NEW
Font size
Worksheets4.1 : Keseimbangan Terma
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Rajah menunjukkan satu sudu besi pada suhu bilik direndam dalam air panas pada 70°C. Keseimbangan terma tercapai apabila
suhu air = suhu sudu
jisim sudu = jisim air yang tersesar
isi padu sudu = isi padu air yang tersesar
muatan haba tentu sudu = muatan haba tentu air
Suatu sudu logam dimasukkan di dalam suatu minuman panas, sudu itu akan menjadi panas dalam tempoh masa yang singkat. Pernyataan manakah yang betul mengenai pengaliran haba ?
Pengaliran haba bersih adalah daripada minuman panas ke sudu.
Haba mengalir hanya daripada sudu ke minuman panas.
Haba mengalir hanya daripada minuman panas ke sudu.
Pengaliran haba bersih adalah sifar.
Rajah menunjukkan termometer klinik diletakkan di bawah lidah selama beberapa minit sebelum mengambil bacaan suhu badan pesakit. Pernyataan yang manakah betul tentang suhu badan dan bacaan termometer ?
I. Kehilangan haba oleh badan pesakit adalah sama dengan penerimaan haba oleh termometer.
II. Kehilangan haba oleh badan pesakit adalah lebih besar daripada penerimaan haba oleh termometer.
III. Suhu badan pesakit dan suhu termometer adalah sama.
I dan II
I dan III
II dan III
I, II dan III
Rajah menunjukkan botol minuman ringan yang disejukkan dengan meletakkannya ke dalam sebuah baldi yang penuh dengan ais. Suhu awal kedua-dua objek itu adalah berbeza. Antara berikut, yang manakah adalah benar apabila kedua-dua objek itu mencapai keseimbangan terma ?
Haba dipindahkan dari botol minuman ke ais.
Kedua-dua objek mempunyai jumlah haba yang sama.
Kedua-dua objek mempunyai suhu yang sama.
Tiada pengaliran haba antara dua objek.
Rajah menunjukkan bagaimana suhu badan seorang bayi diukur oleh seorang doktor. Bacaan suhu bayi hanya diambil untuk memastikan
kadar pemindahan haba bersih adalah sifar
tidak berlaku keseimbangan terma
jumlah haba yang dipindahkan dari bayi ke termometer klinik & sebaliknya adalah
tidak sama
Rajah menujukkan P adalah dalam keseimbangan terma dengan Q dan Q adalah dalam keseimbangan terma dengan R. Jika suhu P adalah θP dan suhu R adalah θR, pernyataan berikut yang manakah adalah benar ?
θP > θR
θP = θR
θP > θR
Rajah menunjukkan 20 g susu pada suhu 10°C dicampurkan ke dalam gelas yang mengandungi kopi pada suhu 60°C. Berapakah suhu akhir campuran tersebut ?
Antara 20°C dan 70°C
Antara 5°C dan 30°C
Antara 10°C dan 70°C
Antara 10°C dan 60°C
Merkuri digunakan sebagai cecair dalam termometer kerana
ketumpatan yang rendah.
takat didihnya rendah.
kebolehannya membasahi tiub kaca.
kebolehan untuk mengembang sekata.
Rajah menunjukkan termometer cecair-dalam kaca. Jadual menunjukkan data yang dikumpul apabila Ahmad menggunakan termometer untuk merekod suhu air di dalam bikar apabila dipanaskan. Antara berikut, yang manakah boleh dicadangkan kepada Ahmad untuk meningkatkan kepekaan termometer ?
Menggunakan tiub kapilari yang lebih panjang.
Menggunakan bebuli dengan dinding yang lebih tebal.
Menggunakan tiub kapilari dengan diameter yang lebih kecil.
Menggunakan batang kaca dengan dinding tebal.
Rajah menunjukkan sebuat termometer merkuri yang belum ditentukur. Panjang turus merkuri pada termometer ialah 2.5 cm pada 0°C dan 60.0 cm pada 100°C. Apabila termometer itu dimasukkan ke dalam air panas, panjang turus merkuri menjadi 40.0 cm. Berapakah suhu air panas ?
90.2°C
70.3°C
65.2°C
55.8°C
