wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pernyataan berikut adalah benar tentang pertolongan cemas?

a)

Pertolongan cemas ialah bantuan perubatan.

b)

Pertolongan cemas menggunakan bahan yang ada di sekitar.

c)

Pertolongan cemas mengutamakan keselamatan mangsa.

d)

Pertolongan cemas perlu diberikan untuk semua kecederaan sebelum mangsa dihantar ke hospital.

2.

Tujuan pertolongan cemas bukan untuk...

a)

menyelamatkan nyawa

b)

memastikan mangsa selamat

c)

menyembuhkan kecederaan

d)

memberi keselesaan kepada mangsa

3.

Objek ini boleh menyebabkan luka berikut kecuali...

a)

amputasi

b)

luka terhiris

c)

luka melelas

d)

luka tikaman

4.

Luka berikut ialah luka

a)

tikaman

b)

amputasi

c)

terkoyak

d)

terhiris

5.

Rajah berikut menunjukkan kesan terbakar

a)

tahap pertama

b)

tahap kedua

c)

tahap ketiga

6.

Rawatan yang tidak betul untuk terbakar adalah

a)

menggunakan kapas menutup bahagian terbakar

b)

menyiram badan terbakar dengan air

c)

menanggalkan cincin pada jari yang terbakar

d)

letakkan bahagian terbakar di bawah air mengalir

7.

Tujuan rawatan patah tertutup ialah

a)

mengelakkan jangkitan kuman

b)

menghentikan pendarahan

c)

menghadkan pergerakan

d)

selimutkan mangsa

8.

Patah di manakah yang menyebabkan pendarahan paling serius?

a)

tulang rusuk

b)

humerus

c)

femur

d)

pelvis

9.

Kedalaman tekanan dada semasa melakukan CPR untuk orang dewasa ialah

a)

3 hingga 4 cm

b)

4 hingga 5 cm

c)

5 hingga 6 cm

d)

6 hingga 7 cm

10.

Nisbah tekanan dada kepada hembusan nafas semasa melakukan CPR untuk orang dewasa ialah

a)

10 tekanan dada : 2 hembusan nafas

b)

15 tekanan dada : 2 hembusan nafas

c)

30 tekanan dada : 2 hembusan nafas

d)

30 tekanan dada : 5 hembusan nafas

11.

Renjatan berlaku akibat

a)

kehilangan darah yang banyak

b)

kekurangan gula dalam darah

c)

suhu badan melebihi suhu normal

d)

mangsa menerima berita buruk

12.

Tindakan yang betul apabila tangan mangsa digigit haiwan ini adalah...

a)

menangkap haiwan ini ke hospital

b)

menenangkan mangsa

c)

mengikat tangan mangsa dengan tali

d)

menghisap darah dari luka gigitan

13.

Pilih pernyataan yang benar tentang pitam.

a)

Mangsa pitam perlu dihantar ke hospital segera

b)

Berikan mangsa panadol dan air yang banyak

c)

Baringkan mangsa dan tinggikan kaki

d)

Sapukan minyak angin pada tengkuk mangsa

14.

Peraturan mengangkut mangsa yang salah adalah...

a)

Jangan mengangkut mangsa kecuali benar-benar perlu

b)

Jangan minta bantuan orang yang tiada kemahiran pertolongan cemas

c)

Jangan alihkan mangsa dalam kedudukan meniarap

d)

Jangan mengangkut mangsa yang tidak sedar diri.

15.

Tindakan yang betul untuk mangsa disyaki termakan racun adalah...

a)

Lakukan tekanan abdomen

b)

Minta mangsa minum banyak air garam

c)

Berikan mangsa minuman air kelapa

d)

Jangan galakkan mangsa muntah.

16.

Asfiksia disebabkan oleh berikut kecuali...

a)

tercekik makanan

b)

benda berat menimpa dada

c)

terhidu gas beracun

d)

dipatuk ular

17.

Luka ialah koyakan pada permukaan kulit seseorang mangsa. Antara berikut ialah tanda-tanda atau gejala yang mungkin dialami oleh mangsa KECUALI:

a)

Pening

b)

Muka pucat

c)

Nadi cepat

d)

Pernafasan dalam

18.

Luka ini tidak mengalami pendarahan yang banyak kerana akibat geseran haba. Luka ini dikenali sebagai……

a)

Luka Terhiris

b)

Luka Terkoyak

c)

Luka Melecet

d)

Luka Tembakan

19.

Berikut ialah urutan yang betul dalam merawat luka biasa:

a)

Bersihkan, Mencuci, Membebat, Membalut

b)

Mencuci, Bersihkan, Membebat, Membalut

c)

Bersihkan, Mencuci, Membalut, Membebat

d)

Mencuci, Bersihkan, Membalu, Membebat

20.

Kenapa mangsa yang dipatuk ular perlu ditenang dengan segera serta diminta jangan bergerak?

a)

supaya tidak menyebab pendarahan yang lebih serius.

b)

agar orang lain dapat merawat luka dengan lebih mudah.

c)

supaya peredaran darah mangsa tidak menjadi lebih laju.

d)

agar tidak mencetuskan kemarahan ular yang masih berdekatan.

21.

Melecur dan Selaran adalah akibat daripada haba. Antara yang berikut adalah punca-punca berlakunya selaran.

a)

teh panas, nitrogen cair dan asid pekat

b)

kopi panas, geseran dan racun rumpai

c)

minyak panas, elektrik dan pancaran matahari

d)

alkali pekat, disambar petir dan pancaran radioaktif

22.

Pantai merupakan salah satu tempat pelancongan yang diminati oleh rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapatnya kes sengetan ubur-ubur telah berlaku di sesetengah pantai. Apakah larutan yang sesuai untuk rawatan kecemasan sebelum mangsa dihantar ke hospital?

a)

Cuka

b)

Kicap

c)

Air Suam

d)

Air Garam

23.

Melecur tahap ini akan menyebabkan kulit mangsa melepuh sehingga terhasilnya lecur pada kulit mangsa.

a)

Melecur Tahap 0

b)

Melecur Tahap 1

c)

Melecur Tahap 2

d)

Melecur Tahap 3

24.

Pitam adalah keadaan tidak sedar yang sementara. Rawatan kecemasan untuk mangsa yang pengsan ini adalah seperti yang berikut, KECUALI:

a)

Dudukan mangsa

b)

Tinggikan kaki mangsa

c)

Pindahkan mangsa ke tempat yang redup

d)

Longgarkan pakaian yang ketat pada bahagian leher dan pinggang

25.

Seseorang mungkin mengalami keracunan tanpa disedari. Terdapat berapa cara racun boleh memasuki tubuh badan kita?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

26.

Kenapa mangsa keracunan yang disebabkan tertelan racun tidak dibenarkan untuk muntah keluar bahan racun?

a)

Supaya rawatan dapat diberikan dengan secepat mungkin.

b)

Supaya tidak menyebabkan kecederaan kali yang kedua.

c)

Supaya mangsa dapat diberikan minuman air sejuk.

d)

Supaya dapat dihantar ke hospital dengan cepat.