Font size
WorksheetsPeranan Novel Pengabdian
Total questions: 45
Worksheet time: 1hrs 8mins
Di bawah adalah antara contoh peranan Siti Nur dalam Novel Pengabdian kecuali....
Doktor
Anak
Kakak
Teman Wanita
Siti Nur merupakan seorang doktor yang bertanggungjawab contohnya
Siti Nur sanggup bekerja lebih masa apabila Shamsul tidak mahu disuntik oleh orang lain melainkan Doktor Siti sendiri. Ia mengusap lembut kepala Shamsul selepas menyuntik Shamsul
Siti Nur berusaha untuk memberi nasihat kepada ayah Azmil agar berada di sisi Azmil demi sikap pemeduliannya terhadap kesihatan Azmil.
Siti Nur cuba menyelamatkan nyawa Junaidah selagi terdaya kerana, nyawa lebih penting dari wang ringgit
Siti Nur tidak merungut apabila bertugas malam. Bagi memudahkannya merawat pesakit pada sebelah malam, dia dengan senang hati tidur di bilik khas walaupun tidak selesa dan bernyamuk
Siti Nur merupakan seorang doktor yang penyayang contohnya
Siti Nur sanggup bekerja lebih masa apabila Shamsul tidak mahu disuntik oleh orang lain melainkan Doktor Siti sendiri. Ia mengusap lembut kepala Shamsul selepas menyuntik Shamsul
Siti Nur berusaha untuk memberi nasihat kepada ayah Azmil agar berada di sisi Azmil demi sikap pemeduliannya terhadap kesihatan Azmil.
Siti Nur cuba menyelamatkan nyawa Junaidah selagi terdaya kerana, nyawa lebih penting dari wang ringgit
Siti Nur tidak merungut apabila bertugas malam. Bagi memudahkannya merawat pesakit pada sebelah malam, dia dengan senang hati tidur di bilik khas walaupun tidak selesa dan bernyamuk
Siti Nur merupakan seorang doktor yang pemedulian contohnya
Siti Nur sanggup bekerja lebih masa apabila Shamsul tidak mahu disuntik oleh orang lain melainkan Doktor Siti sendiri. Ia mengusap lembut kepala Shamsul selepas menyuntik Shamsul
Siti Nur berusaha untuk memberi nasihat kepada ayah Azmil agar berada di sisi Azmil demi sikap pemeduliannya terhadap kesihatan Azmil.
Siti Nur cuba menyelamatkan nyawa Junaidah selagi terdaya kerana, nyawa lebih penting dari wang ringgit
Siti Nur tidak merungut apabila bertugas malam. Bagi memudahkannya merawat pesakit pada sebelah malam, dia dengan senang hati tidur di bilik khas walaupun tidak selesa dan bernyamuk
Siti Nur merupakan seorang doktor yang tidak mementingkan diri sendiri contohnya
Siti Nur sanggup bekerja lebih masa apabila Shamsul tidak mahu disuntik oleh orang lain melainkan Doktor Siti sendiri. Ia mengusap lembut kepala Shamsul selepas menyuntik Shamsul
Siti Nur berusaha untuk memberi nasihat kepada ayah Azmil agar berada di sisi Azmil demi sikap pemeduliannya terhadap kesihatan Azmil.
Siti Nur cuba menyelamatkan nyawa Junaidah selagi terdaya kerana, nyawa lebih penting dari wang ringgit
Siti Nur tidak merungut apabila bertugas malam. Bagi memudahkannya merawat pesakit pada sebelah malam, dia dengan senang hati tidur di bilik khas walaupun tidak selesa dan bernyamuk
Siti Nur juga memegang peranan seorang anak dalam Novel Pengabdian. Siti Nur merupakan anak sulung kepada .....
Marof dan Fatimah
Marof dan Faridah
Peter dan Nyonya Peter
Peter dan Fatimah
Siti Nur merupakan seorang anak yang mengambil berat terhadap ibunya . di bawah ada contoh-contoh Siti Nur mengambil berat terhadap Fatimah kecuali...
ketika ia ditahan di wad selepas pembedahan akibat kanser ovari yang dialami, ibunya Fatimah hendak menjaganya di rumah sakit, tetapi Siti Nur enggan dan menyuruh ibunya balik ke rumah sahaja untuk berehat
Siti Nur merasa khuatir dengan kelewatan ibunya tersebut sehingga ia merasakan tidak berselera untuk makan walaupun ia belum lagi makan.
Siti Nur hendak mengambil pembantu rumah untuk ibunya di rumah bagi memudahkan kerja-kerja ibunya kerana ia tahu ibunya letih menguruskan rumah tangga seharian.
Siti Nur akan memberikan 2 ribu ringgit hasil daripada wang gajinya kepada Fatimah
Siti Nur merupakan anak yang tidak menghampakan ibu bapa Di bawah adalah contoh peristiwa ia tidak mengahmpakan harapan ibu bapa kecuali...
Ia tidak pernah ponteng sekolah walaupun terpaksa ke sekolah dengan berjalan kaki, berpanas dan kadang-kadang berhujan
Dia sentiasa menolong ibunya mengerjakan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, mencuci baju dan memasak untuk keluarga
Dia sentiasa mencapai kejayaan yang cemerlang di bidang pelajaran yang akhirnya membukakan peluang kepadanya menlanjutkan pengajian ke United Kingdom
Siti Nur berjaya menjadi seorang doktor bedah
Siti Nur juga seorang kakak yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada adiknya. Di bawah adalah contoh yang betul kecuali...
Menasihatkan Marina agar tidak berputus asa dan cuba mengambil peperiksaan akan dapat masuk jurusan perguruan
menasihatkan Hannah supaya taat dan patuh terhadap suruhan dan larangan Allah seperti mengerjakan sembahyang dan kepentingan berpakaian menutup aurat.
Menasihat kepada Zul agar bersikap lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, seperti jangan merokok kerana merokok boleh merosakkan kesihatan.
menasihatkan Zul agar jangan memakai subang/anting-anting kerana lelaki yang bersubang tidak akan boleh menjadi imam sewaktu mengerjakan sembahyang.
Siti Nur juga seorang kakak yang menolong adiknya. Di bawah adalah contoh yang betul kecuali...
membantu Zul dengan membayar tiket penerbangan balik Zul dari United Kingdom ke Brunei
menolong Zul mencari pekerjaan
membayar semua belanja pernikahan antara Zul dan Marina kerana ia tahu Zul mempunyai masalah kewangan
menolong Marof menulis surat untuk mendapatkan tanag T.O.L
Di bawah adalah peranan Samuel dan Faisal dalam Novel Pengabdian kecuali
Anak
Suami
Teman lelaki
Doktor
Kawan
Samuel atau Faisal merupakan anak tunggal kepada Peter dan Nyonya Peter. Samuel atau Faisal merupakan seorang anak yang ______ Contohnya, sewaktu ayahnya mencadangkan agar ia berhenti bekerja di hospital kerajaan untuk bekerja di hospital swasta yang dibina oleh ayahnya dan rakan-rakan, Samuel menolak dan tidak bersetuju kerana baginya, ayahnya cuma mementingkan diri sendiri dan hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata.
degil
tidak mendengar nasihat
tegas
tidak sependapat
Samuel juga seorang anak yang tidak mahu menyinggung perasaan ibunya Nyonya Peter. Contohnya dia mengatakan dia seorang vegetarian apabila menolok untuk menjamah masakan ibunya iaitu _____
daging masak kicap
ayam masak kicap
udang masak kicap
babi masak kicap
Sebagai anak, Samuel atau Faisal sayang kepada kedua orang tuanya. Contohnya
Faisal yang pada ketika itu berada di Bandar Seri Begawan segera balik ke Kuala Belait dan tidak jadi membedah Siti Nur kerana khuatir akan keselamatan ayahnya
Samuel bersetuju cadangan Peter untuk mengendalikan hospital swasta yang dibina oleh Peter dan rakan-rakannya
Faisal mencarikan orang-orang yang sanggup mendermakan darah jenis ‘O’ kerana ayahnya kekurangan darahFaisal
Faisal menjaga Peter di rumah sakit Kula Belait sehingga subuh
Samuel merupakan kawan kepada Siti Nur . Sebagai kawan, Faisal/Samuel menghormati pendapat Siti Nur.
Samuel bersetuju dengan pendapat SIti Nur bahawa cadangan Doktor Jones tidak berperikemanusiaan dan menalnggar kod etika kedoktoran
Faisal/Samuel ingin berhenti bekerja di hospital kerajaan kerana hendak bekerja di hospital swasta kepunyaan ayahnya selepas dinasihatkan Siti Nur
Samuel tidak jadi memeluk agama Islam setelah Siti Nur menyatakan dia tidak ikhlas beragama
Samuel memeluk agama Islam setelah Siti Nur menasihatkan agar dia masuk Islam selepas mendalami agama ISlam
Sebagai kawan Samuel atau Faisal pernah menolong Siti Nur contohnya
Samuel pernah menolong Siti Nur untuk menghantarkan ibu Siti Nur yang hendak balik ke Kuala Belait
Samuel pernah menumpangkan Siti Nur hendak balik ke Kuala Belait kerana kereta rosak
Samuel menolong Siti Nur dalam membincangkan tentang hal pesakit seperti Junaidah.
Samuel pernah menolong Siti Nur dalam hal ehwal pelajaran.
Sebagai kawan, Samuel telah jatuh cinta kepada Siti Nur. Sebagai contoh, ketika mereka berada di England dan sama-sama menuntut di sana, Samuel pernah memberi ____________ kepada Siti Nur sebagai tanda cinta dan kasihnya kepada Siti Nur.
setangkai bunga ros merah
rantai
cincin
gelang emas
Faisal juga berperanan sebagai suami kepada Siti Nur. Sebagai suami, Faisal sangat sayangkan isterinya. Contohnya
Faisal telah membantu isterinya di tempat kerja kerana khuatir dengan keselamatan isterinya itu.
Faisal telah menunaikan fardhu haji di Mekah bersama-sama Siti Nur
Faisal juga pada mulanya berasa khuatir untuk meninggalkan isterinya di rumah ketika isterinya sakit tenat pada hari berlangsungnya kemerdekaan Brunei
Faisal telah mendirikan sebuah yayasan diberi nama Yayasan Siti Nur membantu orang-orang yang kurang upaya.
Sebagai suami, Faisal sanggup membantu isterinya untuk menguruskan hal ehwal percetakan dan penerbitan buku yang bertajuk “_____________” setelah isterinya meninggal dunia.
Penyakit dan Kanak-kanak
Penyakit kronik yang dihidapi Kanak-Kanak Brunei
Kanak-kanak Brunei dan Penyakit
Kanak-kanak dan Penyakit
Samuel juga pernah berperanan sebagai pelajar. Pilih pernyataan yang betul bagi Samuel yang berperanan sebagai seorang pelajar
Dia bersekolah di sekolah persediaan Inggeris di Bandar Seri Begawan
Samuel merupakan seorang pelajar yang cerdik
Samuel pernah mendapat keputusan cemerlang sebagai penuntut lelaki di seluruh negara
Samuel dihantar belajar untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat pra universiti atas biasiswa kerajaan
ia meneruskan pengajiannya di perngkat universiti dalam bidang perubatan dan kedoktoran
Faisal juga berperanan sebagai doktor di Hospital Bandar Seri Begawan. Pilih satu pernyataan yang tidak betul mengenai peranan Samuel sebagai seorang doktor.
pakar bedah
doktor yang mementingkan diri sendiri kerana pernah berhasrat membuka klinik persendirian dengan modal yang diberikan Peter
mementingkan n ekonomi negara dari nyawa manusia dengan menyokong pendapat Doktor Jones kerana pendapat Doktor Jones adalah pratikel
berjaya membedah dan membuang kanser ovari yang dihidapi oleh Siti Nur.
Di bawah adalah peranan Zul dalam Novel Pengabdian kecuali....
Anak
AYah
Adik
Suami
Sebagai anak, Zul tidak suka mendengar nasihat orang tuanya. Contohnya
Zul tidak mendengar nasihat ibunya menyuruhnya menggunting rambutnya yang panjang sebelum berlangsungnya majlis perkahwinannya dengan Marina.
Fatimah menasihatinya agar mengerjakan tanah T.O.L kepunyaan ayahnya yang masih kosong.
Marof menasihatinya agar mengerjakan tanah T.O.L kepunyaannya yang masih kosong.
Zul juga merupakan seorang anak yang tidak pandai berdikari. Contohnya....
segala perbelanjaan hariannya masih ditanggung oleh kedua orang tuanya
masih tinggal di rumah Marof walaupun sudah berkahwin dengan Marina
segala urusan makan pakainya masih diuruskan oleh ibunya
Wang untuk belanja rokok pun Fatimah yang berikan
Sebagai anak, Zul mensia-siakan harapan kedua ibu bapanya. Contohnya
Zul tidak balik ke Brunei untuk bertanggungjawab ke atas Marina
Zul sering ponteng sekolah dan gagal ketika pengajiannya di England.
Zul telah melakukan perkara sumbang bersama anak gadis orang (iaitu Marina)
Sebagai adik, Zul juga enggan mendengar nasihat kakaknya contohnya
Siti Nur pernah menegur cara Zul berpakaian iaitu berbaju T dan berjean lusuh. Zul menyatakan berpakaiannya itu “simple”, tidak payah dicuci selalu, tidak payah diseterika dan sesuai dengan kehidupannya di United Kingdom.
Siti Nur menegur Zul bersubang. Zul mengatakan yang ia tidak layak menjadi imam memandangkan ia jarang sekali mengerjakan sembahyang dan memakai anting-anting merupakan fesyen terbaru masa kini.
Zul masih mahu merokok di dalam kereta walaupun dilarang oleh Siti Nur sehingga Siti Nur terpaksa memberhentikan kereta
Siti Nur menasihatkan agar Zul memotong rambutnya yang panjang sebelum hari pernikahannya
. Sebagai adik, Zul masih bergantung harap pada kakaknya. Contohnya,....
wang perbelanjaan sekolahnya di England
wang perbelajaan pernikahannya dengan Marina
tiket balik ke Brunei
wang belanja rokoknya
Zul juga ialah suami kepada Marina. Pilih pernyataan yang betul pernan Zul sebagai seorang suami.
Zul tidak mempunayi pekerjaan tetapi menolong Marina membuat kerja-kerja rumah seperti memcuci pakaian, menegmas rumah dan sebagaiya
Zul tidak lekat duduk di rumah dan Zul lebih suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya di luar rumah.
Seorang suami tidak tahu menjaga hati isteri kerana berusutus surat dengan temannya Sandra dari England
Zul seorang suami yang pemalas. Ia tidak rajin mencari pekerjaan hanya tahu berfoya-foya kemudian duduk bersenang lenang di rumah, sedangkan isterinya Marina berpenat lelah bekerja.
Hannah mempunyai beberapa peranan dalam Novel Pengabdian contohnya
Kakak
Anak
Adik
teman Wanita
Hannah berperanan sebagai anak bongsu kepada Marof dan Fatimah. Sebagai anak bongsu, Hannah seorang yang manja contohnya
Ibunya pernah mengugut untuk membakar pakaian-pakaiannya yang seksi, namun, ugutan ibunya hanya tinggal ugutan.
Fatimah membiarkan sahaja Hannah keluar malam bersama Wardi
Marof tidak menunggur cara berpakaian Hannah yang menjolok mata
Marof tidak pernah memarahinya dan bersikap kasar seumur hidupnya ini walaupun usianya hampir 17 tahun.
Hannah juga berperanan sebagai adik kepada Siti Nur. Sebagai adik, Hannah patuh dengan perintah kakaknya contohnya
Siti Nur mengarahkan Hannah mengerjakan sembahyang fardhu Maghrib sebelum keluar rumah
Siti Nur mengarahkan Hannah mengerjakan sembahyang fardhu asar sebelum keluar rumah
Siti Nur mengarahkan Hannah memakai pakaian menutup aurat sebelum keluar rumah
Siti Nur tidak membenarkan Hannah pergi ke pesta di Batu Satu Jalan Tutong.
Hannah ialah teman wanita Wardi. Pilih pernyataan yang betul mengenai Hannah sebgai teman wanita kepada Wardi
Hannah seorang yang setia .Walaupun ramai yang cuba memikatnya, namun, Wardi tetap menjadi pilihan
Hannah lebih suka hidup berdikari daripada bergantung kepada Wardi. Contohnya, ia tidak kisah jika Wardi tidak jadi pergi bersama-sama dengannya ke majlis parti.
Hannah seorang teman wanita yang suka kepada kekayaan. dia memilih Wardi kerana dia tahu Wardi anak orang kaya
Hannah seorang teman wanita yang cemburu, dia marah kepada Wardi apabila dia mendapat tahu Wari mengutus surat kepada Sandra
Marof juga memegang beberapa peranan dalam Novel Pengabdian iaitu
Kawan
Majikan
suami
bapa
Sebgai seorang suami, Sebagai seorang ketua keluarga, Marof bolehlah dikatakan sebagai seorang yang kurang bertanggungjawab. Contohnya
hendak menyewakan tanah T.O.L kepada Peter
Tidak mahu ikut berunding masalah Zul dan Marina
Semasa muda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kadang tidak mempunyai pekerjaan sehingga keluarganya hidup dalam kemisikinan
Marof lebih mementingkan hal ehwal kesukanannya seperti bermain badminton, hoki, tenis, menjadi hakim bola sepak dan macam-macam lagi.
Sebagai seorang suami juga, Marof juga merupakan seorang yang tidak suka berfikir panjang.
Menghantar barang Haji Salam sehingga di terlewat temujanji dengan Siti Nur
Marof pernah hendak menyewakan tanah T.O.Lnya kepada Peter tanpa berunding terlebih dahulu bersama isteri dan anaknya.
menyuruh Fatimah balik mengikuti bas kerana dia tidak ada masa mengambil Fatimah balik
Marof juga pernah terikut-ikut dengan perangai orang dengan menguburkan senjata patah di belakang rumah sehingga menyebabkan ia ditangkap lalu dipenjarakan di Panggung Roxana atas undang-undang darurat.
Marof juga ialah seorang bapa yang baik hati. Contohnya
Tidak memarahi Zul setelah mengetahui Zul mealkukan perkara sumbang dengan Marina
Sewaktu Siti Nur masih kecil, kalau ada duit lebih sedikit, ia akan membawa dan membelikan aiskrim untuk Siti Nur dan adik-adiknya
Dia akan sedaya upaya membelikan Siti Nur permainan di hari jadi Siti Nur.
Tidak menegur cara pakaian Hannah yang tidak menutup aurat
Dalam soal mendidik anak, Marof seorang bapa lebih banyak mendiamkan diri. contohnya
Marof tidak pernah memarahi apalagi bersikap kasar kepada Hannah sehinggalah Hannah berusia 17 tahun
Walaupun Hannah sering berpakaian seksi dan selalu keluar malam bersama teman lelakinya Wardi.
Marof juga tidak pernah memberi nasihat kepada Zul walaupun Zul sering berpakaian tidak senonoh seperti berbaju T dan jeans lusuh, beranting-anting dan berambut panjang
Marof tidak mahu berunding menyelesaikan masalah Zul dan Hannah
Marof juga dikenali sebagai seorang kawan yang suka memberi bantuan. Pilih pernyataan/contoh yang tidak betul.
Marof pernah membantu kawannya menyembunyikan senjata patah di belakang rumahnya
Marof pernah membantu Haji Salam dengan menghantar barang Haji Salam ke Kampong Limau Manis
Marof juga pernah bersama anaknya Zul mendermakan darah jenis ‘O’ untuk Peter
Marof menolong menganti kawannyannya mejadi umpire/ hakim tenis
Fatimah juga mempunyai pelgai peranan dalam Novel Pengabdian iaitu
ISteri
kawan
ibu
menantu
Sebagai isteri, Fatimah adalah seorang yang penyabar. Contohnya, Ia sabar dengan karenah suaminya Marof
Marof sering kali keluar rumah kerana aktif dengan aktiviti-aktiviti sukan di luar rumah seperti menjadi hakim perlawanan tennis dan bermain badminton
Marof lepas tangan menguruskan/menyelesaikan masalah/urusan keluarga
Marof yang tidak mempunyai pekerjaan tetap semasa muda sehingga dia hidup dlaam kemiskinan
Marof yang hendak menyewakan tanah T.O.L kepada Peter
Fatimah juga merupakan seorang ibu yang penyabar. Di bawah adalah pernyataan yang betul kecuali...
Fatimah sabar dengan perangai Hannah yang sering keluar malam bersama kawan-kawannya walaupun telah diberi nasihat beberapa kali
Fatimah bersabar dengan sikap anak menantunya Marina yang pernah memarahinya dan mengatakan yang ia tidak pandai menjaga anak apabila Marina dan anaknya Zul sering bergaduh.
Fatimah juga terpaksa bersabar dengan perangai Zul yang tidak pernah berubah-ubah semenjak dari bujang hingga kahwin iaitu malas bekerja, berpakaian tidak senonoh dan suka merokok
Fatimah bersabar apabila mengetahui Zul mengalami kemalangan jalan raya dan Siti Nur menghidap penyakit kanser ovari
Fatimah juga merupakan seorang ibu yang penyayang kepada anak-anaknya. Contohnya...
Fatimahlah yang menjaga Hannah di rumah sakit selepas Hannah mengalami kemalangan jalan raya
Fatimah masak ayam masak kicap untuk Siti Nur yang balik dari Bandar Seri Begawan
Fatimah merasa khuatir dengan keadaan Hannah yang koma dan merasa gembira apabila Hannah sedar dari koma lalu mengarahkan suaminya Marof untuk bersedekah di masjid sebagai tanda kesyukuran
Fatimah merasa teramat sedih apabila mengetahui Siti Nur menghidap penyakit kanser ovari dan kalaulah takdir boleh diubah/ditukar, ia relah menggantikan tempat Siti Nur kerana ia sudah tua.
menyediakan sarapan mengikut kesukaan anak-anaknya dan mencuci pakaian Hannah, Zul dan Marina
Seorang ibu yang menegur dan menasihat anaknya. Contohnya
Menasihatkan Zul agar tidak memilih pekerjaan dan mengerjakan tanah T.O.L Marof
Menegur Hannah agar sembahyang maghrib sebelum keluar berpesta
menasihatkan Hannah agar tidak keluar berpesta dan berpakaian menutup aurat
menasihatkan Zul untuk memotong rambutnya sebelum hari pernikahannya
Fatimah juga seorang menantu kepada bapa Marof.Sebagai menantu, Fatimah melayan bapa mertuanya dengan baik. Contohnya
Menjaga ayah mertuanya di hospital Kuala Belait kerana sakit tua
Fatimah akan menyediakan sarapan iaitu minuman kopi Brunei untuk mertuanya
menyediakan pakaian harian
Menyediakan makanan seperti sayur yang segar dan ayam yang disembelih sendiri
Fatimah juga menantu yang mengambil berat dan risau dengan kesihatan bapa mertuanya ketika bapa mertuanya ditahan di rumah sakit akibat ________
kemalangan jalan raya
pening dan terjatuh di bilik tidur
pening dan terjatuh di bilik mandi.
pening dan terjatuh di dapur
