WorksheetsKUIZ MERDEKA KDSE 2022 (Siri 2)
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Berapa kalikah Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’?
10 kali
3 kali
7 kali
5 kali
Dimanakah detik pemasyhuran kemerdekaan negara pada 30 Ogos 1957 diadakan?
Dataran Merdeka
Padang Kelab Selangor
Istana Negara
Stadium Negara
Berikut merupakan jawatankuasa yang diwujudkan untuk memastikan sambutan kemerdekaan negara berjalan lancar, KECUALI
Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka
Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota Persekutuan
Jawatankuasa Derma Perayaan Kemerdekaan
Jawatankuasa Perayaan Patriotisma Kebangsaan
Apakah gelaran yang telah diberikan kepada Tunku Abdul Rahman?
Bapa Kemerdekaan Negara
Perdana Menteri Malaysia Pertama
Bapa Perjuangan Negara
Bapa Pembangunan Negara
Siapakah Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya?
Duke of Gloucester
Sir Donald Mac Gillivray
Sir Ralph Hone
Lord Louis Mountbatten
Dimanakah Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan negara?
Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Padang Bandar Hilir, Melaka
Lancaster House, London
Pada pukul 11.58 malam 30 Ogos 1597, apakah yang terjadi di Padang Kelab Selangor?
Semua lampu di padang dipadamkan sehingga gelap gelita
Lagu Negaraku berkumandang buat pertama kali di Tanah Melayu
Bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan
Laungan ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman
Apakah simbolik kepentingan pemasyhuran kemerdekaan kepada negara kita?
Kemakmuran
Kebebasan
Kesejahteraan
Kedaulatan
Bagaimanakah negara kita dapat memperoleh kemerdekaan tanpa pertumpahan darah?
Para pemimpin menghantar memorandum bantahan
Desakan daripada kuasa asing yang lain
Rundingan dan muafakat antara kaum
British menawarkan kemerdekaan dengan syarat
Pada tahun 1957, semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal untuk memberikan peluang menyambut kemerdekaan.
Betul
Salah
Kerajaan manakah yang menghadiahkan pertunjukan bunga api kepada negara kita pada malam merdeka 30 Ogos 1957?
Kerajaan Thailand
Kerajaan Jepun
Kerajaan Arab Saudi
Kerajaan China
Apakah kepentingan Pemasyhuran Kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957?
Menjelaskan hubungan Persekutuan Tanah Melayu dengan British
Menandakan persetujuan untuk mencapai kemerdekaan
Membacakan syarat syarat kemerdekaan yang telah ditetapkan British
Mengisytiharkan kemerdekaan negara
Berikut merupakan perkara perkara yang telah dipersetujui di dalam Perjanjian London 1957 KECUALI
Institusi raja berpelembagaan dikekalkan
Tanah Melayu akan merdeka dalam lingkungan ‘British Komanwel’
Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri diteruskan
Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Tanah Melayu
Perjanjian London juga dikenali sebagai
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Cobbold
Perjanjian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Kemerdekaan Malaysia
Siapakah Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu?
Tunku Abdul Rahman
Yang Di Pertuan Agong
Raja – raja Melayu
Presiden UMNO
Apakah monument yang dibina sebelum pemasyhuran kemerdekaan diadakan?
Stadium Merdeka
Tugu Negara
Bangunan Pejabat Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
Stadium Kelab Selangor
Siapakah yang Di-Pertuan Agong pertama di Malaysia?
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Sultan Salehuddin Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Siapakah yang telah menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak Kerajaan British?
Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu
Setiausaha Negara Tanah Jajahan British
Berikut merupakan kuasa asing yang pernah menjajah negara kita, KECUALI
Jepun
Sepanyol
Inggeris
Portugis
Peristiwa apakah yang menjadi simbolik berakhirnya pentadbiran Kerajaan British di Tanah Melayu?
Laungan Merdeka sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu Negaraku
Bendera Union Jack diturunkan dengan iringan lagu God Save The Queen
Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957
