WorksheetsPengurusan Tingkah Laku
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
1. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan konsep yang betul berdasarkan susunan yang telah ditetapkan bagi pengurusan tingkah laku Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
Mengenal pasti individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku
Penilaian secara subjektif
Teknik intervensi yang sesuai
Melibatkan perancangan rapi
2. Apakah definisi yang tepat bagi pengurusan tingkah laku?
Program tingkah laku yang dijalankan secara analisis bagi menghasilkan perubahan tingkah laku sosial individu dari negatif kepada positif
Sebuah program tingkah laku yang dibuat bagi menghasilkan tingkah laku sosial individu yang baik
Program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dilaksanakan secara analisis bagi menghasilkan perubahan tingkah laku sosial dari negatif kepada positif bagi seorang individu
Program yang dilaksanakan bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial seseorang individu
3. Bagi memastikan perubahan tingkah laku yang positif dalam kalangan MBPK, ianya memerlukan intervensi dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Antaranya ialah keperluan
Psikomotor
Kognitif
Kesihatan
Afektif
4. Berikut merupakan fungsi utama komunikasi tingkah laku kecuali
Rangsangan Diri
Pengelakan
Tingkah laku “Saya tidak mahu”
Perhatian
5. Umar seorang murid yang berusia 11 tahun. Dia merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik. Umar dikenali dengan sikapnya yang ceria, ramah dan mudah terhibur sehingga membuatkan orang disekelilingnya selesa. Namun begitu, sewaktu umurnya 8 tahun, dia telah terlibat dalam sebuah penculikkan yang hampir meragut nyawanya sendiri. Hal ini telah membuatkan Umar menjadi seorang yang pendiam dan kurang bergaul dengan kawan-kawannya. Berdasarkan peristiwa yang dihadapi oleh Umar, apakah faktor yang mempengaruhi masalah tingkah lakunya itu?
Perhatian
Fobia
Kekecewaan
Ketagihan
6. Situasi A = Azhar merupakan anak yatin piatu. Dia banyak meluangkan masa bersama rakan-rakannya seperti keluar melepak, merokok dan sebagainya. Guru kelasnya juga pernah menegur akan sikapnya yang sering bersikap kurang ajar dengan guru.
Situasi B= Hafiz sering mendengar nasihat daripada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya sering memberi nasihat kepada Hafiz dengan menggunakan bahasa yang sopan dan mudah difahami. Hafiz juga sering rasa dihargai apabila ibu bapanya sentiasa menyokongnya melakukan sesuatu yang baik seperti menyertai kejohanan sekolah, program kerohanian Di masjid Dan sebagainya.
Berdasarkan situasi-situasi diatas, apakah faktor utama mempengaruhi tingkah laku seorang individu?
Pemakanan
Keturunan
Persekitaran
Kesihatan
7. Sandra merupakan seorang kanak-kanak Autisme. Setiap pagi, ibunya akan menyediakan sarapan roti bakar dengan milo susu panas untuknya sebelum ke sekolah. Sewaktu Sandra disekolah, ibunya telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak sekolah menyatakan bahawa Sandra telah mencederakan dirinya tanpa sedar kerana terlalu hyperaktif ketika PdP dijalankan. Berdasarkan situasi tersebut, apakah faktor yang menyebabkan tingkah laku Sandra jadi begitu?
Penyakit Kulit
Ketakutan
Keturunan
Pemakanan
8. Albert merupakan seorang murid yang berusia 13 tahun. Guru disekolahnya bingung dengan sikapnya yang panas baran. Albert senang untuk melenting dengan hal-hal yang kecil sehingga melibatkan pergaduhan. Selepas membuat penyiasatan dengan kerjasama ibunya, didapati bahawa tingkah laku Albert itu mewarisi sikap bapanya yang juga panas baran. Berdasarkan cerpen tersebut, apakah faktor yang menyebabkan Albert bersikap demikian?
Keturunan
Kecantikkan
Kepandaian
Ketinggian
9. Kesan salah laku terhadap pembelajaran kecuali
Keciciran
Rajin
Gejala sosial
Masalah disiplin
10. Antara yang berikut yang manakah kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran
Kelas sentiasa berada dalam keadaan yang aman
Murid dapat menguasai pembelajaran semasa berada di dalam kelas
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan
Guru tidak perlu memberikan perhatian yang lebih
11. Apa yang akan terjadi sekiranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran terganggu disebabkan oleh masalah tingkah laku
Murid akan ketinggalan dalam pelajaran mereka
Murid akan menjadi seorang yang berjaya
Murid boleh memberikan fokus terhadap pembelajaran mereka
Murid akan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka
12. Contoh Salah laku yang boleh menyebabkan rakan-rakan akan berasa terganggu dan mudah hilang tumpuan semasa di dalam kelas
Ketawa kuat dan nyaring tanpa menghiraukan rakan-rakan di kelas
Memberi perhatian semasa guru mengajar
Membuli dan menyakat rakan
Suka menggangu rakan-rakan
13. Apakah kepentingan pengurusan tingkah laku kepada MBPK?
Pengurusan kewangan
Pendidikan
Sosialisasi
Agar mereka mudah terpengaruh kepada perkara negatif
14. Salah satu kepentingan pengurusan tingkah laku kepada MBPK adalah dapat menguruskan diri.
Apakah maksud pengurusan diri yang difokuskan dalam tajuk ini?
MBPK lebih berdikari.
MBPK dapat melakukan pergaulan bebas tanpa batasan.
MBPK boleh mengarahkan ibu bapa menguruskan diri mereka.
MBPK boleh bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
15. Mengapakah pengurusan diri penting kepada pendidikan MBPK
Agar MBPK boleh berlagak
Agar MBPK boleh bergaduh dan berdebat sesuka hati
Supaya MBPK memandang enteng orang lain
Agar MBPK lebih berpengetahuan dan maju dalam bidang akademik
16. Kebolehan dalam bersosialisasi sangat penting kerana bijak dalam menguruskan tingkah laku.
Pilih pernyataan yang BENAR.
MBPK dapat bergaul dengan baik dengan rakan-rakan yang suka bergaduh
MBPK menunjukkan perilaku yang negatif kerana sering mengajak rakannya merokok
MBPK menunjukkan perkembangan tingkah laku yang baik kerana sikapnya yang suka menolong orang lain
MBPK sering dipanggil oleh guru disiplin kerana bergaduh dan melawan kata-kata guru.
17. Apakah contoh tindakan yang tidak adil dalam isu dan etika pengurusan tingkah laku murid berkeperluan khas?
Ketidaksediaan guru dalam menyediakan pembelajaran
MBPK dikenakan hukuman fizikal
Menempatkan MBPK di tempat sembarangan tanpa usaha membantu
18. Yang manakah elemen isu dan etika pengurusan tingkah laku MBPK ?
Penglibatan Komuniti dan Ibu bapa
Pendidikan
Pengubahsuaian tingkah laku
19. Apakah hak yang terlibat dalam pengurusan tingkah laku MBPK ?
Hak asasi Pendidikan
Hak asasi Manusia
Hak asasi kanak-kanak
20. Berdasarkan yang berikut, yang manakah peranan ibu bapa dalam isu dan etika pengurusan tingkah laku MBPK?
Mengumpul data dan statistik MBPK
Melakukan penilaian terhadap perkembangan MBPK melalui aktiviti yang boleh disediakan
Membantu MBPK yang berpengetahuan dan kemahiran dari segi kewangan
Melakukan pemulihan
