wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kaedah Pengurusan

Total questions: 8

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Anda dikehendaki menghadiri satu mesyuarat bersama pengarah JPN. Dalam masa yang sama anda telah dijadualkan untuk menghadiri Dialog Prestasi di PPD. Apakah kaedah yang akan anda gunakan?

a)

A. Perwakilan

b)

B. Penghargaan

c)

C. Penurunan kuasa

d)

D. Tindak ikut

2.

Anda telah merancang 10 program kecemerlangan mengikut tiga bidang di sekolah. Bagi memastikan kesemua program tersebut berjalan lancar, anda memberikan kuasa pemantauan dan penilaian kepada setiap Penolong Kanan.

a)

A. Penurunan kuasa

b)

B. Perwakilan

c)

C. Tindak susulan

d)

D. Tindak ikut

3.

 

Pn Mardiana diamanahkan sebagai Penyelaras Makmal Komputer. Semenjak dia memegang jawatan berkenaan, SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara telah mempunyai jaringan internet seluruh sekolah dan jadual penggunaan makmal yang maksimum bagi semua mata pelajaran. Apakah kaedah yang akan anda gunakan untuk memberi semangat dan motivasi kepada Pn Mardiana agar momentum kerja beliau tidak menurun?

a)

A. Keraian

b)

B. Penghargaan

c)

C. Kenduri

d)

D. Tindak ikut

4.

Projek madu kelulut berjaya dilaksanakan di sekolah anda. Bulan pertama pelaksanaan projek ini telah berjaya mengumpulkan 2kg madu. Bagi meningkatkan produktiviti, anda membuat ____________ kepada projek awalan ini.

a)

A. Refleksi

b)

B. Kenduri

c)

C. Penghargaan

d)

D. Tindak ikut

5.

Seramai 20 orang murid SMK Batu 3 akan mengikuti program automatif pada Tingkatan 4 tahun hadapan. 5 orang daripada semua pelajar berkenaan tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu yang melayakkan mereka mengikuti program tersebut. Apakah yang akan anda gunakan untuk menjadikan program ini berjaya dilaksanakan kepada semua pelajar berkenaan?

a)

A. Keraian

b)

B. Kenduri

c)

C. Pelan Tindakan

d)

D. Pelan Strategik

6.

Anda telah memberi bimbingan kepada dua orang guru baharu di sekolah. Apakah kaedah yang anda akan gunakan untuk membuat pemantauan terhadap bimbingan yang telah dilaksanakan?

a)

A. Keraian

b)

B. Kenduri

c)

C. Tindak susulan

d)

D. Tindak ikut

7.

En Wan Ahmad Kamal, guru Penolong Kanan telah mengikuti kursus pembangunan organisasi di IAB Cawangan Genting Highlands sebulan yang lalu. Pada hari ini, pihak penganjur kursus telah datang ke sekolah membuat pemantauan. Apakah kaedah yang mereka gunakan?

a)

A. Keraian

b)

B. Kenduri

c)

C. Tindak susulan

d)

D. Tindak ikut

8.

 

Bagi meningkatkan kefahaman dan kerja sepasukan, anda mengadakan sambutan perayaan pelbagai bangsa dan sambutan hari lahir. Apakah kaedah yang anda lakukan?

a)

A. Keraian

b)

B. Kenduri

c)

C. Tindak susulan

d)

D. Tindak ikut