wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SEJARAH KSSM

Total questions: 100

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa terdiri daripada yang berikut kecuali..

a)

Kedaulatan

b)

Rakyat

c)

Kekayaan

d)

Undang-undang

2.

Rakyat Melaka secara umumnya terdiri daripada..

a)

Orang Bajau

b)

Orang Jepun

c)

Orang Perancis

d)

Orang Melayu dan Orang Laut

3.

Kedaulatan adalah seperti di bawah kecuali..

a)

Lambang kekuasaan tertinggi sesorang sultan

b)

Hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat

c)

Hak mutlak sultan untuk mengawal wilayah

d)

Hak orang asing terhadap Tanah Melayu

4.

Wilayah yang diperolehi melalui peperangan adalah ...

a)

Wilayah kesultanan

b)

Wilayah taklukan

c)

Wilayah naungan

d)

Wilayah keturunan

5.

Kawasan pemerintahan raja yang diterima oleh rakyat adalah definisi bagi wilayah..

a)

Wilayah taklukan

b)

Wilayah naugan

c)

Wilayah pemerintah

d)

Wilayah pengaruh

6.

Undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

I Undang-undang Manu

II Hukum Kanun Melaka

III Undang-undang Laut Melaka

IV Kutara Munawa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Antara berikut, kerajaan manakah yang mengamalkan sistem perundangan Kutara Manawa?

a)

Kerajaan Melaka

b)

Kerajaan Kedah Tua

c)

Kerajaan Majapahit

d)

Kerajaan Srivijaya

8.

Kesultanan Melayu Melaka pernah menjadi kerajaan yang gemilang.

Apakah kesan penerapan ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjadi panduan penubuhan negara bangsa

b)

Memulakan penyebaran Islam di Alam Melayu

c)

Melahirkan rakyat yang sejahtera

d)

Memperkukuhkan bangsa sesebuah negara

9.

Apakah tanggungjawab golongan diperintah terhadap golongan pemerintah?

a)

Menjaga keselamatan negara

b)

Memberikan kesetiaan

c)

Melindungi pemerintah

d)

Menjaga keharmornian negara

10.

Apakah peranan Pembesar Empat dalam memastikan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjaga kepentingan sultan

b)

Memastikan rakyat terjaga

c)

Menumpahkan taat setia kepada sultan

d)

Mewujudkan proses pentadbiran sempurna

11.

” Hilang Gelap Terbitlah Terang “merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini daripada Indonesia.

Apakah kandungan buku tersebut?

a)

Kemunduran peribumi.

b)

Kemerdekaan negara

c)

Kepentingan kerjasama

d)

Kesetiaan kepada raja

12.

Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad ( za’ba ) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?

a)

Perjuangan melalui penulisan.

b)

Perjuangan bercorak radikal.

c)

Perjuangan berpendidikan agama.

d)

Perjuangan terawal di Tanah Melayu.

13.

Kemunculan mesin cetak telah memberi kesan kepada nasionalisme di Tanah Melayu abad ke 20.

Apakah kesan tersebut ?

a)

Pentadbiran sistematik

b)

Penentangan terhadap British.

c)

Peningkatan sistem pendidikan.

d)

Perluasan pengaruh barat.

14.

Antara berikut, yang manakah mencirikan Kaum Muda?

a)

Terdiri daripada golongan pemuda

b)

Memperjuangkan nasaib golongan muda

c)

Membawa idea baru dari timur tengah

d)

Mengasingkan diri dari golongan tua.

15.

Persatuan sahabat pena Malaysia (PASPAM) telah ditubuhkan pada tahun 1934.

Apakah peranan PASPAM ?

a)

Membincangkan masalah ekonomi.

b)

Menggalakkan kemajuan bangsa

c)

Memajukan budaya dan maruah

d)

Menegakkan ajaran islam

16.

Thailand telah bekerjasama dengan Jepun semasa perang dunia kedua.

Apakah kesan terhadap negara tersebut?

a)

Pemantapan kuasa raja.

b)

Persaingan kuasa barat

c)

Pengekalan kemerdekaan

d)

Penguasaan ekonomi oleh imigran.

17.

Apakah pandangan  Hans Kohn berkaitan nasionalisme?

a)

Gerakan kesetiaan kepada negara dan bangsa

b)

Perjuangan orang Melayu dalam negara sendiri

c)

Fenomena sejagat menubuh negara sendiri

d)

Perjuangan menuntut kemerdekaan

18.

Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.

Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?

a)

Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja

b)

Menjelaskan kedaulatan negara bangsa

c)

Memantapkan kedudukan parlimen

d)

Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat

19.

*Revolusi Perancis

*Revolusi England

Mengapakah revolusi tersebut berlaku ?

a)

Memperjuangkan kedaulatan negara

b)

Mempertahankan peradaban

c)

Menentang penguasaan ekonomi

d)

Penentangan pemerintahan beraja

20.

Antara pernyataan berikut yang manakah menjelaskan maksud Semangat bushido?

a)

Taat setia.

b)

Bertolak ansur.

c)

Tolong menolong.

d)

Sanggup berkorban

21.

Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara Eropah. Manakah penyataan yang tidak benar mengenai faktor Perang Dunia Pertama?

a)

Berlaku disebabkan krisis ekonomi

b)

Persaingan kuasa imperialis

c)

Pakatan ketenteraan

d)

Krisis Rantau Balkan

22.

Apakah penyebab kepada berlakunya krisis rantau Balkan?

a)

Akibat keperluan bahan mentah

b)

Persaingan sihat dalam perdagangan

c)

Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia

d)

Berlakunya Perang Dunia Kedua

23.

Antara berikut, yang manakah bukan terdiri daripada Kuasa Tengah?

a)

Jerman

b)

Bulgaria

c)

Empayar Uthmaniyah

d)

Rusia

24.

Peristiwa apakah yang berlaku pada 4 Ogos 1914?

a)

Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia

b)

Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang menceroboh Belgium

c)

Itali menyertai Perancis dalam Pakatan Bertiga

d)

Rusia bertindak memberikan bantuan ketenteraan untuk Serbia

25.

Apakah antara kesan Perang Dunia Pertama?

I Keruntuhan Pemerintahan Beraja

II Kemunculan Negara Baharu

III Kesedaran Nasionalisme bermula

IV Amerika Syarikat merdeka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?

I Pakatan Ketenteraan

II Persaingan kuasa imperialis

III Kemunculan Ideologi baharu

IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Pada tahun 1914, Empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa untuk orang Islam.

Mengapakah Empayar Uthmaniyah bertindak demikian?

a)

Menghapuskan fahaman sekularisme

b)

Menyeru menentang penjajah

c)

Mencetus revolusi agama

d)

Menyekat pengaruh penjajah

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan kesan Perang Dunia Pertama dari segi politik.

Mengapakah perjanjian tersebut dikatakan membawa kesan kepada negara Eropah?

a)

Pertambahan kaum imigran

b)

Perkembangan fahaman komunis

c)

Pembentukan negara baharu

d)

Pembahagian kekayaan sama rata

29.

Mengapakah Jerman tidak berpuas hati dengan perjanjian Versailles?

a)

Kehilangan tanah jajahan

b)

Dilarang memiliki angkatan perang

c)

Terpinggir dalam perkembangan ekonomi

d)

Tercetus perang saudara

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua.   Apakah faktor X?

a)

Masalah kemelesetan ekonomi

b)

Jepun menyerang Pearl Habour

c)

Penamatan sistem beraja

d)

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

31.

Apakah yang dimaksudkan dengan BMA?

a)

Bersatu Malay Administration

b)

British Military Administration

c)

British Military Agensi

d)

British Malay Administration

32.

Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak BMA untuk memulihkan sosiekonomi tanah melayu?

a)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera berat, pekerja, mesin dan teknologi

b)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera berat, alat ganti, mesin dan teknologi

c)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera ringan, alat ganti, mesin dan teknologi

d)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera berat, alat ganti, modal dan teknologi

33.

Setiausaha Tanah Jajahan British, George Henry Hall membentangkan Rancangan Malayan Union ini di Parlimen British pada?

a)

10 Oktober 1946

b)

10 November 1945

c)

10 Oktober 1945

d)

11 Oktober 1945

34.

Rancangan Malayan Union yang diisytiharkan

dalam Warta Kerajaan dikenali sebagai

a)

Kertas Putih 6114

b)

Kertas Hitam 6214

c)

Kertas Putih 6215

d)

Kertas Putih 6274

35.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jus soli?

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan jantina

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

c)

Syarat perkhawinanberdasarkan tempat lahir

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat tinggal

36.

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union mempunyai dua. Klik pada jawapan yang telah disediakan.

a)

Sistem pentadbiran

b)

Kewarganegaraan

c)

Kewangan

d)

Sistem ekonomi

37.

British Military Administration (BMA) berusaha untuk mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat selepas Perang Dunia Kedua tetapi gagal.

Mengapakah BMA gagal mengembalikan kestabilan dan keamanan?

 

a)

Perpaduan kaum

b)

Bekalan makanan

c)

Kewangan

d)

Kerosakan bangunan

38.

Mengapakah Sir Harold MacMicheal tidak disenangi oleh orang Melayu?

 

a)

Membantu pasukan komunis

b)

Menjadi Gabenor Malayan Union

c)

Memaksa raja menandatangani perjanjian

d)

Menentang demonstrasi orang Melayu

39.

1.    Pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946 telah mendapat bantahan Raja-Raja Melayu. Bagaimanakah bantahan tersebut dilakukan?

 

                      I.        Membawa kes ke mahkamah England

                    II.        Membuat perjanjian dengan British

                   III.        Meminta bantuan bekas pegawai British

                  IV.        Menghantar surat bantahan ke London 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Apakah kesan pelaksanaan sistem pentadbiran Malayan Union terhadap orang Melayu?

a)

Mengembangkan budaya

b)

Mengeratkan perpaduan

c)

Meningkatkan ekonomi

d)

Mengukuhkan kuasa sultan

41.

Mengapakah Jawatankuasa Kerja diperkenalkan?

a)

Untuk menggantikan Malayan Union

b)

Untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

Untuk mempercepatkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Untuk mengkaji semula Malayan Union

42.

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Kerja?

I. Raja-raja Melayu

II. Wakil UMNO dan pegawai British

III. Wakil MCA dan MIC

IV. Ketua tempatan Sabah dan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

43.

Mengapakah golongan Melayu radikal membantah tindakan British?

a)

Tidak bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Hak istimewa orang Melayu terjejas

c)

Syarat kewarganegaraa yang masih longgar

d)

Menjalankan perundingan tertutup dengann UMNO

44.

Tokoh di atas adalah antara golongan nasionalis Melayu radikal. Apakah peranan beliau?

a)

Mengetuai Barisan Tani Malaya (BATAS)

b)

Mengetuai Hisbul Muslimin

c)

Pengerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

d)

Presiden Angkatan Pemuda Insaf (API)

45.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan?

a)

Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

46.

Diterbitkan oleh Ahmad Boestamam untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka.

Apakah nama akhbar yang dimaksudkan di atas?

a)

Warta Malaya

b)

Majlis

c)

Suara Rakyat

d)

Utusan Melayu

47.

PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja. Apakah alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA?

a)

Suara Rakyat

b)

Testament Politik API

c)

Perlembagaan Rakyat

d)

Hartal

48.

Jawatankuasa Kerja telah memulakan tugasnya pada awal bulan Ogos 1946 sehingga pertengahan November 1946. Apakah cadangan jawatankuasa tersebut?

 

a)

Mendesak British memberi kemerdekaan

b)

Memulihkan kedudukan Raja-Raja Melayu

c)

Menghapuskan kuasa British

d)

Menuntut kemerdekaan secara radikal

49.

1.    Apakah matlamat perjuangan pertubuhan Melayu radikal?

 

                      I.        Menyokong British

                    II.        Membebaskan tanah air

                   III.        Penyatuan seluruh Tanah Melayu

                  IV.        Kemerdekaan melalui rundingan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

  II dan III

d)

III dan IV

50.

Mengapakah British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948?

a)

Perpaduan dalam kalangan orang Melayu

b)

Memenuhi desakan orang dagang

c)

Mendapat perkenan Raja-Raja Melayu

d)

Pembubaran Majlis Raja-Raja Melayu

51.

Konsep kedaulatan ditakrifkan sebagai

a)

kuasa tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara

b)

perlembagaan tertinggi sesebuah negara

c)

kuasa tertinggi pemerintah

d)

raja berperlembagaan

52.

Apakah bukti yang kukuh yang memantapkan Malaysia sebagai negara bangsa yang bebas dan berdaulat?

a)

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

b)

penubuhan Malaysia pada 16 September 1963

c)

kewujudan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

d)

Perpisahan Singapura dari Malaysia pada 6 Ogos 1965

53.

Takrif kedaulatan menurut bahasa Yunani ialah

a)

agung atau tertinggi merujuk negara yang bebas dan merdeka

b)

negara yang mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

c)

kuasa pemerintahan sesebuah negara

d)

kuasa tertinggi terhadap pemerintahan negara

54.

Menurut tokoh ini, 'kedaulatan merupakah kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya. Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita sama.

Siapakah tokoh yang dimaksudkan di atas?

a)

Aristotle

b)

Ibnu Khaldun

c)

Jean Bodin

d)

Tunku Abdul Rahman

55.

Nyatakan jenis-jenis kedaulatan yang wujud

a)

kedaulatan tradisional

b)

kedaulatan lama

c)

kedaulatan moden

d)

kedaulatan undang-undang

56.

Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat serta menjadikan negara aman, stabil dan makmur.

Apakah jenis kedaulatan yang dimaksudkan di atas

a)

tradisional

b)

moden

c)

undang-undang

d)

antarabangsa

57.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab?

a)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

b)

Kuasa tertinggi pemerintahan negara

c)

Kebebasan dan kemerdekaan

d)

Kuasa agung sesebuah pemerintahan

58.

Apakah ciri negara berdaulat yang diamalkan oleh Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja Berpelembagaan

c)

Sistem pemerintahan beraja

d)

Sistem pemerintahan republik

59.

Maklumat berikut menunjukkan kedaulatan penting untuk menjalinkan kerjasama Malaysia dengan negara luar.

Apakah kepentingan hubungan luar negara kepada Malaysia?

 

a)

Mengadakan program antarabangsa

b)

Menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang

c)

Memupuk semangat perpaduan

d)

Melahirkan generasi yang berkemahiran

60.

Apakah kepentingan unsur patriotisme dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara?

a)

Menjadi asas kemajuan negara

b)

Menyokong dasar kerajaan

c)

Menggalakkan pelancongan

d)

Menghargai sumbangan kuasa luar

61.

Berdasarkan model Mahkamah Teringgi England, bentuk mahkamah dibahagikan kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah X. Apakah X?

a)

Rasmi

b)

Sederhana

c)

Rendah

d)

Rayuan

62.

Terdapat 3 perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963. Berikut yang manakah bukan perkara utama yang berkenaan?

a)

Struktur Mahkamah Atasan

b)

pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

c)

kedudukan pribumi Singapura

d)

jawatan Yang di-Pertuan Negeri

63.

Apakah peranan utama Mahkamah Tinggi Borneo ?

a)

menguruskan soal keagamaan penduduk pribumi

b)

menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah

c)

menguruskan soal kebangsaan di Sarawak dan Sabah

64.

Semua perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia. Berikut yang manakah bukan perkaraa-perkara berkenaan?

a)

Agama

b)

imigresen

c)

kewangan

d)

pertahanan

65.

a) Namakan dua asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

a)

Undang-undang Negeri Melayu

b)

Undang Undang Tubuh Johor

c)

Undang-undang Inggeris

d)

Hukum Kanun Melaka

66.

Berikut yang manakah merupakah tarikh persidangan akhbar yang diadakan di bangunan Parlimen bagi menerangkan perkaran permisahan Singapura?

a)

8 Ogos 1965

b)

9 September 1965

c)

9 Ogos 1965

d)

8 September 1965

67.

Berdasarkan penyataan berikut, apakah ciri yang diwakili oleh X?

a)

Pembesar membantu raja

b)

Pemerintahan raja

c)

Undang-undang yang digubal di England

d)

Undang-undang kegunaan Negeri-Negeri Selat

68.

Antara yang berikut, yang manakah undang-undang bertulis wujud di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British.

 

                      I.        Undang-Undang Johor

                    II.        Hukum Kanun Melaka

                   III.        Hukum Kanun Perlis

                  IV.        Undang-Undang 99 Perak

 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

69.

Perkara manakah yang berkaitan dengan penyataan di atas?

a)

Agama Islam diletakkan dibawah kuasa raja di negeri

b)

Residen berkuasa ke atas agama Islam dan adat

c)

Raja perlu menerima nasihat daripada penasihat British

d)

Agama Islam diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong

70.

Perlembagaan Malaysia merupakan peraturan tertinggi dan panduan sistem pemerintahan negara kita. Apakah kepentingan perlembagaan tersebut terhadap rakyat Malaysia?

 

                      I.        Menjamin keselamatan rakyat

                    II.        Melicinkan pentadbiran kerajaan

                   III.        Mengawal pertambahan penduduk

                  IV.        Memberi kebebasan memilih kewarganegaraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

71.

Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini dan telah mengiktiraf X. (BT ms 38)

Apakah X?

a)

Gabenor

b)

B. Residen

c)

Raja Berpelembagaan

d)

Raja berkuasa mutlak

72.

Gambar menunjukkan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mempelihatkan pemerintahan beraja yang berwibawa. Pada masa itu raja berkuasa mutlak di mana (BT ms 38)


I. Berkuasa terhadap pentadbiran

II. Berkuasa terhadap kehakiman

III. Berkuasa menasihati negara luar

IV. Berkuasa merampas kerajaan lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

73.

Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diperkukuhkan dengan konsep Islam . Hal ini menjadikan raja sebagai (BT ms 38)

a)

Ketua pedagang

b)

Ketua agama Islam

c)

Ketua penghulu

d)

Ketua perbendaharaan

74.

Secara tradisinya Raja-raja Melayu dianggap sebagai (BT ms 38)

I. Sumber undang-undang

II. Penulis undang-undang

III. Ketua bendahari

IV. Ketua kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

75.

British telah menggunakan teknik X untuk meluaskan pengaruhnya di negeri Melayu.

Apakah X ? (BT ms 39)

a)

Pecah perintah

b)

Mengawini anak raja

c)

Menggunakan tentera

d)

Perjanjian

76.

Di negeri-negeri Melayu Bersekutu British telah melantik X untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri. (BT ms 39)

Apakah X?

a)

Menteri Besar

b)

Bendahara

c)

Pegawai

d)

Residen

77.

Apakah bidang kuasa Majlis Raja-Raja semasa Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu?

a)

Urusan Pentadbiran

b)

Urusan Perbendaharaan

c)

Urusan agama Islam

d)

Urusan Peperangan

78.

Raja Berpelembagaan merupakan sebahagian daripada pentadbiran negara.

Apakah gelaran bagi raja di peringkat Persekutuan?

a)

Yang AMat Berkuasa

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Yang Amat Mulia

d)

Yang Amat Terutama

79.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnya memahami kepentingan pilihan raya. Apakah kepentingan pilihan raya?

a)

Untuk kebaikan pemimpin

b)

Untuk memilih pemimpin berwibawa

c)

Untuk memuaskan hati raja

d)

Untuk kehebatan negara

80.

Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan. Mengapakah berlaku sedemikian?

a)

Memastikan suara setia kaum diwakili

b)

Memastikan perpaduan terjalin

c)

Memastikan negara aman

d)

Memastikan dapat berkuasa

81.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan sistem Jemaah Menteri

d)

Pentadbiran oleh YDPA

82.

Apakah unsur penting dalam sebuah negara Persekutuan?

a)

Pilihan raya

b)

Kerajaan Pusat

c)

Kerajaan Negeri

d)

Majlis Raja-raja

83.

- Melaka

- Pulau Pinang

- Semua negeri Melayu


Bagaimanakah British menyatukan pentadbiran negeri-negeri berikut pada tahun 1946?

a)

Penubuhan Kesatuan Malaya

b)

Pembinaan konsep negara bangsa

c)

Penetapan sempadan antara negeri

d)

Pembentukan Persekutuan Malaysia

84.

Siapakah yang dilantik sebagai ketua Persekutuan pada tahun 1948?

a)

Residen

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Sultan

85.

Apakah asas kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Penubuhan PTM 1948

b)

Perjanjian PTM 1957

c)

Permeteraian pengisytiharan kemerdekaan

d)

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

86.

" Penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk sebuah negara"


Apakah sistem kerajaan tersebut?

a)

Sistem kerajaan naungan

b)

Sistem kerajaan jajahan

c)

Sistem kerajaan persekutuan

d)

Sistem kerajaan Demokrasi

87.

Apakah tujuan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927 dibentuk?

a)

Untuk Raja-Raja Melayu

b)

Menyatukan semua negeri-negeri

c)

Mengukuhkan kedudukan British

d)

Untuk keselamatan rakyat

88.

Antara berikut, yang manakah terkandung dalam Senarai Persekutuan?

 

                      I.        Hal Ehwal Luar Negeri

                    II.        Pertahanan

                   III.        Perhutanan

                  IV.        Perniagaa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

89.

Apakah bidang kuasa bagi akta di atas?

a)

Mengekalkan kuasa kemasukan

b)

Merancang dan membangunkan bandar

c)

Memajukan pertanian dan perhutanan

d)

Melindungi haiwan liar dan taman negara

90.

Apakah yang terkandung dalam Perkata 75 Perlembagaan Persekutuan?

a)

Undang-undang Antarabangsa mengatasi Undang-undang Persekutuan

b)

Undang-undang Negeri mengatasi Undang-undang Persekutuan

c)

Undang-undang Negeri mengatasi Undang-undang Antarabangsa

d)

Undang-undang Persekutuan mengatasi Undang-undang Negeri

91.

Siapakah yang dilantik sebagai PENGERUSI dalam Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ?

a)

Donald Stephens

b)

Temenggung Jugah

c)

Tunku Abdul Rahman Puta al-Haj

d)

Dato' Onn Jaafar

92.

Apakah maksud REFERENDUM ?

a)

Pungutan suara

b)

Cadangan

c)

Janji politik

d)

Rujukan

93.

Dalam Perjanjian Malaysia 1963, Sabah bersetuju mengiktiraf BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Kebangsaan.Sebagai balasan, Sabah dibenarkan menggunakan BAHASA INGGERIS dalam tempoh ___ tahun .

a)

10

b)

100

c)

15

d)

1

94.

Siapakah tokoh tersebut yang telah dilantik sebagai ketua rombongan Misi PBB meninjau di Sarawak dan Sabah ?

a)

Laurence Michelmore

b)

U Thant

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

A.M.Azahari

95.

Pada 11 Ogos 1966, Tun Abdul Razak menandatangani perjanjian Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di _______

a)

Jakarta

b)

Tokyo

c)

Bangkok

d)

Kuala Lumpur

96.

Pada tahun 1951, Sir Malcom MacDonald telah berbincang dengan Dato' Onn Jaafar dan ahli MPP bagi menggabungan Tanah Melayu dengan ___________ dan ________________

a)

Singapura

b)

Wilayah Borneo

c)

Perlis

d)

Johor

97.

Idea Gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara. Apakah idea yang pernah dilahirkan oleh Melayu Raya?

a)

Mempercepatkan penggabungan

b)

Memajukan ekonomi

c)

Menghapuskan tentera Kalimantan

d)

Mendapatkan kemerdekaan

98.

Maklumat berikut berkaitan idea Penubuhan Gagasan Malaysia. Mengapakah tokoh di atas mengemukakan idea tersebut?

                      I.  Mengembangkan ekonomi

                    II.  Menamatkan penjajahan British

                   III.  Menghapuskan politik radikal

                  IV.  Mengukuhkan Institusi Kesultanan

 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

  III dan IV

99.

Pelbagai langkah Pembentukan Malaysia telah dilakukan, iaitu penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM). Apakah peranan jawatankuasa tersebut?

a)

  Menyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah

b)

Mendapatkan persetujuan Singapura menyertai Malaysia

c)

Mencadangkan kuasa autonomi Sarawak dan Sabah

d)

Mengumpul kegiatan keganasan  komunis

100.

Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?

a)

  Pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

b)

  Memujuk Singapura menyertai Persekutuan

c)

  Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

d)

  Melaksanakan Birokrasi Barat