wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KEMERDEKAAN TAHUN 6

Total questions: 30

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kemerdekaan negara?

a)

Bebas menakluk negara lain

b)

Bebas daripada hutang negara

c)

Bebas daripada kritikan antarabangsa

d)

Bebas daripada penjajah

2.

Bilakah tarikh Tanah Melayu mendapat kemerdekaan?

a)

31 Ogos 1963

b)

31 Ogos 1957

c)

16 September 1963

d)

16 September 1957

3.

Wilayah manakah yang bergabung bersama Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia?

a)

Indonesia, Sabah dan Sarawak

b)

Brunei, Sabah dan Sarawak

c)

Thailand, Sabah dan Singapura

d)

Sabah, Sarawak dan Singapura

4.

Nyatakan tarikh terbentuknya Persekutuan Malaysia?

a)

31 Ogos 1963

b)

16 September 1963

c)

16 Mei 2022

d)

31 Ogos 1957

5.

Nyatakan wilayah yang disingkirkan daripada Persekutuan Malaysia pada 1965?

a)

Sabah

b)

Sarawak

c)

Singapura

d)

Brunei

6.

Nyatakan nama pakatan parti politik yang memenangi Pilihanraya Umum Negara buat kali pertama pada 1955?

a)

Barisan Nasional

b)

Pakatan Harapan

c)

Parti Perikatan

d)

Perikatan Nasional

7.

Parti Perikatan telah diberi mandat oleh rakyat untuk mengetuai kerajaan Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka. Nyatakan tiga parti politik yang bekerjasama dalam Parti Perikatan.

a)

UMNO, PAS dan DAP

b)

UMNO, PKMM dan MPAJA

c)

UMNO, MIC dan MCA

d)

UMNO, IMP dan Parti Komunis Malaya

8.

Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

b)

Dato Seri Ismail Sabri

c)

Tun Dr Mahathir Mohammad

d)

Tan Sri Muhyddin Yassin

9.

Berapa kalikah laungan "Merdeka" disebut oleh Tunku Abdul Rahman ketika pengisytiharan kemerdekaan Negara?

a)

6 kali

b)

7 kali

c)

8 kali

d)

9 kali

10.

Pada 1511, Sebuah kerajaan di negara kita telah berperang dengan Portugis dan akhirnya ditawan oleh Pihak Portugis, Apakah nama kerajaan ini?

a)

Kerajaan Kesultanan Melayu Johor

b)

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

c)

Kerajaan Gangga Negara

d)

Kerajaan Kedah Tua

11.

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang pernah wujud di negara kita suatu ketika dahulu. Siapakah pengasas Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Parameswara

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Hang Tuah

d)

Mat Kilau

12.

Pihak Portugis di Melaka telah dikalahkan oleh pakatan Johor bersama sebuah kuasa barat pada tahun 1641. Pentadbiran Melaka kemudian diambil alih oleh kuasa barat ini. Siapakah kuasa barat yang dimaksudkan?

a)

Jepun

b)

Thailand

c)

British

d)

Belanda

13.

Pada 1786, Sultan Muhammad Jiwa iaitu Sultan Kedah telah meminta bantuan ketenteraan daripada Francis Light (British) untuk melindungi Kedah daripada serangan Siam. Sultan Muhammad Jiwa telah menawarkan sebuah tempat kepada British sebagai tukaran. Apakah nama tempat ini?

a)

Pulau Pinang

b)

Alor Setar

c)

Kuala Kedah

d)

Sungai Petani

14.

Setelah menguasai Pulau Pinang, British merasakan Pulau Pinang bukanlah tempat yang strategik untuk menguasai Perdagangan. British kemudian tertarik dengan Singapura kerana kedudukannya yang lebih strategik dan menguntungkan. Namun Singapura pada ketika itu berada di bawah kekuasaan sebuah negeri. Apakah negeri yang dimaksudkan?

a)

Johor

b)

Selangor

c)

Kedah

d)

Kelantan

15.

"Tengku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Sultan Johor oleh Bendahara kerana baginda berada di sisi ayahnya ketika ayahnya mangkat. Perkara ini telah menyebabkan abangnya Tengku Husin tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya lebih layak menjadi Sultan kerana dia merupakan putera sulung"

Peristiwa perebutan takhta ini telah memberi peluang kepada British untuk menguasai Singapura. Bagaimanakah British mengambil Singapura daripada Johor?

a)

Menyuruh Tengku Husin dan Tengku Abdul Rahman untuk berdamai

b)

Menandatangani perjanjian pajak dengan Tengku Abdul Rahman untuk menyewa Singapura

c)

Mempergunakan Tengku Husin yang kecewa seterusnya melantiknya sebagai Sultan di Singapura

d)

Menghasut Tengku Husin supaya membunuh Tengku Abdul Rahman

16.

British telah mengambil alih Melaka daripada Belanda setelah perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Setelah itu British menubuhkan Negeri-Negeri Selat untuk memudahkan urusan pentadbiran.

Apakah negeri yang berada di bawah Negeri-Negeri Selat?

a)

Kedah, Johor dan Melaka

b)

Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

c)

Sabah, Sarawak dan Melaka

d)

Selangor, Perak dan Melaka

17.

Setelah menubuhkan Negeri-Negeri Selat, British telah melakukan campurtangan di Negeri-Negeri Melayu untuk menjaga kepentingan mereka dan menguasai bahan mentah.

British kemudian berjaya menakluk Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kesemua negeri ini diletakkan di bawah satu pentadbiran. Apakah nama pentadbiran ini?

a)

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

b)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

c)

Negeri-Negeri Melayu Kaya

d)

Negeri-Negeri Melayu Yang Dijajah

18.

Sebutkan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

a)

Melaka, Perak, Selangor, Johor dan Singapura

b)

Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor

c)

Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor

d)

Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak

19.

Sebutkan negeri bagi tokoh perjuangan tempatan menentang British:

Mat Kilau

a)

Kelantan

b)

Selangor

c)

Terengganu

d)

Pahang

20.

Sebutkan negeri bagi tokoh perjuangan tempatan menentang British:

Tok Janggut

a)

Kelantan

b)

Sarawak

c)

Terengganu

d)

Negeri Sembilan

21.

Sebutkan negeri bagi tokoh perjuangan tempatan menentang British:

Dato Maharaja Lela

a)

Sabah

b)

Perak

c)

Sarawak

d)

Terengganu

22.

Sebutkan negeri bagi tokoh perjuangan tempatan menentang British:

Mat Salleh

a)

Johor

b)

Sabah

c)

Sarawak

d)

Selangor

23.

Ketika Perang Dunia kedua (1941), British telah dikalahkan oleh Negara X seterusnya Tanah Melayu telah dikuasai oleh negara X sehinggalah tahun 1945.

Apakah negara X?

a)

Amerika Syarikat

b)

Belanda

c)

Jepun

d)

Jerman

24.

Pada 1945, kuasa Jepun telah menyerah kalah. Kenapa?

a)

Jepun kehabisan sumber ekonomi

b)

Jepun kehilangan ramai tentera

c)

Jepun sengaja menyerah kalah

d)

Dua biji bom atom telah digugurkan di Jepun

25.

Sekembalinya British ke Tanah Melayu, British telah melaksanakan Malayan Union tetapi ditentang hebat oleh orang Melayu.

Nyatakan satu sebab mengapa orang Melayu menentang Malayan Union.

a)

Kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus di bawah Malayan Union

b)

Orang Melayu mendapat layanan istimewa oleh British di bawah Malayan Union

c)

Orang Melayu lebih suka dijajah oleh Jepun berbanding British

d)

Orang Melayu dipaksa memakai pakaian orang Inggeris di bawah Malayan Union

26.

Apakah nama matawang bagi negara Malaysia setelah merdeka?

a)

Ringgit

b)

Rupiah

c)

Dollar Malaya

d)

Baht

27.

Apakah nama Bunga Kebangsaan Malaysia?

a)

Bunga Teratai

b)

Bunga Kaktus

c)

Bunga Kemboja

d)

Bunga Raya

28.

Kesemua berikut ialah termasuk dalam prinsip Rukun Negara kecuali

a)

Keluhuran Perlembagaan

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Hormat kepada Ibu Bapa

d)

Kesopanan dan Kesusilaan

29.

Apakah ibu negara bagi Malaysia?

a)

Shah Alam

b)

Kuala Lumpur

c)

Cheras

d)

Putrajaya

30.

Apakah nama bagi bendera Malaysia?

a)

Jalur Cemerlang

b)

Jalur Gemilang

c)

Jalur Terbilang

d)

Jalur Berbelang