NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SEJARAH TAHUN 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Bilakah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan?
A. 30 Ogos 1957
B. 31 Ogos 1957
C. 30 Ogos 1967
D. 31 Ogos 1967
2. Apakah yang dimaksudkan dengan “kemerdekaan”?
A. Bergembira
B. Naungan
C. Berakhirnya zaman penjajahan
D. Kurungan
3. Apakah simbolik kepada tamatnya zaman penjajahan British di Tanah Melayu?
A. Penurunan bendera Union Jack
B. Perarakan hari kemerdekaan
C. Nyanyian lagu Save The Queen
D. Pelantikan Perdana Menteri
4. Penurunan bendera Union Jack merupakan simbolik kepada berakhirnya zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Bilakah bedera tersebut diturunkan?
A. 30 Ogos 1957
B. 29 Julai 1957
C. 22 Julai 1963
D. 19 September 1963
5. Siapakah tokoh yang menyempurnakan upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tersebut?
A. Tun Abdul Razak
B. Tun Hussien Onn
C. Tunku Abdul Rahman
D. Dato Seri Najib
6. Dimanakah upacara pengisytiharan kemerdekaan diadakan?
A. Stadium Bukit Jalil
B. Stadium Merdeka
C. Dataran Merdeka
D. Istana Negara
7. Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan dan melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak ………..kali sebagai simbolik Tanah Melayu telah bebas daripada belengu penjajah.
A. 4
B. 5
C. 6
D. 7
8. Selain daripada Tunku Abdul Rahman, Raja-raja Melayu dan rakyat jelata, permahsyuran kemerdekaan turut dihadiri oleh …………….
A. 30 wakil negara Asia
B. 30 wakil negara Komanwel
C. 30 wakil negara Eropah
D. 30 wakil negara Afrika Selatan
9. Berikut merupakan kepentingan mempertahankan kemerdekaan negara kecuali….
A. Mengekalkan keamanan negara
B. Menghargai jasa tokoh kemerdekaan
C. Mengekalkan kesihatan rakyat
D. Meningkatkan ekonomi negara
10. Berikut merupakan urutan detik-detik atau kronologi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
I. Laungan ‘MERDEKA’ oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
II. Bendera Union Jack diturunkan.
III. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.
A. I, II dan III
B. II, III dan I
C. III, II dan I
D. I,III dan II
Bendera kebangsaan merupakan .......
Identiti negara
Identiti kepulauan
Identiti dunia
Identiti negeri
Pada tahun 1949,............................. menganjurkan pertandingan mereka cipta bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu
Majlis Bendera Dunia
Majlis Arkitek Persekutuan
Majlis Perundangan Persekutuan
Majlis Identiti Kebangsaan
Berikut merupakan rekaan bendera kebangsaan yang terpilih. Siapakah pencipta rekaan bendera tersebut?
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Encik Hamzah bin Razali
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Encik Mohamed bin Hamzah
4. Mengapakah bendera Persekutuan Tanah Melayu 1950 diubah suai pada tahun 1963?
Menambahbaik warna dan corak bendera.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Pembentukan Malaysia
Isu plagiat dalam reka bentuk bendera.
Bendera Malaysia dinamakan sempena Hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-40 iaitu pada ...............
31 Ogos 1996
31 Ogos 1963
31 Ogos 1997
31 Ogos 2003
Tahun 2022 merupakan tahun kemerdekaan Malaysia kali yang ke ?
61
63
64
65
Apakah tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2022?
Malaysia Prihatin
#Keluarga Malaysia
Teguh Bersama
Negaraku Sehati Sejiwa
Malaysia #sehatisejiwa
Perdana Menteri manakah yang digelar Bapa Kemerdekaan?
Tun Abdul Razak
Tunku Abdul Rahman
Tun Hussein Onn
Tun Mahathir Mohamad
Apakah maksud lima bilah keris di dalam lambang tersebut?
Negeri Melayu Bersekutu
Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Kedaulatan raja Melayu
Pertahanan negara
Nyatakan prinsip ketiga dalam Rukun Negara.
Kesopanan dan kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Keluhuran Perlembagaan
Kesetiaan kepada raja dan negara
