wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Biologi

Total questions: 89

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Semua tindakbalas kimia yang berlaku dalam organisma hidup. Pernyataan ini merujuk kepada proses...

a)

katabolisme

b)

metabolisme

c)

anabolisme

d)

saprofitisme

2.

Proses penguraian bahan kompleks kepada bahan yang lebih ringkas. Pernyataan ini merujuk kepada proses....

a)

katabolisme

b)

parasitisme

c)

anabolisme

d)

metabolisme

3.

Berdasarkan pada Rajah 1, manakah BENAR tentang ciri-ciri satu enzim?

a)

Tindak balas enzim adalah spesifik

b)

Enzim tidak berubah pada akhir tindak balas dan boleh digunakan semula

c)

Enzim mempercepatkan tindak balas biologi

d)

Tindak balas kimia yang dimangkin oleh enzim adalah tidak boleh berbalik

4.

Rajah 3 menunjukkan satu graf bagi kesan suhu terhadap kadar tindak balas enzim.

Apakah yang berlaku pada titik R?

a)

Enzim telah habis digunakan

b)

Enzim telah dinyahaslikan

c)

Kepekatan substrat menjadi faktor pengehad

d)

Kepekatan enzim menjadi faktor pengehad

5.

Rajah 4 menunjukkan bagaimana satu enzim berfungsi.

Antara yang berikut, manakah benar tentang bagaimana enzim berfungsi?

a)

Enzim mempunyai satu bentuk tiga dimensi yang spesifik

b)

Substrat biasanya lebih besar daripada enzim

c)

Tapak aktif mempunyai bentuk yang merupakan bahagian substrat untuk memadan

d)

Tindak balas berlaku di tapak aktif, di mana hasil dibentuk dan dibebaskan

6.

Enzim oksidoreduktase membantu dalam proses respirasi sel yang dijalankan oleh mitokondria. Enzim ini adalah contoh bagi..

a)

Enzim intrasel

b)

Enzim ekstrasel

7.

Pilih takat suhu yang boleh menyebabkan enzim mula ternyahasli.

a)

°\degree  C

b)

10 °\degree  C

c)

37 °\degree  C

d)

60 °\degree  C

8.

Secara umumnya, julat pH optimum bagi kebanyakan enzim ialah pada

a)

0-4

b)

4-6

c)

6-8

d)

8-10

9.

Perubahan keadaan pH medium tindak balas akan menyebabkan perubahan pada..

a)

Bentuk tapak aktif enzim

b)

Jumlah tenaga pengaktifan dalam tindak balas

c)

Jumlah tenaga kinetik molekul enzim

d)

Cas pada tapak aktif dan permukaan substrat

10.

Manakah antara berikut merupakan ciri pada enzim?

a)

Enzim akan dimusnahkan di akhir tindak balas

b)

Tindakan enzim adalah spesifik

c)

Enzim diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk memaksimakan kadar tindak balas.

d)

Tindak balas enzim adalah sehala dan tidak berbalik

11.

Yang bukan enzim adalah

a)

lipase

b)

pepsin

c)

adrenalin

d)

amilase

12.

Nyatakan definisi kariokinesis.

a)

A Pembahagian sel melibatkan pembahagian sitoplasma

b)

B Pembahagian sel melibatkan pembahagian nukleus

c)

C Proses sintesis protein

d)

D Proses membentuk protoplasma

13.

Apakah (b)?

a)

Kromatid

b)

Kromosom

c)

Sentromer

d)

DNA

14.

Apakah struktur sel yang menyimpan maklumat genetik organisma?

a)

Sitoplasma

b)

Membran plasma

c)

Nukleus

d)

Ribosom

15.

Antara berikut yang manakah fasa terpanjang dalam suatu kitar sel?

a)

Metafasa

b)

Pembahagian nukleus

c)

Interfasa

d)

Mitosis

16.

Apakah yang perlu menjalani replikasi sebelum sel membahagi?

a)

Mitokondria

b)

Sitoplasma

c)

DNA

d)

Dinding sel

17.

Pilih semua fasa dalam interfasa.

a)

G1

b)

S

c)

Mitosis

d)

G2

18.

Manakah antara yang berikut TIDAK berlaku ketika interfasa?

a)

Sel membesar

b)

DNA disalin

c)

Mitokondria dihasilkan

d)

Dua sel anak terbentuk

19.

Meiosis adalah proses

a)

gamet (sel seks) dihasilkan dalam organisma yang membiak secara seksual

b)

gamet (sel seks) dihasilkan dalam organisma yang membiak secara aseksual

c)

kitaran sel meiosis menghasilkan 2 sel yang secara genetik yang berbeza.

20.

Apakah perbezaan antara mitosis dan meiosis?

a)

Mitosis pada sel kulit, meiosis berlaku pada sel saraf

b)

Mitosis menghasilkan dua sel anak, meiosis menghasilkan empat sel anak

c)

Mitosis menghasilkan variasi pada sel anak, meiosis menghasilkan sel anak yang tiada variasi

d)

Mitosis berlaku untuk menghasilkan sel pembiakan, meiosis berlaku pada sel soma sahaja

21.

Kenalpasti fasa tersebut

a)

Telofasa I

b)

Telofasa II

c)

Metafasa I

d)

Metafasa II

22.

Kenalpasti fasa tersebut

a)

metafasa 1

b)

metafasa 2

c)

anafasa 1

d)

anafasa 2

23.

Ikan jerung jantan mempunyai 40 kromosom di dalam gametnya. Berapakah bilangan kromosom di dalam sel badannya?

a)

20

b)

40

c)

80

d)

160

24.

Jika sel soma bagi suatu organisma itu ialah 2n=38. Berapakah bilangan kromosom sel gametnya?

a)

A 13

b)

B 19

c)

C 18

d)

D 17

25.

Apakah yang terjadi jika pembahagian sel yang tidak terkawal berlaku?

a)

A Kanser

b)

B Kecacatan pada anggota badan

c)

C Menyebabkan penyakit sindrom Down

d)

D Tidak akan diwarisi oleh generasi seterusnya

26.

Apakah kepentingan meiosis?

a)

A Pertumbuhan

b)

B Replikasi DNA

c)

C Penghasilan sel testis

d)

D Penghasilan sel pembiakan yang haploid

27.

Antara yang berikut, manakah yang menyebabkan penyakit sindrom Down?

a)

A Kegagalan perpisahan sitoplasma pada sitokinesis

b)

B Kromatid kembar gagal disusun di satah khatulistiwa Sel

c)

C Kegagalan perpisahan kromosom di anafasa I atau anafasa II

d)

D Kemalangan

28.

Rajah menunjukkan satu struktur kromosom semasa pembahagian sel. Bahagian yang berlabel P ialah

a)

sentriol

b)

kromatid

c)

sentrosom

d)

kiasma

29.

Persamaan manakah yang mewakili respirasi aerobik?

a)

Glukosa --> asid laktik + tenaga

b)

Glukosa + oksigen --> karbon dioksida + tenaga

c)

Glukosa --> etanol + karbon dioksida + tenaga

d)

Glukosa + oksigen --> karbon dioksida + air + tenaga

30.

Berikut menunjukkan gerak balas seorang atlet dalam acara lari pecut 100m. Susunan manakah yang betul?

a)

K, L, M, N

b)

L, N, M, K

c)

N, K, L, M

d)

N, M, L, K

31.

Rajah menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk menyiasat proses respirasi oleh Yis. Apakah yang perlu dilakukan dalam aktiviti ini untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat?

a)

Menutup tabung didih W dengan menggunakan gabus

b)

Titiskan minyak parafin pada permukaan larutan pada tabung didih V

c)

Memanjangkan salur penghantar daripada tabung didih V ke W

d)

Menggunakan larutan sukrosa yang tidak didihkan

32.

Berikut ialah persamaan perkataan bagi penghasilan tenaga melalui proses X. Apakah X?

a)

Glikolisis

b)

Fermentasi Alkohol

c)

Fermentasi Asid Laktik

d)

Respirasi Aerob

33.

Rajah menunjukkan produk yang dihasilkan melalui proses respirasi anaerob. Antara berikut yang manakah merupakan peranan UTAMA Lactobacillus sp dalam penghasilan yogurt?

a)

Lactobacillus sp. membantu mengentalkan Kasein (protein susu)

b)

Lactobacillus sp. menjadikan yogurt berasa masam

c)

Lactobacillus sp. menjalankan fermentasi dan menukarkan laktosa kepada Asid Laktik

34.

Maklumat berikut adalah tentang dua keadaan penanaman tumbuhan R dan tumbuhan S. Antara berikut yang manakah adalah hasil respirasi akar bagi tumbuhan R dan S?

a)

Tumbuhan R (Karbon dioksida dan air) Tumbuhan S (Etanol dan karbon dioksida)

b)

Tumbuhan R (Asid Laktik dan karbon dioksida) Tumbuhan S (Etanol dan karbon dioksida)

c)

Tumbuhan R (Etanol dan karbon dioksida) Tumbuhan S (Asid Laktik dan karbon dioksida)

d)

Tumbuhan R (Etanol dan karbon dioksida) Tumbuhan S (Etanol dan karbon dioksida)

35.

Persamaan berikut menunjukkan respirasi anaerobik dalam sel otot. Apakah S?

a)

Air

b)

Etanol

c)

Asid Laktik

d)

Karbon Dioksida

36.

Semasa aktiviti cergas, pengumpulan asid laktik yang tinggi berlaku dan individu tersebut akan menyedut lebih banyak oksigen untuk mengoksidakan asid laktik. Apakah yang menyebabkan situasi ini berlaku?

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

37.

Antara berikut, yang manakah adalah perbezaan antara respirasi aerob dan anaerob di sel-sel otot?

a)

Respirasi Aerob (Berlaku di Sitoplasma) Respirasi Anaerob (Berlaku di Sitoplasma dan Mitokondria)

b)

Respirasi Aerob (Berlaku Hutang oksigen) Respirasi Anaerob (Berlaku dalam kehadiran oksigen)

c)

Respirasi Aerob (Melibatkan glikolisis dan pengoksidaan asid piruvik) Respirasi Anaerob (Melibatkan glikolisis sahaja)

d)

Respirasi Aerob (Menghasilkan Asid Laktik dan tenaga) Respirasi Anaerob (Menghasilkan Karbon Dioksida, Air dan Tenaga)

38.

Antara penyataan berikut, yang manakah benar mengenai fermentasi? (pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Berlaku dalam mitokondria

b)

Berlaku apabila terdapat oksigen

c)

Menghasilkan alkohol

d)

Menghasilkan asid laktik

39.

Persamaan berikut menunjukkan proses fermentasi di dalam sel tumbuhan.Apakah X dan Y?

a)

X (Oksigen) Y (Karbon dioksida)

b)

X (Etanol) Y (Karbon dioksida)

c)

X (Asid Laktik) Y (Oksigen)

d)

X (Air) Y (Oksigen)

40.

Antara yang berikut, yang manakah membandingkan respirasi aerob dan fermentasi dalam otot manusia dengan betul?

a)

Respirasi asrob (Tiada oksigen digunakan) Fermentasi (Oksigen digunakan)

b)

Respirasi Aerob (Jumlah ATP yang banyak dihasilkan) Fermentasi (Jumlah ATP yang sedikit dihasilkan)

c)

Respirasi Aerob (Asid Laktik dihasilkan) Fermentasi (Etanol dihasilkan)

d)

Respirasi Aerob (Glukosa dioksidakan) Fermentasi (Tiada glukosa dioksidakan)

41.

Antara tabung uji yang berikut, manakah menunjukkan penghasilan Etanol dan Karbon Dioksida?

a)
b)
c)
d)
42.

Berikut menunjukkan persamaan dalam satu keadaan tertentu. Antara yang berikut, manakah TIDAK berkaitan dengan persamaan itu?

a)

Hanya sejumlah tenaga yang kecil dibebaskan

b)

Ia berlaku dalam sel haiwan

c)

Digunakan dalam pembuatan roti, bir dan arak

d)

2 molekul ATP telah dihasilkan

43.

Antara persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas yang berlaku semasa yis melakukan respirasi dalam keadaan ketiadaan oksigen?

a)

Glukosa → Asid laktik + Tenaga

b)

Glukosa → Etanol + Karbon dioksida + Tenaga

c)

Glukosa → Karbon dioksida + Air + Tenaga

d)

Glukosa → Oksigen + Air + Tenaga

44.

Respirasi anaerob dalam yis juga dikenali sebagai ___________.

a)

Penyulingan

b)

Fotosintesis

c)

Penapaian

d)

Homeostasis

45.

Persamaan berikut menunjukkan respirasi anaerob dalam sel otot. Apakah S?

a)

Air

b)

Etanol

c)

Asid laktik

d)

Karbon dioksida

46.

Semasa aktiviti cergas, pengumpulan asid laktik yang tinggi berlaku. lndividu tersebut akan menyedut lebih oksigen untuk mengoksidakan asid laktik.


Di manakah pengoksidaan asid laktik berlaku di dalam badan?

a)

Sel otot

b)

Jantung

c)

Peparu

d)

Hati

47.

Seorang murid mengambil bahagian dalam acara larian pecut 200m. Persamaan manakah yang mewakili proses respirasinya setelah dia berlari 100m pertama?

a)

Glukosa → Asid laktik + Tenaga

b)

Glukosa + Oksigen → Asid laktik + Tenaga

c)

Glukosa → Etanol + Karbon dioksida + Tenaga

d)

Glukosa + Oksigen → Karbon dioksida + Air + Tenaga

48.

Amoeba sp. has _________ ratio of total surface area to volume.

Amoeba sp. memounyai nisbah jumlah luas permukaan kepada isipadu yang _____________.

a)

small

kecil

b)

large

besar

49.

Which of the following is wrongly matched?

Antara berikut, yang manakah salah dipadankan?


respiratoty structure - organism

struktur respirasi - organisma

a)

Lungs and skin - frogs

b)

trakea - insects

c)

filament and lamella - fish

d)

alveolus - human

50.

The following are the common characteristics for all respiratory structures for insect,frogs, fish and human, EXCEPT

Berikut ialah ciri-ciri sepunya untuk semua struktur respirasi untuk serangga, katak, ikan dan manusia, KECUALI

a)

membrane is thin

membran adalah nipis

b)

The surface of the respiratory structure is moist

Permukaan struktur respirasi adalah lembap

c)

large ratio of total surface area to volume

nisbah jumlah luas permukaan kepada isipadu yang besar

d)

respiratory stucture is complete with a network of blood capillaries

struktur respirasi dilengkapi jaringan kapilari darah

51.

During inhalation of a fish, air enter through mouth.

Semasa ikan menarik nafas, udara memasuki melalui mulut.

a)

True

Betul

b)

False

Salah

52.

Breathing mechanism of a frog is help by rib cage and diaphragm.

Mekanisme pernafasan katak dibantu oleh tulang rusuk dan diafragma.

a)

True

Betul

b)

False

Salah

53.

Partial pressure of oxygen in alveolus is _____________ than blood capillaries.

Tekanan separa oksigen dalam alveolus ____________daripada kapilari darah.

a)

higher

lebih tinggi

b)

lower

lebih rendah

54.

Labelkan bahagian (a) dan (b)

a)

(a) Esofagus (b) Diafragma

b)

(a) Trakea (b) Tulang rusuk

c)

(a) Trakea (b) Diafragma

d)

(a) Diafragma (b) Trakea

55.

Aliran udara ke arah peparu ialah

a)

Lubang hidung --> Rongga hidung --> Bronkus --> Trakea --> alveolus --> bronkiol

b)

Lubang hidung --> Trakea --> Rongga hidung --> Bronkus --> Bronkiol --> Alveolus

c)

Lubang hidung --> Trakea --> Bronkus --> Rongga hidung --> Bronkiol --> Alveolus

d)

Lubang hidung --> Rongga hidung --> Trakea --> Bronkus --> Bronkiol --> Alveolus

56.

Apabila kita menghembus nafas

a)

Peparu menjadi lebih besar

b)

Saiz peparu kekal sama

c)

Sangkar rusuk bergerak ke atas

d)

Peparu menjadi kecil

57.

Apa akan terjadi kepada belon apabila kepingan getah ditarik ke bawah?

a)

Belon mengembang

b)

Belon mengempis

c)

Belon meletup

d)

Belon terjatuh

58.

Rajah menunjukkan sistem respirasi serangga. Apakah X?

Rajah shows the respiration system of insect. What is X?

a)

kantung udara

Air sacs

b)

spirakel

Spiracles

c)

trakea

Trachea

d)

Trakeol

Tracheol

59.

Rajah menunjukkan struktur insang pada ikan. Mengapakah struktur insang berlapis-lapis?

Diagram shows gill structure on fish. Why does gills have many layers?

a)

mempunyai banyak kapilari darah

has a lot of blood capillaries.

b)

membantu pertukaran gas dengan cekap

to help in efficient gas exchange

c)

menambahkan nisbah permukaan per isipadu

to increase the surface area to volume ratio

d)

membenarkan air mengalir dengan laju di celah-celah insang

to allow water to flow swiftly in between gills.

60.

Manakah antara berikut bukan adaptasi sistem respirasi yang betul?

Which of these is not the adaptation in respiration system?

a)

Permukaan struktur yang lembap

Moist surface of respiratory structure.

b)

Struktur respirasi yang nipis

Thin respiratory structures

c)

Luas permukaan struktur respirasi yang besar.

Large surface area of respiratory structures.

d)

Permukaan struktur pernafasan yang kering

Dry surface of respiratory structure

61.

Pencernaan ialah proses penguraian butiran makanan besar dan kompleks kepada butiran kecil yang ringkas dan terlarut supaya mudah diserap.

a)

BETUL

b)

SALAH

62.
  1. Apakah fungsi salur pencernaan?
a)

Mengangkut darah kepada semua bahagian badan

b)

Mencerna dan menyerap nutrien dari makanan yang diambil

c)

Untuk mengawal suhu dalaman badan

d)

Mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal dalam badan

63.

Antara yang berikut, yang manakah akan dicerna oleh enzim enzim dalam air liur?

a)

Maltosa

b)

Kanji

c)

Protein

d)

Lipid

64.

Antara yang berikut, yang manakah tidak menghasilkan enzim-enzim yang diperlukan oleh pencernaan?

a)

Perut

b)

Usus kecil

c)

Pankreas

d)

Pundi hempedu

65.

Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada salur alimentari manusia. Antara struktur berikut, yang manakah terlibat dalam pencernaan lemak?

a)

R dan S

b)

Q, R dan S

c)

P, S dan R

d)

P, R dan Q

66.

Antara enzim berikut, yang manakah disintesis di pankreas?

a)

Sucrase

b)

Pepsin

c)

Amylase

d)

Rennin

67.

Antara proses berikut, yang manakah berlaku dalam hati?

a)

Penyerapan

b)

Penyahtinjaan

c)

Pencernaan

d)

Penyahtoksikan

68.

Antara salur darah berikut, yang manakah mengangkut lipid dari usus kecil ke jantung?

a)

Aorta

b)

Vena portal hepar

c)

Vena pulmonari

d)

Vena subklavikel

69.

Berikut merupakan antara fungsi hempedu kecuali.....

a)

meneutralkan kim yang berasid

b)

menyediakan keadaan yang berasid untuk tindakan enzim dalam duodenum

c)

mengemulsikan lipid kepada titisan halus untuk tindakan enzim lipase

70.

Di duodenum berlaku pencernaan kanji, polipeptida dan lipid.

a)

BETUL

b)

SALAH

71.

Apakah dua fungsi utama usus besar?

a)

menyerap nutrien daripada proses pencernaan

b)

proses asimilasi sel dan dalam hati

c)

penyerapan air dan vitamin

d)

penyerapan glukosa dan asid amino

e)

pembentukan tinja

72.

Labelkan A

a)

SEL GOBLET

b)

SEL EPITELIUM

c)

LAKTEAL

d)

MIKROVILUS

73.

Vitamin A,D,E,K diserap melalaui sel epitelium ke lakteal secara..............................

a)

resapan ringkas

b)

resapan berbantu

c)

pengangkutan aktif

d)

osmosis

74.

uSistem pencernaan manusia terdiri daripada salur alimentari yang panjang dan berotot bermula dari mulut hingga ke......

a)

DUBUR

b)

REKTUM

c)

USUS KECIL

d)

USUS BESAR

75.

...................ialah tindakan pengecutan dan pengenduran otot secara beritma di sepanjang salur alimentari.

a)

degupan

b)

peristalsis

c)

pengawalaturan

d)

pencernaan

76.

Sel parietal merembeskan asid hidroklorik......

a)

pH4

b)

pH2

c)

pH3

d)

pH6

77.

Berikut adalah bahan keperluan sel kecuali

a)

Karbon Dioksida

b)

Oksigen

c)

Nutrien

d)

Air

78.

Antara organisma berikut, yang manakah mempunyai sistem peredaran darah tertutup?

a)

Sotong kurita

b)

Lipas

c)

Ikan

d)

Belalang

79.

Mengapakah suatu organisma multisel yang besar memerlukan satu sistem peredaran?

a)

Resapan ringkas terlalu kompleks untuk badan mereka

b)

Nisbah jumlah luas permukaan per isi padu adalah besar

c)

Organisma ini boleh memperolehi oksigen dan nutrien secara langsung dari persekitaran luar

d)

Resapan ringkas adalah terlalu perlahan untuk pertukaran bahan bagi mengekalkan aktiviti sel

80.

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan pengecutan otot jantung


M=Impuls tersebar ke seluruh dinding atrium

N=Ventrikel mengecut

O=Nodus sinoatrium menjana impuls

P=Gentian Purkinje membawa impuls ke apeks jantung

R=Nodus atrioventrikel menjana impuls


Antara berikut, susunan manakah benar dalam pengecutan otot jantung?

a)

O,M,R,P,N

b)

N,M,R,O,P

c)

P,R,M,N,O

d)

R,O,P,N,M

81.

Apakah yang boleh didapati di bahagian Z?

a)

Eritrosit

b)

Leukosit

c)

Plasma

d)

Platlet

82.

Apakah yang membentuk plak yang menyumbang kepada pengerasan dan penyempitan arteri?

a)

Lemak dan vitamin

b)

Lemak dan kolestrol

c)

Urea dan kolestrol

d)

Mineral dan kolestrol

83.

Peredaran limfa di sepanjang salur limfa dikawal oleh


I. Peredaran darah

II. Pengecutan otot rangka

III. Peristalsis salur pencernaan

IV. Kehadiran injap di sepanjang salur limfa

a)

I dan III

b)

I, II dan IV

c)

I dan IV

d)

I, III dan IV

84.

Antara yang berikut, yang manakah sebahagian daripada sistem limfa?


I. Lakteal

II. Limfa

III. Duktus toraks

IV. Vena subklavikel

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

I, II dan III

85.

Selepas digigit serangga, seorang lelaki terlihat bengkak pada bahagian gigitan tersebut. Edema biasanya berlaku disebakan oleh ________

a)

Halangan dalam salur limfa

b)

Peningkatan ketelapan vaskular

c)

Peningkatan tekanan hidrostatik

d)

Halangan dalam salur darah

86.

Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai keadaan di atas?

a)

Disebabkan oleh penyumbatan dalam lakteal

b)

Disebabkan oleh penyumbatan dalam salur limfa

c)

Disebabkan oleh penyumbatan salur darah

d)

Disebabkan oleh penyumbatan dalam kapilari darah

87.

pembentukan gamet melibatkan sejenis pembahagian sel yang mengurangkan bilangan kromosom menjadi separuh daripada bilangna kromososm sel induk.

apakah jenis pembahagian sel itu?

a)

mitosis

b)

sitokinesis

c)

belahan dedua

d)

meiosis

88.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan gejala sindrom prahaid?

a)

Demam

b)

Sakit gigi

c)

Bertambah berat badan

d)

Sakit di bahagian abdomen

89.

Nutrien yang manakah penting untuk mencegah ibu hamil daripada menghidap anemia?

a)

Zat besi

b)

Protein

c)

Asid folik

d)

Karbohidrat