Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 2.2

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, pernyataan manakah tidak betul bagi menunjukkan maksud nasionalisme?

a)

Perjuangan menentang penjajah

b)

Perasaan yang mendalam terhadap bangsa dan negara

c)

Menerima pengaruh imperialisme

d)

Pembelaan terhadap bangsa dan negara

2.

Apakah idea yang diperkenalkan oleh John Locke?

a)

Keunggulan suara rakyat

b)

Prinsip raja berpelembagaan

c)

Kepentingan kebebasan bersuara

d)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak

3.

Apakah persamaan matlamat yang diperjuangkan oleh Revolusi Keagungan (1688) dan Revolusi Perancis (1789)?

a)

Nasionalisme antiraja

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Pembentukan parlimen

d)

Bebas daripada penjajahan

4.

Mengapakah tercetusnya Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England pada tahun 1688?

a)

Membentuk negara bangsa

b)

Mempertahankan sistem beraja

c)

Menegakkan kedaulatan parlimen

d)

Melindungi golongan bangsawan

5.

Apakah kesan daripada tercetusnya Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789?

a)

Penyatuan negara bangsa

b)

Pengukuhan kuasa bangsawan

c)

Pemerintahan beraja berakhir

d)

Perkembangan kegiatan penjajahan

6.

Slogan berikut berkaitan dengan nasionalisme yang berlaku di Barat.

"Tiada cukai tanpa perwakilan"

Apakah revolusi yang menggunakan slogan tersebut?

a)

Revolusi Keagungan

b)

Revolusi Perancis

c)

Revolusi Amerika

d)

Revolusi India

7.

Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap ............. yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat

a)

Hasutan pemimpin

b)

Pentadbiran penjajah

c)

Pemerintahan beraja

d)

Kekuatan penjajah

8.

Kemuncak revolusi Amerika pada tahun 1776 ialah menentang

a)

Golongan raja

b)

Raja Louis XVI

c)

Penjajahan British

d)

Golongan bangsawan

9.

Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Apakah saranan gerakan tersebut?

a)

Memelihara warisan tradisi

b)

Berpegang kepada ajaran Islam

c)

Mentaati pemimpin

d)

Bekerjasama dengan penjajah

10.

India telah mengisytharkan kemerdekaan negaranya pada 15 Ogos 1947. Siapakah Perdana Menteri pertama India?

a)

Mahatma Gandhi

b)

Gangandar Tilak

c)

Jawarharlal Nehru

d)

Muhammad Ali Jinnah

11.

Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun. Beliau menekankan pemodenan mengikut

a)

model Barat

b)

budaya timur

c)

semangat bushido

d)

model Amerika Syarikat

12.

Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme . . .

a)

Sepanyol

b)

British

c)

Barat

d)

Belanda

13.

Apakah kepentingan Dahagi 1857?

a)

Peperangan di India

b)

Pertembungan budaya India

c)

Penentangan masyarakat India

d)

Permulaan nasionalisme di India

14.

Pada tahun 1883, apakah dua tujuan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan nama al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat)?

a)

mendaulatkan perjuangan

b)

memperkuatkan persaudaraan

c)

perpaduan rakyat

d)

memperkukuh jihad sebenar

15.

Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.

Liga Muslim

Kongres Kebangsaan India (INC )

a)

menggerakkan perang gerila

b)

melancarkan gerakan dakyah

c)

merangka pembahagian India

d)

melakukan penentangan militan