wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Core Abilities CA04

Total questions: 20

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah aktiviti kerja yang tidak memerlukan permit untuk kerja (PTW)?

a)

Kerja panas

b)

Kerja pejabat

c)

Ruang terkurung

d)

Kerja di tempat tinggi

2.

Pilih cara-cara memulihara alam secara semula jadi.

Pilih 2 jawapan yang betul

a)

Kawalan pencemaran udara

b)

Bersihkan sungai daripada kotoran

c)

Menanam semula pokok-pokok yang ditebang

d)

Reka bentuk dan pembangunan kawasan perindustrian

3.

Senaraikan amalan kesedaran kesihatan di tempat kerja.

a)

Memahami keperluan OSHA

b)

Bekerja dalam persekitaran bersih

c)

Bekerja tanpa menghiraukan kesihatan

d)

Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala

4.

Antara berikut, yang manakah bukan tanggungjawab pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan?

a)

Membuat dasar kesihatan dan keselamatan

b)

Mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

c)

Menggunakan alat perlindungan diri yang disediakan majikan

d)

Memberi perhatian kepada keselamatan dan kesihatan diri dan orang lain

5.

Apakah aktiviti kerja yang dilakukan untuk menilai risiko?

a)

Mengenal pasti dan memantau risiko

b)

Menghapuskan hazard di tempat kerja

c)

Membanding dan menentukan tahap risiko

d)

Melantik pekerja dengan tugas mengurus risiko

6.

Apakah metodologi bagi mengenalpasti dan menilai hazard di tempat kerja?

Pilih 3 jawapan yang betul

a)

Menyimpan rekod hazard

b)

Menetapkan langkah kerja

c)

Menetapkan tempoh masa

d)

Mengguna kaedah metodologi

7.

Pilih kenyataan yang benar mengenai arahan kerja.

Pilih 2 jawapan yang betul

a)

Memerlukan permit untuk kerja

b)

Digunakan untuk membimbing ketika latihan

c)

Menunjukkan langkah-langkah melakukan kerja

d)

Menggariskan kaedah menjalankan proses kerja

8.

Antara kenyataan berikut, yang manakah salah mengenai penggunaan alat perlindungan diri di tempat kerja?

a)

Gogel digunakan untuk melindungi mata

b)

Apron digunakan untuk melindungi badan

c)

Topi keselamatan digunakan untuk melindungi kepala

d)

Sarung tangan digunakan untuk menjaga kebersihan tangan

9.

Pilih kenyataan yang salah mengenai matlamat Akta OSHA 1994.

a)

Mengurangkan kes-kes keselamatan di tempat kerja

b)

Melindungi orang di tempat kerja selain daripada pekerja

c)

Menggalakkan persekitaran yang sesuai untuk orang yang sedang bekerja

d)

Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja

10.

Apakah kerjasama yang tidak perlu diberikan kepada majikan di bawah tugas keselamatan pekerja?

a)

Penyertaan kesatuan sekerja

b)

Penyertaan mogok terhadap majikan

c)

Penyertaan kelab kebajikan kakitangan

d)

Penyertaan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan

11.

Mengapakah pekerja hanya dibenarkan mengendalikan mesin setelah menjalani latihan?

a)

Memastikan mesin tidak rosak

b)

Mesin dapat dikendalikan dengan selamat

c)

Langkah keselamatan dan kesihatan dapat dipatuhi

d)

Bahaya dan potensi bahaya mesin dapat dikenal pasti

12.

Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menggunakan alat perlindungan diri (PPE)?

a)

Gunakan alat yang berjenama dan berkualiti

b)

Gunakan alat yang bersesuaian mengikut saiz pekerja

c)

Gunakan alat yang bersesuaian dengan kehendak kerja

d)

Gunakan alat yang bersesuaian dengan persekitaran tempat kerja

13.

Apakah perkara yang perlu disediakan bagi memastikan keselamatan di tempat kerja?

a)

Pastikan siren fungsi kecemasan

b)

Alat perlindungan diri disediakan

c)

Peralatan keselamatan diselenggara dan berfungsi

d)

Menyediakan tempat berkumpul semasa kecemasan

14.

Apakah matlamat utama program kesedaran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

a)

Menyediakan persekitaran yang selamat

b)

Mewujudkan situasi kerja sihat dan selamat

c)

Mewujudkan satu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan

d)

Membangunkan budaya kerja selamat di kalangan pekerja dan majikan

15.

Apakah langkah penting yang perlu dibuat ketika berlaku kecemasan?

a)

Teruskan aktiviti kerja

b)

Kosongkan kawasan bekerja

c)

Berhimpun di tempat yang ditetapkan

d)

Hentikan semua kerja dengan segera

16.

Antara berikut, yang manakah salah mengenai pencemaran di tempat kerja?

a)

Kebocoran gas

b)

Tangki minyak bocor

c)

Penyaman udara rosak

d)

Longkang dipenuhi sisa berminyak

17.

Antara berikut, yang manakah tidak menjadi tanggungjawab Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di dalam Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerja?

a)

Lantik jawatankuasa program

b)

Menyediakan pelan lantai dan laluan keselamatan

c)

Huraian langkah pencegahan kepada pekerja secara individu

d)

Menerangkan langkah pengawasan sebelum, semasa dan selepas program dijalankan

18.

Apakah pengetahuan yang diperlukan ketika menjalani latihan mengendali mesin?

a)

Kaedah mengenali kerosakan mesin

b)

Kaedah mengawal keadaan hazard mesin

c)

Kaedah menghidup dan mematikan mesin

d)

Kaedah mengawal situasi kecemasan mesin

19.

Apakah aktiviti yang tidak boleh dilakukan untuk membasmi pencemaran alam sekitar?

a)

Menganjurkan program riadah

b)

Mengadakan amalan kitar semula

c)

Mengurangkan penggunaan bahan api

d)

Menggalakkan penggunaan tenaga solar

20.

Pilih faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran tanah.

a)

Gas tercemar

b)

Tumpahan minyak

c)

Tapak sisa berbahaya

d)

Racun perosak berbahaya