WorksheetsKM SKKJ & QC
Total questions: 35
Worksheet time: 17mins
Lagu ‘Negaraku’ berasal dari lagu Kebesaran Negeri Perak yang juga merupakan sebuah lagu popular suatu ketika dahulu. Namakan tajuk lagu tersebut?
Nyiur Melambai
Dirghayu Tanah Airku
Terang Bulan
Negara
Bapa Permodenan Malaysia merujuk kepada ______________ .
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
Tun Abdul Razak bin Hussein
Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ____________________ pada tahun 2022.
ke-66
ke-63
ke-65
ke-64
Sejak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, penjajah silih mengganti menjarah negara kita bermula daripada Portugis, Belanda, British, Jepun sehingga kembali semula kepada British.
Berapakah lamakah tempoh penjajahan berlaku di negara kita?
63 tahun
12 tahun
446 tahun
1442 tahun
Sebelum merdeka, ramai pejuang yang lahir menuntut kemerdekaan demi membebaskan tanahair. Antara pejuang yang terkenal di negeri Pahang ialah...
Dato' Sagor
Mat Kilau
Mat Salleh
Dol Said
Siapakah Beliau ?
Tun Hussein Onn
Tun Abdul Razak
Tunku Abdul Rahman
Tun Mahathir
Apakah Tema Hari Merdeka pada tahun 2022 ?
Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Sayangi Malaysiaku
Malaysia Prihatin
Negaraku Sehati Sejiwa
Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.
Lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara melambangkan________
Perlembagaan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Rukun Negara
Keberanian Rakyat Persekutuan Tanah Melayu
Rukun Negara mempunyai lima teras. Apakah teras keDUA?
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kesopanan dan Kesusilaan
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kepercayaan kepada Tuhan
Setelah meraih kemerdekaan pada Ogos 1957, Malaysia secara rasminya telah tergolong dalam senarai negara-negara komanwel.
Apakah maksud negara komanwel?
Negara Merdeka yang pernah berada di bawah jajahan British
Negara yang termasuk di kalangan negara-negara Britain
Negara yang mengikuti sukan Olimpik
Negara yang pernah berada di bawah jajahan Amerika
Siapakah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang Pertama?
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Al-Sultan Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Jawatankuasa yang dibentuk pada tahun 1956 ini bertujuan untuk merangka Perlembagaan Malaysia sebagai negara merdeka. Nama bagi jawatankuasa ini iaitu....
Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Pilihanraya
Suruhanjaya Gurney
