wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERTANDINGAN KUIZ KEMERDEKAAN 2022

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah tarikh kemerdekaan Malaysia?

a)

30 Ogos 2022

b)

16 September 1963

c)

31 Ogos 1957

d)

31 Ogos 1965

2.

Apakah nama perjanjian yang memutuskan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos?

a)

Parti Perikatan

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Kongress Melayu

d)

Perjanjian London

3.

Siapakah yang mengumumkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Tan Cheng Lock

c)

Tun Abdul Razak

d)

Tun V.T. Sambanthan

4.

Sebelum merdeka, Tanah Melayu telah dijajah oleh Jepun. Apakah faktor kejayaan Jepun menguasai negara kita?

a)

Penubuhan Parti Rakyat Malaya (PRM)

b)

Kelemahan tentera Belanda

c)

Persiapan akhir peperangan

d)

Pakatan Jepun-Thailand

5.

Apakah konsep yang dikekalkan dalam kandungan Perjanjian London?

a)

Raja Berpelembagaan

b)

Perundangan Persekutuan

c)

Malayan Union

d)

Parti Perikatan

6.

Apakah maksud "Kemerdekaan"?

a)

Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

b)

Memutuskan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

c)

Membebaskan diri atau negara daripada penjajahan asing.

d)

Menyatakan manifesto pilihan raya.

7.

Berikut merupakan tokoh yang menyertai Rombongan Kemerdekaan ke London KECUALI

a)

Tun Abdul Razak

b)

Tun H.S. Lee

c)

Tun Dr. Ismail

d)

Ahmad Boestamam

8.

Siapakah yang menjadi Pengerusi Kongress Melayu pada tahun 1946?

a)

Tun Tan Cheng Lock

b)

Dato' Onn Bin Jaafar

c)

Ahmad Boestamam

d)

Tunku Abdul Rahman

9.

*Merupakan Presiden Malayan Indian Congress (MIC) yang kelima pada tahun 1955.

*Menyertai Rombongan Kemerdekaan pada tahun 1957.

*Beliau menjadi menteri kesihatan Tanah Melayu yang pertama.

Siapakah tokoh yang dinyatakan di atas?

a)

Dato' Nik Ahmed Kamil

b)

Tun Dr. Ismail.

c)

Tun V.T. Sambanthan

d)

Tun H.S. Lee

10.

Pilih faktor yang mempengaruhi kemenangan besar dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1953.

a)

Parti-parti yang bertandingan tidak bertoleransi.

b)

Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

c)

Peranan Kesatuan Melayu Muda

d)

Kesepakatan menolak pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM).

11.

Apakah gelaran bagi tokoh di atas?

a)

Bapa Pemodenan

b)

Bapa Perpaduan

c)

Bapa Kemerdekaan

d)

Bapa Pembangunan

12.

Merupakan peraturan undang-undang utama sebagai panduan untuk menguruskan pentadbiran, institusi, organisasi atau pemerintahan.

Kenyataan di atas merupakan maksud bagi __________________.

a)

Perlembagaan

b)

Perpaduan

c)

Perjanjian

d)

Persekutuan

13.

Apakah peristiwa yang berlaku pada tarikh 20 Februari 1956?

a)

Bendera Union Jack diturunkan.

b)

Rombongan Kemerdekaan disambut secara besar-besaran di Padang Merdeka.

c)

Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan.

d)

Menandatangani Perjanjian London.

14.

Siapakah yang mewakili Ratu England untuk menyerahkan Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan?

a)

Ahmad Boestamam

b)

Dato' Mohd Seth

c)

Abu Bakar al-Baqir

d)

Duke of Wellington

15.

Siapakah yang menjadi Perdana Menteri pertama negara kita?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Tun H.S. Lee

16.

Berapa kalikah Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan "MERDEKA" ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan?

a)

satu

b)

lima

c)

tujuh

d)

tiga

17.

Dimanakah lokasi Tunku Abdul Rahman menerima watikah pemasyhuran kemerdekaan?

a)

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

b)

Padang Kelab Selangor.

c)

Padang Merdeka, Bandar Hilir.

d)

London.

18.

Bendera Union Jack diturunkan lalu digantikan dengan ______________________.

a)

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan.

b)

Perlembagaan Persekutuan.

c)

Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

d)

Akhbar Utusan Melayu.

19.

Siapakah yang menjadi Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

Tun H.S Lee

c)

Dato' Haji Abdul Wahab

d)

Tun Tan Cheng Lock

20.

Pilih padanan yang BETUL.

a)

Tun V.T Sambanthan - Wakil Ratu England.

b)

Ahmad Boestamam- Ketua Angkatan Pemuda Insaf (1946).

c)

Dato' Onn bin Jaafar - Presiden Malayan Chinese Association (MCA).

d)

Tun Tan Cheng Lock - Pemimpin penggerak kerjasama UMNO-MCA.

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan Darurat?

a)

Mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang.

b)

Suruhanjaya bebas yang berperanan menggubal Perlembagaan

c)

Membebaskan diri daripada ancaman musuh luar.

d)

Keadaan susah dan sukar yang datang dengan tidak disangka-sangka.

22.

Siapakah yang menerbitkan akhbar Suara Rakyat dan Voice of the People.

a)

Duke of Wllington.

b)

Abu Bakar al-Baqir.

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi.

d)

Ahmad Boestamam.

23.

Yang manakah BUKAN merupakan ahli Parti Perikatan?

a)

Tun Dr. Ismail

b)

Encik Bahaman Shamsuddin

c)

Dato' Abdul Wahab

d)

Tun H.S. Lee

24.

Bilakah pilihan raya yang telah dimenangi oleh Parti Perikatan?

a)

1957

b)

1955

c)

1956

d)

1958

25.

________________ bertanggungjawab untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

a)

Pemasyhuran Kemerdekaan

b)

Perjanjian London

c)

Suruhanjaya Reid

d)

Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan

26.

Apakah nama bendera negara Malaysia?

a)

Negaraku

b)

Rukun Negara

c)

Jalur Gemilang

d)

Keranamu Malaysia

27.

Apakah warna yang terdapat pada bendera Malaysia?

a)

Biru, kuning, hijau, merah.

b)

Merah, biru, kuning, putih.

c)

Merah, biru, kuning, kelabu.

d)

Biru, kuning, putih, hitam.

28.

Apakah bunga kebangsaan Negara Malaysia?

a)

Bunga Mawar

b)

Bunga Raya

c)

Bunga Kemboja

d)

Bungan Orkid

29.

Apakah tema sambutan kemerdekaan paa tahun ini (2022)?

a)

Keluarga Malaysia Teguh Bersatu.

b)

Keluarga Bahagia Bersatu Hati.

c)

Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

d)

Keluarga Malaysia Teguh Bahagia.

30.

Apakah tajuk lagu kebangsaan Malaysia?

a)

Negaraku

b)

Bangsa Johor

c)

Rukun Negara

d)

Keranamu Malaysia