wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN AKHIR TEORI CU02 (THREE PHASE WIRING)-SET2

Total questions: 38

Worksheet time: 10hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut manakah kategori utama bagi litar kecil akhir?

a)

Litar loceng, litar lampu dan litar kuasa.

b)

Litar lampu, litar kuasa dan litar soket 13A.

c)

Litar pencahayaan litar kuasa dan litar kuasa am.

d)

Litar lampu, litar pencahayaan dan litar alat- alat tetap.

2.

Antara berikut turutan kawalan pada pemasangan elektrik ialah suis utama dipasang …………..…. meter kilowatt jam dan pemutus litar bocor kebumi ..……………. suis utama.

a)

Selepas.......... selepas

b)

Sebelum........ selepas

c)

Selepas.......... sebelum

d)

Sebelum......... sebelum

3.

Manakah antara berikut, BUKAN beberapa cadangan bagi penempatan suis berdasarkan peraturan elektrik?

a)

Suis boleh dipasang di dalam bilik air.

b)

Suis jenis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi atau bilik rehat.

c)

Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan dilaluan jalan, kaki lima dan tangga.

d)

Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi ia mesti dipasang di luar.

4.

Apakah langkah- langkah utama

keselamatan ditempat kerja yang perlu dipatuhi?


I. Keselamatan diri sendiri.

II. Keselamatan kod- kod berkaitan diabaikan.

III. Keselamatan di atas pemasangan dan pendawaian.

IV. Keselamatan semasa membuat pemasangan elektrik.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II III dan IV

5.

Jika peratusan susutan voltan yang dibenarkan adalah 4%, berapakah nilai susutan voltan yang dibenarkan bagi pemasangan tiga fasa?

a)

Melebihi 16 Volt

b)

Melebihi 18 Volt

c)

Tidak melebihi 16 Volt

d)

Tidak melebihi 18 Volt

6.

Manakah antara berikut BUKAN kebaikan sistem pendawaian sesalur?

a)

Memerlukan pendawaian sokongan.

b)

Dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar.

c)

Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu.

d)

Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan.

7.

Apakah tujuan pembumian pada pembuluh logam yang dilakukan ke atas sesuatu pepasangan elektrik?

a)

Mengelakkan peralatan elektrik dan pengguna.

b)

Mengelakkan beban lampau bagi peralatan elektrik.

c)

Mengelakkan bahaya litas pintas bagi peralatan elektrik.

d)

Mengelakkan bahaya renjatan arus bocor pada peralatan elektrik ke pengguna.

8.

Tenaga elektrik yang dihasilkan pada stesen penjanaan kemudiannya akan melalui proses pengagihan sebelum sampai kepada pihak pengguna.


Susun proses pengagihan mengikut urutannya berdasarkan Pernyataan diatas?


I. Pengagihan

II. Penggunaan

III. Pembekalan

IV. Penghantaran

a)

I , II, III dan IV

b)

II, III, I dan IV

c)

III, IV, I dan II

d)

IV, I, III dan II

9.

Apakah nama dawai yang menghubungkan sambungan antara S1 dan S2, berdasarkan Rajah Q9 diatas?

a)

Dawai suis.

b)

Dawai striper.

c)

Dawai common.

d)

Dawai perlindung.

10.

Apakah fungsi bagi pemotong fius dan perangkai neutral?

a)

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus bumi dan pengasing litar.

b)

Berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar dan perlindungan arus lebihan.

c)

Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.

d)

Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan voltan pengguna.

11.

Manakah antara berikut adalah faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan sistem pendawaian?


I. Ketahanan.

II. Suhu ambient.

III. Kekemasan pemasangan.

IV. Jenis pembinaan bangunan.

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

12.

Manakah antara berikut perkara yang perlu diambil kira semasa proses menarik kabel masuk ke dalam konduit?


I. Elakkan permintalan pada kabel.

II. Elakkan persilangan antara kabel.

III. Elakkan kerosakan pada tebatan kabel.

IV. Penolakkan dan penarikkan ke atas kabel haruslah berasingan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

13.

Labelkan bahagian X, Y dan Z mengikut tertib, berdasarkan Rajah Q13 diatas?

a)

Pengalir perlindung, Pengalir bumi, Elektrod bumi.

b)

Pengalir perlindung, Punca bumi utama pengguna, Pengalir bumi.

c)

Pengalir bumi, Punca bumi utama pengguna, Pengalir perlindung.

d)

Punca bumi utama pengguna, Pengalir perlindung, Elektrod bumi.

14.

Kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut, pokok tumbang dan sebagainya.


Pilih jenis penyelenggaraan yang paling tepat berdasarkan Pernyataan diatas.

a)

Penyelenggaraan harian/ Daily maintenance.

b)

Penyelenggaraan mencegah/ Preventive maintenance.

c)

Penyelenggaraan berkala/ Routine maintenance/ Periodic maintenance.

d)

Penyelenggaraan luar jangkaan/ Breakdown maintenance/ Force maintenance.

15.

Manakah antara berikut BUKAN merupakan syarat-syarat pepasangan elektrik tiga fasa

a)

Saiz suis utama 63A atau 100A.

b)

Saiz kabel ialah 10mm2 ~ 25mm2.

c)

Menerima bekalan voltan sebanyak 240V.

d)

Saiz fius perkhidmatan (pemotong dan perangkai neutral) ialah 60A atau 100A setiap satu.

16.

Mengapakah ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi perlu dijalankan?

a)

Untuk memastikan kabel mampu membawa bekalan yang diberikan.

b)

Untuk mendapatkan nilai rintangan bumi bagi kawasan pemasangan.

c)

Untuk memastikan tiada kebocoran antara pengalir fasa dengan pengalir neutral.

d)

Untuk mengetahui kekuatan penebatan pengalir-pengalir supaya arus tidak bocor ke bumi apabila di beri bekalan.

17.

Manakah antara berikut yang menyebabkan rintangan pengalir perlindungan menjadi tinggi?

a)

Sambungan dawai kemas.

b)

Lapisan cat pada alat-alat elektrik tertanggal.

c)

Sambungan kabel bumi pada palam dan soket keluaran betul.

d)

Sambungan di antara conduit dan kotak terminal dalam kemas.

18.

Peranti pelindung yang harus digunakan pada sesuatu litar untuk memutuskan bekalan, sebelum ia boleh mendatangkan bahaya akibat tindakbalas termal atau mekanikal yang dihasilkan dalam pengalir-pengalir dan sambungan-sambungan litar elektrik.


Apakah jenis peranti pelindung berdasarkan Pernyataan diatas?

a)

Peranti perlindung arus balikan.

b)

Peranti perlindung arus litar pintas.

c)

Peranti perlindungan arus bocor kebumi.

d)

Peranti perlindungan arus yang berlebihan.

19.

Mengapakah ujian perlu dijalankan pada sesuatu pepasangan?

I. Untuk menjimatkan kos tenaga elektrik

II. Untuk menjamin keselamatan pepasangan

III. Untuk mengesan kerosakan sebelum bekalan sebenar diberikan

IV. Pepasangan akan merbahaya kerana mungkin berlaku kebocoran arus, litar pintas atau pengguna akan mendapat renjatan elektrik

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

20.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku sekiranya tamatan kabel pada terminal neutral tidak kemas dan tidak ketat?

a)

PAB akan terpelantik.

b)

Litar menjadi lengkap.

c)

Berlakunya litar pintas.

d)

Percikan bunga api akan menyebabkan kebakaran.

21.

Manakah antara berikut yang dianggap bahagian kawalan pengguna?


I. Papan agihan

II. Suis utama / pemencil

III. Pemutus litar bocor kebumi / arus baki

IV. Fius perkhidmatan dan perangkai neutral

a)

II dan IV

b)

I, II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

22.

Apakah fungsi demolition hammer?

a)

Mengetat atau melonggarkan skru.

b)

Kerja- kerja menebuk dipermukaan kayu, simen dan logam.

c)

Memotong kayu, plywood dan lain-lain benda yang agak lembut.

d)

Menebuk lubang pada dinding konkrit dan untuk kerja-kerja yang agak besar permukaan konkrit yang perlu dipecahkan.

23.

Sebuah pepasangan domestik tiga fasa menggunakan peranti arus baki dengan kepekaan 100mA, mengikut MSIEC60364:2003.


Berapakah nilai rintangan elektrod bumi yang dibenarkan untuk pepasangan ini berdasarkan Pernyataan diatas?

a)

0 ohm

b)

Kurang dari 10 ohm

c)

Kurang dari 500 ohm

d)

Kurang dari 1000 ohm

24.

Manakah antara berikut benar tentang faktor pemilihan bagi sistem pendawaian?


I. Jenis kabel.

II. Jenis bangunan.

III. Suhu persekitaran.

IV. Kos dan keselamatan.

a)

I, II dan III.

b)

I, II dan IV.

c)

II, III dan IV.

d)

I, II, III dan IV

25.

Berikan takrif pembumian?

a)

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi.

b)

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara terminal hidup dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi.

c)

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara terminal neutral dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi.

d)

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara terminal hidup dalam pemasangan elektrik dengan terminal neutral.

26.

Apakah fungsi meter kilowatt-jam?

a)

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus bumi dan pengasing litar.

b)

Berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar dan perlindungan arus lebihan.

c)

Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.

d)

Berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadar bayaran tarif.

27.

Apakah definisi bagi litar jejari?

a)

Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada litar jejari. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.

b)

Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada litar jejari. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 20A.

c)

Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada litar jejari. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.

d)

Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada litar jejari. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 20A.

28.

Kenyataan manakah yang SALAH bagi perkara-perkara yang difikirkan perlu sebelum memulakan kerja pemasangan

a)

Pendawaian hendaklah dilakukan mengikut peringkat yang betul selaras dengan pembinaan bangunan peringkat demi peringkat.

b)

Pemasangan hendaklah sesuai dengan struktur bangunan terutamanya tidak akan menyebabkan kerosakan atau gangguan kepada bangunan tersebut.

c)

Ini dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak perlu seperti pemotongan, menggerudi serta mengalihkan fabrik pada bangunan yang telah siapkan.

d)

Kebanyakan bangunan masa kini dipasang siling jenis gantung, terlapis lepa dan salur perkhidmatan. Sudah tentu memerlukan sistem pemasangan jenis permukaan.

29.

Suis perantaraan digunakan pada satu titik tengah bagi jarak kawasan yang jauh. Mempunyai empat(4) terminal yang dilabelkan dengan L1, L2, L3 dan L4. Dimanakah penggunaan suis ini biasa didapati?

a)

Dapur

b)

Tangga

c)

Bilik mandi

d)

Laluan pejalan kaki

30.

Turutan manakah yang BENAR bagi litar skematik?

a)

Bekalan masukan → Fius perkhidmatan dan perangkai neutral → Suis utama → Meter kilowatt-jam → Pemutus litar arus baki → Pemutus litar kecil

b)

Bekalan masukan → Fius perkhidmatan dan perangkai neutral → Meter kilowatt-jam → Suis utama → Pemutus litar arus baki → Pemutus litar kecil

c)

Pemutus litar kecil → Pemutus litar arus baki → Suis Utama → Meter kilowatt-jam → Fius perkhidmatan dan perangkai neutral → Bekalan masukan

d)

Pemutus litar arus baki → Suis Utama → Meter kilowatt-jam → Fius perkhidmatan dan perangkai neutral →Pemutus litar kecil → Bekalan masukan

31.

Apakah kerosakan yang sering berlaku?


I. Litar buka.

II. Litar pintas.

III. Keadaan cuaca.

IV. Litar bocor kebumi.

a)

I, II, III.

b)

I, II, IV.

c)

I, III, IV.

d)

II, III, IV.

32.

Mengapakah kerja-kerja penyelenggaraan perlu dilakukan?

a)

Supaya pepasangan berada dalam keadaan bersih.

b)

Sebagai cara untuk menggantikan barang yang rosak.

c)

Supaya sistem pendawaian dapat digantikan dengan yang baru.

d)

Supaya pemasangan sentiasa dalam keadaan selamat digunakan.

33.

Manakah antara berikut merupakan alat untuk menguji turutan fasa pada pepasangan tiga fasa?

a)

Multimeter.

b)

Clamp Meter.

c)

RCD / RCCB Tester.

d)

Phase Sequence Tester.

34.

Apakah kegunaan pelucut penebat?

a)

Untuk memateri dan nyah pateri.

b)

Untuk melucutkan penebat pada dawai.

c)

Untuk menyedut timah ketika membuat sambungan.

d)

Untuk memotong dawai dan memotong punca tamatan.

35.

Apakah alat uji yang digunakan bagi mengukur nilai voltan dalam litar hidup?

a)

Pen Uji.

b)

Multimeter.

c)

EarthTester.

d)

Insulation Tester.

36.

Apakah definisi kemalangan?

a)

Sesuatu keadaan atau kejadian yang telah berlaku.

b)

Sesuatu keadaan atau kejadian yang tidak akan berlaku.

c)

Sesuatu keadaan atau kejadian yang tidak disengajakan.

d)

Sesuatu keadaan atau kejadian yang telah dirancangkan.

37.

Setiap pendawaian industri hendaklah mengadakan perlindungan yang terdiri daripada


I. Pengasing.

II. Perlindungan lebihan arus.

III. Perlindungan arus bocor ke bumi.

IV. Perlindungan kerosakan mekanikal.

a)

I, II, III

b)

I, III, IV

c)

II,III, IV

d)

I, II, III, IV

38.

Apakah tujuan utama pemeriksaan dan ujian yang dilakukan ke atas pepasangan elektrik baru?

a)

Menentukan pepasangan dipasang dengan betul

b)

Menentukan pepasangan berfungsi dengan sempurna dan selamat

c)

Menentukan bekalan dari pihak berkuasa bekalan boleh diperolehi

d)

Menentukan pepasangan mempunyai alat kelengkapan yang bermutu tinggi