wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA

Total questions: 15

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama bagi sebatian FeBr2?

a)

Ferum brominda

b)

Ferum (II) bromida

c)

Ferum (III) bromida

d)

Ferum bromin

2.

Manakah antara yang berikut menunjukkan persamaan kimia yang seimbang?

a)

H2O2 --> 2H2O + O2

b)

Zn + HCl --> ZnCl2 + H2

c)

Na + O2 --> Na2O

d)

CuO + H2SO4 --> CuSO4 + H2O

3.

Rajah menunjukkan radas untuk menentukan formula empirik bagi magnesium oksida.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar bagi penutup diangkat dan ditutup dengan cepat sekali sekala semasa pemanasan?

a)

Untuk mengelak tekanan dalam mangkuk pijar

b)

Untuk mengelak mangkuk pijar dari retak

c)

Untuk mengelak wasap putih daripada terbebas keluar

d)

Untuk mengelak wap air daripada memasuki mangkuk pijar

4.

Antara formula kimia berikut, yang manakah betul?

a)

Li2O

b)

KBr2

c)

Al3Cl

d)

MgNO3

5.

Persamaan berikut mewakili satu tindak balas.

Cu(OH)2 + 2HNO3 --> Cu(NO3)2 + 2H2O


Apakah bahan-bahan tindak balas dalam persamaan ini?

a)

Kuprum (II) nitrat dan air

b)

Kuprum (II) nitrat dan asid nitrik

c)

Kuprum (II) hidroksida dan asid nitrik

d)

Asid nitrik dan air

6.

Persamaan berikut mewakili pembakaran metana.

CH4 + 2O2 → CO2 + 2H2O

Kira isipadu karbon dioksida yang terhasil pada suhu dan tekanan piawai jika 3.2 g metana digunakan.

( Jisim atom relatif: H=1 , C=12 , O=16 )

( Isipadu molar pada S.T.P 22.4 dm3 mol-1 )

a)

4.48 dm3

b)

2.24 dm3

c)

1.63 dm3

d)

1.12 dm3

7.

Zink bertindak balas dengan asid nitrik seperti berikut:


Zn + 2 HNO3 --> Zn(NO3)2 + H2

Berapakah jisim zink yang harus digunakan untuk menghasilkan 0.5 mol gas hidrogen, H2?

[Jisim atom relatif Zn = 65]

a)

65.0 g

b)

48.8 g

c)

32.5 g

d)

16.3 g

8.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik suatu oksida logam.


Antara oksida logam berikut yang manakah tidak sesuai digunakan dalam eksperimen?

a)

A Zink oksida

b)

B Plumbum (II) oksida

c)

C Kuprum (II) oksida

d)

D Ferum (III) oksida

9.

Formula molekul bagi glukosa ialah C₆H₁₂O₆. Apakah formula empiriknya?

a)

A. CHO

b)

B. C₆H₁₂O₆

c)

C. CH₂O

10.

Kafein merupakan sebatian aktif yang ada dalam kopi.

Sebatian Kafein terdiri daripada (C=49.48%,H=5.19%,O=16.48%,N=28.85%).

Kafein membantu meningkatkan kepekaan apabila diambil.

Apakah formula empirik bagi kafein ?

[JAR : H=1,C=12,N=14,O=16]

a)

CHNO

b)

C2H5NO2

c)

C4H5N2O

d)

C8H10N4O2

11.

Apakah maksud formula empirik?

a)

Formula yang menunjukkan bilangan sebenar setiap jenis atom yang terdapat dalam satu molekul sebatian tertentu.

b)

Formula yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi atom setiap jenis unsur dalam suatu sebatian.

12.

Persamaan berikut mewakili satu tindak balas kimia.
Zn (s) + 2HCl (aq) →  ZnCl2ZnCl_2   (aq) +   H2H_2  (g)
 Pernyataan yang manakah betul?

a)

 2 mol zink bertindak balas dengan 1 mol asid hidroklorik

b)

 Hasil tindak balas ialah pepejal zink klorida dan gas hidrogen

c)

Bahan tindakbalas ialah pepejal zink dan larutan asid hidroklorik

d)

 1 mol zink klorida dan 2 mol gas hidrogen telah terbentuk

13.

Mengapakah karbon-12 digunakan sebagai rujukan piawai untuk jisim atom relatif?

a)

Karbon-12 lebih stabil

b)

Karbon-12 boleh bergabung dengan banyak unsur

c)

Karbon-12 mempunyai tiga isotop

d)

Karbon-12 lebih mudah dikendalikan kerana wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik

14.

Formula bagi ion karbonat ialah CO32- dan ion klorida ialah Cl- .

Jika formula garam karbonat bagi X ialah XCO3 , apakah formula garam klorida bagi X ?

a)

XCl

b)

X2Cl

c)

XCl2

d)

X(Cl2)3

15.

Ammonium sulfat digunakan sebagai baja.

Berapakah peratusan nitrogen mengikut jisim dalam ammonium sufat?

[Jisim atom relatif: H =1; N=14; O =16; S =32]

a)

10.6 %

b)

12.3 %

c)

13.3 %

d)

21.2 %