Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

六年级国语

Total questions: 45

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk kampung __________ papan tanda baharu di balai raya.

a)

menampal

b)

memasang

c)

membuang

d)

menggantung

2.

Mei Fung sekeluarga menaiki feri dari ______ ke Labuan.

a)

Pekan Sipitang

b)

Terminal Feri Menumbok

c)

Lapangan Terbang Senai

d)

Stesen Bas Kota Kinabalu

3.

Cikgu Vivi menyuruh Roland membaca ________ pantun nasihat.

a)

sebaris

b)

sepatah

c)

serangkap

d)

perenggan

4.

Hubungan Lian Lee dengan Suresh sangat rapat__________.

a)

putih seperti kapas

b)

manis seperti madu

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai aur dengan tebing

5.

Aktiviti yang menyeronokkan ialah bergotong-royong membersihkan taman.

Perkataan antonim bagi menyeronokkan ialah....

a)

menyukarkan

b)

menyusahkan

c)

membosankan

d)

menggembirakan

6.

Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.

Perkataan sinonim bagi nyenyak ialah...

a)

leka

b)

lena

c)

mudah

d)

selesa

7.

Pilih betul atau salah.

Puan Dewi menuang jus oren segar itu ke dalam gelasnya.

a)

betul

b)

salah

8.

Jalan menuju ke Genting Highland itu bengkang-bengkok _____________.

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti itik pulang petang

c)

seperti rusa masuk kampung

d)

seperti katak di bawah tempurung

9.

Pengemis itu ________ oleh pekerja restoran.

a)

dimarahi

b)

dibuang

c)

dihalang

d)

dihalau

10.

Badan Nabilah ______ kerana ketakutan.

a)

menggelepor

b)

menggeletar

c)

memerah

d)

memicit

11.

Murid itu dipuji _______ rajin menyiapkan kerja rumah.

a)

atau

b)

jika

c)

kerana

d)

untuk

12.

Pencuri masuk ke rumah itu__________ penghuninya sedang tidur nyenyak.

a)

agar

b)

ketika

c)

hingga

d)

setelah

13.

Encik Johnny membaca ________ majalah.

a)

sekeping

b)

senaskah

c)

sehelai

d)

sebuku

14.

Puan Chia Ling membeli _______ buah rambutan.

a)

sebakul

b)

seikat

c)

segugus

d)

sebiji

15.

Lee Hoon and Kim Woo menggunakan __________ payung untuk melindungi diri mereka daripada hujan.

a)

sekaki

b)

sepuntung

c)

sebuah

d)

sejambak

16.

Daniel dan kawan-kawannya _______ kelas mereka.

a)

mencuci

b)

mengutip

c)

mengelap

d)

menghias

17.

Buku cerita itu __________ oleh Roland dengan khusyuk ketika di pusat sumber sekolah.

a)

dibaca

b)

diselak

c)

disusun

d)

disimpan

18.

"________, kamu belum pulang lagi!" kata Tahuja kepada Wei Chan.

a)

Eh

b)

Cis

c)

Hai

d)

Aduh

19.

Bau bunga ros ini sungguh __________.

a)

kuat

b)

cantik

c)

manis

d)

harum

20.

Pattu Pavadai ialah pakaian tradisional kaum India yang diperbuat _________ kain sutera.

a)

dari

b)

oleh

c)

pada

d)

daripada

21.

Adik menambah beberapa biji _______ ikan ke dalam sup ini.

a)

dedaun

b)

bebola

c)

kekabu

d)

jejari

22.

"Walaupun kemenangan sudah ______ pasukan kita tetapi cikgu mahu kami mengekalkan prestasi yang baik sehingga perlawanan tamat," kata Cikgu Jason.

a)

dalam hati

b)

dalam pagar

c)

dalam tangan

d)

dalam genggaman

23.

Pamela duduk di atas sebuah bangku panjang sambil _________ adiknya yang sedang bermain buaian di taman permainan itu.

a)

perhatian

b)

memperhati

c)

diperhatikan

d)

memerhatikan

24.

Saya akan belajar bersungguh-sungguh _______ berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.

a)

kalau

b)

jikalau

c)

sehingga

d)

seandainya

25.

Puan Soleha membeli segugus anggur sebagai ______ semasa melawat jirannya yang kurang sihat.

a)

buah hati

b)

buah mulut

c)

buah fikiran

d)

buah tangan

26.

Mereka tiba di Karnival Kesenian Tanjung Malim tepat _____ pukul 7:30 pagi.

a)

ke

b)

di

c)

pada

d)

kepada

27.

“Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada kawan-kawannya.

a)

dia

b)

awak

c)

beliau

d)

kalian

28.

________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.

a)

Saya

b)

Awak

c)

Kita

d)

Mereka

29.

Nelayan itu menebar se ___________ jala ke laut untuk menangkap ikan.

a)

rawan

b)

buah

c)

helai

d)

keping

30.

Se ___________ penjahat telah ditangkap oleh polis.

a)

kumpulan

b)

pasukan

c)

angkatan

d)

gerombolan

31.

Ayah berlari ________ kawasan tebing sungai apabila beliau mendengar sayup-sayup suara orang meminta tolong.

a)

A. di

b)

B. ke

c)

C. pada

d)

D. kepada

32.

Ramlah menerima sebentuk cincin ________ suaminya.

a)

dari

b)

dengan

c)

daripada

33.

Mak Cik Hasnah menghantar kuih raya ______ anaknya di Arab.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

34.

Fadhilah baru pulang ______ Pulau Langkawi.

a)

di

b)

dari

c)

daripada

35.

Harga baju itu sungguh ______.

a)

senang

b)

mahal

c)

kecil

36.

Johan menolong abang ________ kereta pada hujung minggu.

a)

membeli

b)

mencuci

c)

menolak

37.

Bersenamlah selalu ________ badan kita menjadi sihat.

a)

sejak

b)

tetapi

c)

supaya

38.

Saya tertidur di dalam kelas ______ terlalu mengantuk.

a)

supaya

b)

kerana

c)

dan

39.

Dia tidak sombong _________ dia kaya.

a)

tetapi

b)

walaupun

c)

serta

40.

Kita mestilah mengurangkan pengambilan makanan yang _______ demi menjaga kesihatan.

a)

berprotein

b)

berair

c)

berlemak

d)

bersusu

41.

Penyakit demam denggi disebabkan oleh ______ Aedes.

a)

lalat

b)

tikus

c)

lipas

d)

nyamuk

42.

Tiang lampu itu ________ kerana dilanggar lori.

a)

lekuk

b)

benjol

c)

bengkak

d)

bengkok

43.

Dia memang ____________, segala nasihat daripada orang tua dan kawan-kawan tidak dihiraukannya.

a)

naik kepala

b)

sakit kepala

c)

keras kepala

d)

dalam kepala

44.

Beberapa ____________ pisang nangka di kebun Pak Wan sudah tua.

a)

biji

b)

sisir

c)

sikat

d)

tandan

45.
Encik Zainuddin hendak __________ bayaran bil elektrik dan bil astro di pejabat pos. 
a)
jelas
b)
menjelas
c)
memperjelas
d)
menjelaskan