Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Firdaus memang bukan orang berada. Memang sejak dari kecil lagi, ibunya selalu menggalakkan Firdaus agar kuat bekerja. Firdaus selalu membuat pekerjaan dengan sempurna kerana dia tahu pekerjaan yang baik akan membantunya mendapat markah yang tinggi.
belayar sampai ke pulau
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berserak
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Segala ilmu yang diperoleh sewaktu mengikuti pengajian di universiti dan menghadiri kursus-kursus, Izza praktikkan di dalam pekerjaannya. Bagi Izza, tidak ada gunanya ilmu pengetahuan disimpan begitu sahaja jika tidak digunakan sepenuhnya.
belayar sampai ke pulau
ikan terkilat jala pun tiba
kemenyan sebesar lutut, tidak Dibakar takkan berbau
umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
Puan Hamidah sering berpesan kepada anak-anaknya agar sentiasa bersifat rendah diri, baik dalam perbuatan mahupun perbualan supaya tidak dibenci orang lain.
biar putih tulang, jangan Putih mata
baik membawa resmi ayam betina
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
Cikgu Aisha sering mengingatkan para pelajarnya agar bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja mereka dan bermuafakat dalam sesuatu perkara sama ada senang atau susah agar sama-sama dirasai. jika mereka mahu berjaya dalam pekerjaannya.
hilang adat tegal muafakat
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
Encik Kamal kagum dengan hasil tugas Azuan. Walaupun Azuan diberikan banyak kerja, jarang kerjanya rosak kerana dia cermat ketika membuat pekerjaan.
tiada rotan akar berguna
tangan mencencang bahu memikul
nasi tak dingin pinggan tak retak
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
Sikap Atifah yang suka memandang rendah terhadap orang lain telah membuatkan dirinya dipinggirkan oleh rakan-rakan. Martha pernah menasihatkannya. Martha berharap nasihatnya itu akan didengari oleh Atifah seperti __________.
garam jatuh di air
membuang garam ke laut
jauhari juga yang mengenal manikam
jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Encik Hakeem dan isterinya terpaksa berhijrah ke Brisbane atas urusan pekerjaan. Anak mereka, Harith terpaksa ditinggalkan untuk beberapa bulan di Singapura kerana perlu menduduki peperiksaan peringkat O. Mereka mendapati sukar untuk meninggalkannya apabila mereka berpindah ke Brisbane kerana perasaan kasih mereka terhadap Harith sangat mendalam bak pepatah ____________.
ditatang bagai minyak yang penuh
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
seperti labah-labah cinta kepada telurnya
Walaupun telah lama menetap di Lisbonne dan mengenali cara hidup orang-orang Portuguese, Amirul kadangkala masih merasakan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup mereka. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah airnya. Bak kata pepatah ___________.
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
Walaupun menyandang pangkat yang tinggi di tempat pekerjaannya, Fiza tidak pernah sekali pun bermegah atau menyombong diri. Malah, dia sering membantu anggota-anggotanya kerana dia mempercayai bahawa seorang ketua tidak akan hilang martabatnya walaupun dia merendahkan dirinya.seperti _____________________,
kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul jua
jika ular menyusur akar, tiada akan hilang bisanya
Rakan-rakan sekerjanya menuduh Sahiba mencuri idea mereka untuk menghasilkan projek mereka. Sahiba amat sedih dengan tuduhan rakan-rakannya itu kerana dia tidak bersalah. Dia percaya bahawa meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga seperti ___________.
kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul jua
berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Alfian telah mengambil keputusan untuk mencuba nasib di Amerika Syarikat. Ramai rakannya menasihatinya agar tidak bersikap seperti burung terbang (a) lada dan terburu-buru dengan keputusannya untuk memulakan perniagaannya di situ kerana dia belum pasti akan meraih keuntungan yang banyak di sana.
Dia percaya untuk meraih kecemerlangan, dia harus tabah menghadapai cemuhan dan rintangan bak pepatah genggan bara api biar sampai jadi (a) . Dia gigih berusaha untuk mencapai cita-citanya.
Ibunya amat sedih melihatnya pergi dan tidak mahu melepaskannya untuk pergi ke sana. Sebagai anak tunggal, memang Alfian amat dikasihi dan dijaga dengan elok sejak kecil seperti (a) minyak yang penuh.
Namun, Alfian sedar di sebalik kata-kata dan perbuatan ibunya, ibu beliau hanya inginkan yang terbaik buat dirinya bak kata orang kilat dalam (a) , kabus dalam hujan.
Semenjak ayahnya meninggal dunia, mereka berdua telah bersikap laksana ke bukit sama didaki, ke (a) sama dituruni; menikmati kesenangan dan kesusahan bersama-sama.
Suasana di dewan serbaguna Kelab Masyarkat Anchorvale kelihatan sungguh meriah. Tetamu yang bertandang ke majlis Persandingan Dr Faisal Kamil tidak putus-putus sejak pagi tadi. Sememangnya, Dr Faisal ialah seorang karyawan yang terkenal di Singapura. Beliau umpama duduk seperti kucing, melompat seperti (a) , pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar dalam melakukan kerja.
Masa yang ada dalam tangan Dr Faisal tidak akan dipersia-siakan, ibarat pagi tidak dibuang, (a) tidak dikejar. Walaupun sibuk dengan tugas, beliau juga aktif menyumbang tenaga dalam kerja-kerja sukarela. Sumbangannya kepada pertubuhan kebajikan setempat seperti Pertapis dan Muhamadiyyah besar nilainya kepada penghuni di sana.
Selain sumbangan kewangan, Dr Faisal berharap agar kelas tuisyen bimbingannya pada setiap hujung minggu dapat membantu penghuni rumah tumpangan tersebut. Pada hematnya, tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja tanpa dikongsi, bak kata pepatah (a) sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau.
Dr Faisal sering mengingatkan anak-anak muda di bawah bimbingannya agar bersikap seperti diam-diam ubi berisi, diam-diam besi (a) kerana diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
Budi yang telah ditabur Dr Faisal tidak dapat dibalas dengan wang namun akan dikenang seumur hidup kerana hutang (a) dapat dibayar, hutang budi dibawa mati. Mereka yang hadir turut mendoakan agar rumahtangga yang Dr Faisal Kamil bina kekal hingga ke syurga.
