wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SANTAI PAI

Total questions: 30

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri mukmin berjaya yang dinyatakan dalam Surah Al-Mukminun ayat 1-11 adalah seperti berikut KECUALI

a)

menuntut ilmu

b)

menjaga kehormatan diri

c)

menunaikan amanah dan janji

d)

menjauhi perkara sia-sia

2.

Persetubuhan haram dengan bapa kandung, bapa tiri, adik beradik kandung atau adik beradik tiri.

Pernyataan di atas merujuk kepada contoh...

a)

Zina

b)

Liwat

c)

Sumbang mahram

d)

Seks luar tabi'e

3.

Manakah antara berikut merupakan akibat salah laku seksual?

a)

Menjamin keharmonian hidup bermasyarakat

b)

Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga

c)

Layak mewarisi harta pusaka

d)

Terhindar daripada penyakit

4.

Hukum bacaan bagi tanda waqaf "  ۗ " 

a)

Wajib waqaf

b)

Tidak digalakkan waqaf

c)

Waqaf lebih utama

d)

Wasal lebih utama

5.

Antara berikut yang manakah tanggungjawab sebagai pemimpin

a)

memecah-belahkan rakyat

b)

menyusun sistem pentadbiran yang cekap dan amanah

c)

menjalankan amanah sambil lewa

d)

Berusaha menegakkan keadilan walaupun terpaksa memakan rasuah

6.

 

Maksud Ar-Raqib ialah ...

a)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala makhluk serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadanya.

b)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.

c)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha berkuasa secara mutlak untuk segala kehidupannya.

d)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.

7.

Maksud As-Syahid ialah ...

a)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.

b)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha berkuasa secara mutlak untuk segala kehidupannya.

c)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadanya.

d)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.

8.

Pilih dua bukti Allah bersifat Ar-Raqib:

a)

Allah SWT maha mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan larangan-Nya

b)

Allah SWT menjadi saksi perutusan Rasulullah SAW ke atas umatnya.

c)

Allah SWT maha mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia

d)

Allah SWT Maha menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan manusia

9.

Pilih dua bukti Allah SWT bersifat As-Syahid:

a)

Allah memiliki dan menguasai seluruh alam.

b)

Allah SWT Maha menyaksikan dan menghitung segala amal perbuatan manusia

c)

Allah memberi pembalasan kepada golongan yang menentang agamanya.

d)

Allah SWT menjadi saksi perutusan Rasulullah ke atas umatnya

10.

Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah

a)

golongan yang berpegang dengan alQuran sahaja

b)

Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada Al Quran dan Al Sunnah menerusi para sahabat dan Tabiin serta Tabi' Tabiin dalam prinsip akidah,syariah dan akhlak

c)

Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada

Al Sunnah menerusi para sahabat dan Tabiin serta Tabik Tabiin dalam prinsip akidah,syariah dan akhlak.

11.

Kenapa perlu berpegang dengan akidah Ahl al-Sunnah wal Jamaah?

a)

Keamanan negara tergugat

b)

Ajaran sesat berleluasa

c)

Memelihara kesucian agama Islam

d)

Umat Islam terdedah dengan fahaman melampau

12.

Aliran manakah yang TIDAK mengamalkan kepercayaan bahawa iman tidak boleh bertambah dan berkurang?

a)

Mu'tazilah

b)

Ahli Sunnah Wal Jamaah

c)

Mu'tazilah

13.

" TIADA DESAKAN ATAU HALANGAN UNTUK BERKAHWIN "

PERNYATAAN BERIKUT MERUJUK KEPADA HUKUM BERKAHWIN MENJADI...

a)

HARUS

b)

SUNAT

c)

WAJIB

d)

MAKRUH

14.

Zairul ingin berkawin, dan mampu memberikan nafkah zahir dan batin serta bimbang melakukan maksiat. Zairul _____________ berkahwin.

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Haram

15.

"Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku ................" Ini adalah contoh bagi _____________

a)

Ijab

b)

Qabul

16.

Maksud walimatul urus ialah...

a)

Proses sebelum meminang untuk mengenal pasti status bakal isteri

b)

Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri mengikut uruf setempat

c)

Pemberian yang bernilai atau berfaedah wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah

d)

Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan

17.

Hukum menyebut mahar ketika akad nikah adalah ___________.

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Harus

d)

Makruh

18.

Di bawah ini adalah sebab-sebab perpindahan wali nasab kepada wali hakim, KECUALI __________________ .

a)

tidak mempunyai wali nasab.

b)

anak sah taraf.

c)

Sunatsaudara baru (muallaf) yang tiada wali nasab yang layak.

d)

wali enggan mewalikan pernikahan.

19.

Keluasan Kerajaan Uthmaniyah meliputi sebahagian besar benua Asia,__________________ dan Eropah

a)

Afrika

b)

Belgrade

c)

Anatolia

20.

Siapakah yang membuka kota Constantinople pada tahun 857 hijrah?

a)

Sultan Uthman bin Ertughrul

b)

Sultan Murad I

c)

Sultan Muhammad Al-Fateh

d)

Sultan Sulaiman Al-Qanuni

21.

Siapakah yang menyatukan wilayah Anatolia selatan selepas ditinggalkan oleh Byzantine?

a)

Sultan Murad I

b)

Sultan Muhammad Al-Fatih

c)

Sultan Uthman bin Ertughrul

d)

Sultan Sulaiman al-Qanuni

22.

Antara dua faktor kegemilangan kerajaan uthmaniyah ialah

a)

Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera

b)

Rakyat memberontak untuk kemerdekaan

c)

Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu

d)

Putera-putera raja berebut untuk mendapatkan kuasa

23.

Antara dua faktor kejatuhan kerajaan Uthmaniyah ialah

a)

Pemerintah berperanan dengan berkesan

b)

Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi

c)

Menaiktaraf masjid contohnya Masjid Kasbah

d)

Teknologi ketenteraan yang ketinggalan

24.

Apakah jawatan Salahudin Al-Ayubi ?

a)

Mursyidul Am Ikhwan Al-Muslimin

b)

pemerintah kerajaan al-Ayyubiah

c)

Pensyarah kuliah undang2, di UIA

25.

Berikut merupakan sumbangan Hassan Al Banna KECUALI

a)

Mengasaskan Ikhwanul Muslimin

b)

Mengembalikan semula pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam sistem pendidikan

c)

Menghasilkan Al-Mathurat dan risalah at-Ta'lim

26.

Berikut merupakan sumbangan Ahmad bin Ibrahim KECUALI

a)

Menghasilkan buku-buku berkaitan undang-undang di Malaysia

b)

Pelopor jurnal hukum

c)

Hakim mahkamah rayuan dan mahkamah syariah

d)

Mengubah dewan istana menjadi hospital

27.

Maksud tawaduk ialah

a)

Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.

b)

Sikap kerendahan hati kepada Allah dan sesama manusia

c)

Keteguhan dalam memelihara iman dalam melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.

d)

Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya

28.

Yang manakah contoh sifat tawaduk Rasulullah SAW

a)

Tawaduk dalam pergaulan iaitu memberi salam kepada kanak-kanak

b)

Melakukan tugasan di luar dan hanya isteri yang melakukan kerja di rumah

c)

Jika makanan tidak sedap, baginda akan makan juga.

29.

Maksud istiqamah ialah

a)

Sikap kerendahan hati kepada Allah dan sesama manusia

b)

Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.

c)

Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya

d)

Keteguhan dalam memelihara iman dalam melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.

30.

Berikut merupakan contoh sifat istiqamah Rasulullah SAW kecuali

a)

Istiqamah memohon ampun daripada Allah SWT walaupun maksum

b)

Baginda istiqamah berdakwah walau menghadapi pelbagai kesusahan

c)

Baginda menyampaikan wahyu kepada manusia dengan benar.