wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 5 BAB 5 (5.5 & 5.6)

Total questions: 29

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut manakah DUA intipati Perjanjian Malaysia?

a)

Pengiktirafan kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia

b)

Penduduk bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat pengiktirafan yang sama seperti orang Melayu

c)

Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963

d)

Penggunaan bahasa Inggeris tidak dibenarkan di Sabah dan Sarawak

2.

Maklumat berikut berkaitan intipati Perjanjian Malaysia.


Kerusi parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak 12 kerusi; Sarawak 24 kerusi dan Sabah 16 kerusi.


Mengapakah setiap negeri mendapat pengagihan kerusi parlimen yang berbeza?

a)

Kemakmuran ekonomi

b)

Pemintaan pemimpin

c)

Sumber kewangan

d)

Perluasan wilayah

3.

Bagaimanakah kedudukan bumiputera di Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?

a)

Dilantik dalam pentadbiran awam

b)

Diterima sebagai rakat Tanah Melayu

c)

Mendapat sokongan kewangan persekutuan

d)

Pengiktirafan sama seperti orang Melayu

4.

Dalam Perjanjian Malaysia 1963, Sabah bersetuju mengiktiraf BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Kebangsaan.Sebagai balasan, Sabah dibenarkan menggunakan BAHASA INGGERIS dalam tempoh ___ tahun .

a)

99

b)

100

c)

10

d)

5

5.

Berikut adalah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

United Nations Malaysia Mission (UMNN)

Apakah tujuan Jawatankuasa tersebut?

a)

Menggubal perlembagaan

b)

Membentuk kerajaan baru

c)

Meninjau keadaan Sarawak dan Sabah

d)

Persediaan pengisytiharan Malaysia

6.

Mengapakah berlaku perubahan tarikh pembentukan Malaysia dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963?

a)

Bantahan daripada rakyat Brunei

b)

Laporan PBB tidak dapat disiapkan

c)

Tuntutan 20 Perkara ditolak kerajaan

d)

Kabinet Menteri lambat bermesyuarat

7.

Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963.


Mengapakah tindakan tersebut diambil?

a)

Menentang pembentukan Malaysia

b)

Membantah tindakan terhadap komunis

c)

Pembunuhan rakyatnya di Malaysia

d)

Pertikaian sempadan antarabangsa

8.

Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa DITUNDA ke tarikh 16 September 1963?

a)

Laporan Setiausaha PBB tidak dapat disiapkan

b)

Serangan tentera Indonesia

c)

Serangan tentera Filipina

d)

Tarikh tidak cantik

9.

Siapakah tokoh tersebut yang telah dilantik sebagai ketua rombongan Misi PBB meninjau di Sarawak dan Sabah ?

a)

Laurence Michelmore

b)

U Thant

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

A.M.Azahari

10.

Siapakah yang dilantik sebagai YANG DI-PERTUA Sarawak yang pertama ?

a)

Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee

b)

Stephen Kalong Ningkan

11.

Siapakah yang dilantik sebagai KETUA MENTERI Sarawak yang pertama ?

a)

Wong Pow Nee

b)

Datu Abang Haji Openg

c)

Stephen Kalong Ningkan

d)

Ghazali Shafie

12.

Siapakah yang mengumumkan Pengisytiharan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah?

a)

Tun Abdul Razak Hussein

b)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

c)

Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee

d)

Datu Mustapha Datu Harun

13.

Siapakah yang dilantik sebagai YANG DI-PERTUA Sabah yang pertama ?

a)

Datu Mustapha Datu Harun

b)

Datu Abang Haji Openg

c)

Temenggung Jugah

d)

Datu Patinggi Ali

14.

DR. subandrio (Menteri Luar Indonesia) telah mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan SLOGAN

a)

HAPUSKAN PENJAJAH

b)

GANYANG MALAYSIA

c)

HALAU PENJAJAHAN BENTUK BARU

d)

ASIA UNTUK ORANG ASIA

15.

Partai Komunis Indonesia (PKI) menyelar rancangan Malaysia sebagai __________ yang dirancang British.

a)

NASIONALISME

b)

DEKOLONIALISME

c)

IMPERIALISME

d)

NEOKOLONIALISME

16.

Berikut adalah tuduhan Indonesia terhadap rancangan Malaysia.


Neo-Kolonialisme


Apakah maksudnya?

a)

Perluasan pengaruh politik

b)

Penjajahan kuasa mutlak

c)

Pencerobohan kedaulatan

d)

Konfrontasi bersenjata

17.

Mengapakah Indonesia menentang pembentukan Malaysia?

a)

Keselamatan Indonesia terancam

b)

Malaysia bentuk penjajahan baharu

c)

Pembentukan Malaysia didalangi oleh British

d)

Kerajaan Indonesia dipengaruhi oleh Komunis

18.

Pilih negeri-negeri yang telah diserang oleh gerila Indonesia semasa dasar Konfrontasi berlangsung :

a)

Johor

b)

Sarawak

c)

Sabah

d)

Melaka

19.

Bagaimanakah Malaysia bertindak terhadap dasar Konfrontasi Indonesia ?

a)

Membawa isu ke Majlis Keselamatan PBB

b)

Bertindak balas dengan tentera

c)

Menyerah kalah

d)

Membatalkan hasrat gagasan Malaysia

20.

Siapakah tokoh tersebut yang diberi TANGGUNGJAWAB menyusun strategi menghadapi Dasar Konfrontasi Indonesia?

a)

Muhammad Ghazali Shafie

b)

Tun Abdul Razak

c)

Donald Stephens

d)

Tunku Abdul Rahman

21.

Apakah DUA tindakan Indonesia yang menunjukkan penentangan mereka terhadap pembentukan Malaysia?

a)

Melancarkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu

b)

Menyebarluaskan ideologi komunisme

c)

Mengadakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia

d)

Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak

22.

DUA tindakan Kementerian Luar Negeri menamatkan konfrontasi Indonesia.

a)

Mematahkan kempen propaganda

b)

Mendapatkan sokongan negara luar

c)

Membatalkan perjanjian persahabatan

d)

Meminta bantuan ketenteraan dari ASEAN

23.

Dr Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan Indonesia ke Majlis Keselamatan PBB.

Apakah pendekatan Malaysia dalam hal ini?

a)

Provokasi

b)

Kerjasama

c)

Berdikari

d)

Diplomatik

24.

Konfrontasi terhadap Malaysia berjaya ditamatkan hasil kebijaksanaan pemimpin.

Apakah faktor yang mendorong kejayaan tersebut?

a)

Penglibatan ASEAN

b)

Perbincangan melalui Komanwel

c)

Peralihan kepimpinan di Indonesia

d)

Permintaan rakyat Indonesia di Malaysia

25.

Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia yang menamatkan konfrontasi.

Siapakah presiden baru tersebut?

a)

Soekarno

b)

Suharto

c)

Adam Malik

d)

Burhanuddin al Helmi

26.

Pada 11 Ogos 1966, Tun Abdul Razak menandatangani perjanjian Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di _______

a)

Bangkok

b)

Tokyo

c)

Jakarta

d)

Kuala Lumpur

27.

Siapakah Jeneral Ali Moertopo dan Adam Malik?

a)

Pegawai yang dilantik oleh Suharto untuk berunding menamatkan konfrontasi

b)

Pegawai yang dilantik oleh Soekarno untuk berunding menamatkan konfrontasi

c)

Pegawai yang dilantik oleh PBB untuk berunding menamatkan konfrontasi

28.

" Rundingan Malaysia, Indonesia dan Filipina berlangsung pada tahun 1964 melibatkan dua persidangan peringkat menteri di Bangkok dan satu sidang kemuncak di Tokyo"

Siapakah yang menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia?

a)

Ghazali Shafie

b)

Dr.Ismail Abdul Rahman

c)

Thanat Khoman

d)

Narasimhan

29.

Usaha awal menamatkan konfrontasi dilakukan oleh _______, Setiausaha Agung PBB. Beliau mengutus wakilnya _______ pada bulan Februari 1963 untuk berunding dengan pemimpin kerajaan Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.

a)

Thanat Khoman / V.T Sambanthan

b)

U Maung / Narasimhan

c)

U Thant / C.V Narasimhan

d)

Narasimhan / U Nu