, awda disarankan supaya...?
Sentiasa membunyikan hon.
Meneruskan perjalanan seperti biasa.
Memberhentikan kenderaan di tempat yang selamat sehingga hujan berhenti.
146. Ianya merupakan amalan yang baik untuk memberhentikan kenderaan awda...
Sebelum garisan berhenti untuk keselamatan.
Sebelum dan seberapa dekat dengan garisan berhenti.
147. Awda mendengar bunyi siren ambulan di belakang, awda mesti...
Lajukan kenderaan tanpa memberinya laluan.
Perlahan dan beri laluan jika bunyi siren terlalu kuat.
Pandu ke sebelah kiri atau kanan jalan untuk memberi laluan kepada kenderaan ambulan.
148. Semasa berhenti di lampu isyarat merah, awda mengeluarkan suratkhabar dan membaca sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Tindakan yang betul.
Tindakan yang salah.
Tindakan yang dimaafkan.
149. Berapakah had kelajuan di jalan raya di Negara Brunei Darussalam jika tidak terdapatnya papan tanda had kelajuan di jalan raya?
50km/j
30km/j
80 km/j
150. Apakah yang patut awda lakukan jika di hadapan awda terdapatnya sebuah kereta yang sedang mengalami kemalangan jalan raya?
Berhenti jika awda tidak sibuk.
Teruskan perjalanan.
Berhenti dan berikan pertolongan.
151. Kenderaan mana yang memberi jalan?
Kenderaan Z (biru)
Kenderaan Y (kuning)
Kenderaan X (merah)
152. Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih kenyataan yang BETUL?
Kenderaan A (merah) dan B (hijau) dibenarkan memotong.
Kenderaan A (merah) tidak dibenarkan memotong dan kenderaan B (hijau) dibenarkan memotong jika selamat.
Kenderaan B (hijau) tidak dibenarkan memotong dan kenderaan A (merah) dibenarkan memotong jika selamat.
153. Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih kenyataan yang betul di bawah ini.
Kenderaan F mempunyai keutamaan jalan sebelum kenderaan D.
Kenderaan E mempunyai keutamaan jalan sebelum kenderaan D.
Kenderaan E mempunyai keutamaan jalan sebelum kenderaan F.
154. Kenderaan mana yang memberi jalan?
Kenderaan Y (biru)
Kenderaan X (merah)
Kedua-dua kenderaan X (merah) dan Y (biru) boleh memberi laluan.
