wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MAKSUD SYAIR "MERIAHNYA PERAYAAN"

Total questions: 8

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Negara Malaysia namamu terserlah,

Perpaduan utuh musuh pasti kalah,

a)

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan semangat bersatu padu.

b)

Malaysia merupakan sebuah negara yang cepat mengalahkan lawan.

2.

Harmoni di rumah juga di sekolah,

Raikan persamaan usah berbalah.

a)

Ketika di rumah dan di sekolah, kita harus bersetuju dengan semua perkara.

b)

Kita perlulah mempunyai sifat toleransi sama ada di rumah ataupun di sekolah

3.

Rumah terbuka juadah berselera,

Makan bersama jalinan mesra,

a)

Terdapat pelbagai jenis rumah terbuka di Malaysia yang berperanan mengukuhkan hubungan sesama kaum.

b)

Malaysia mempunyai banyak hidangan yang pelbagai. Contohnya, Nasi Lemak, Roti Canai dan Laksa.

4.

Rakan taulan seperti saudara,

Susah dibantu tanpa berkira.

a)

Kita perlulah saling tolong-menolong sesama rakan tanpa mengira bangsa dan agama.

b)

Rakan kita ialah saudara terdekat kita kerana selalu bersama-sama.

5.

Pelbagai bangsa aneka budaya,

Semangat berpadu mewarnai raya,

a)

Semangat bersatu padu membantu masyarakat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilifitri.

b)

Kepelbagaian masyarakat di Malaysia mengukuhkan dan mewarnai lagi kehidupan semua.

6.

Saling menghormati saling percaya,

Jaga kesopanan dalam media maya.

a)

Sifat saling hormat-menghormati akan membantu kita menghasilkan media pada masa akan datang.

b)

Kita perlulah menjaga tingkah laku dalam media sosial dengan memaparkan sifat positif.

7.

Pelbagai kaum warisan persembahan,

Suasana ceria jelas kemeriahan,

a)

Setiap kaum mempunya warisan tersendiri yang mewarnakan lagi kepelbagaian kebudayaan negara.

b)

Persembahan kebudayaan merupakan aktiviti tahunan di sekolah.

8.

Berganding bahu warisan dipertahan,

Seni dan budaya penuh keindahan.

a)

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menjaga warisan negara agar tidak dilupakan zaman.

b)

Seni dan budaya Malaysia terkenal di persada dunia.