NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI RBT TINGKATAN 2-SET 1
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
1. Antara berikut yang manakah definisi fungsi?
Pengguna produk
Tugas yang dilakukan oleh produk untuk merubah objek sasaran
Sebuah sistem yang mempunyai satu atau lebih komponen
Bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem
Rajah 2 menunjukkan sebuah meja yang tidak stabil kerana skru tidak dapat mengikat muka meja dan kaki meja dengan ketat. Apakah yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku?
Graviti
Momentum
Kelembapan
Kebolehan manusia
Apakah tujuan analisis berantai punca dan kesan?
Mengenal pasti masalah
Menyelesaikan masalah yang timbul
Memahami dan mengesahkan rantaian punca dan kesan bagi sesuatu masalah
Menilai pembetulan yang dilakukan ke atas produk yang bermasalah
Pernyataan berikut menerangkan tentang suatu contoh situasi.
"Khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan".
Antara berikut yang manakah sesuai digunakan?
Kaedah pemisahan masa
Kaedah pemisahan ruang
Kaedah pemisahan waktu
Kaedah pemisahan garis masa
Antara berikut contoh yang manakah menunjukkan prinsip inventif penyarangan (nested doll) diaplikasikan?
Pelindung cahaya cermin kereta
Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan
Bekas menyimpan makanan pelbagai petak berbeza dan pelbagai fungsi
Sarung tangan ketuhar menjadi pengantara antara tangan dengan objek panas
Antara berikut yang manakah definisi teknologi pembuatan?
Kaedah menghasilkan produk
Kaedah menghasilkan produk menggunakan mesin
Kaedah menghasilkan produk menggunakan alatan tangan
Kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan alatan tangan atau mesin
Antara berikut yang manakah padanan yang betul tentang kaedah pembuatan dalam sesuatu proses pembuatan?
Memutar skru menggunakan pemutar skru = Kaedah Moden
Mengecat menggunakan mesin penyembur cat = Kaedah Konvensional
Memotong kayu menggunakan mesin gergaji = Kaedah Konvensional
Melicinkan permukaan kayu menggunakan mesin pelelas = Kaedah Moden
Maklumat berikut menerangkan ciri-ciri suatu teknik tuangan.
· Menggunakan bahan-bahan seperti plaster of paris dan resin epoxy
· Tidak menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan
Antara berikut teknik tuangan manakah yang diterangkan pada maklumat di atas?
Teknik tuangan beku
Teknik tuangan suam
Teknik tuangan sejuk
Teknik tuangan panas
Antara berikut yang manakah tujuan menilai model 3D yang telah dihasilkan?
Membolehkan produk mampu bersaing dengan produk pesaing yang lain
Mengatasi kelemahan yang mungkin timbul
Memastikan produk kelihatan menarik
Memberi nilai tambah kepada produk
Maklumat berikut menerangkan salah satu kepentingan reka bentuk makanan.
"Nilai inovatif dan kreativiti reka bentuk makanan perlu dititikberatkan supaya tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama"
Apakah kepentingan yang diterangkan dalam petikan tersebut?
Melindungi etika sosial
Menzahirkan nilai estetika
Kepelbagaian etika budaya
Kebebasan memilih kepada pengguna
