wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Penghayatan Etika & Peradaban

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Etika berasal daripada Bahasa Yunani iaitu ethos.

Maksud etika yang paling tepat ialah...

a)

hukum, suasana dan budi pekerti.

b)

kepelbagaian adat, kelaziman dan budi pekerti.

c)

hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.

d)

budaya dan sosiologi bangsa.

2.

Pilih krono;ogi pembentukan susur masa etika dan peradaban yang paling tepat.

a)

Pra-kolonial > Kolonial > Pasca kolonial

b)

Pasca kolonial > Kolonial > Pra Kolonial

c)

Kolonial > Pra Kolonial > Pasca Kolonial

d)

Kolonial > Pasca Kolonial > Pra kolonial

3.

Pra Kolonial merujuk kepada zaman...

a)

penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.

b)

masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.

c)

era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.

4.

Kolonial merujuk kepada zaman...

a)

penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.

b)

masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.

c)

era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.

5.

Pasca Kolonial merujuk kepada zaman...

a)

penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.

b)

masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.

c)

era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.

6.

Pilih 2 antara berikut yang menunjukkan maksud ETIKA?

a)

Ilmu tentang baik dan buruk

b)

Tahap perkembangan

c)

ciri sesuatu bangsa

d)

Adat dan peraturan

7.

Pengaruh peradaban Barat bermula dengan kedatangan kuasa Kolonial ke Alam melayu. Berikut merupakan kuasa kolonial yang pernah menjajah Tanah Melayu KECUALI

a)

Portugis

b)

Belanda

c)

British

d)

Perancis

8.

Pilih turutan yang betul bagi perkembangan sejarah Alam Melayu iaitu Zaman Pra Sejarah

a)

Zaman Mesolitik -Zaman Neolitik - Zaman Logam - Zaman Paleolitik

b)

Zaman Neolitik - Zaman Logam - Zaman Paleolitik - Zaman Mesolitik

c)

Zaman Logam - Zaman Paleolitik - Zaman Mesolitik - Zaman Neolitik

d)

Zaman Paleolitik - Zaman Mesolitik - Zaman Neolitik - Zaman Logam

9.

Bagaimanakah cara anda beradab ketika dirumah?

a)

Membaca doa sebelum masuk dan keluar rumah.

b)

Masuk rumah dengan kaki kiri.

c)

Tidak meminta izin untuk keluar rumah.

d)

Tidak menjaga kebersihan.

10.

Apakah yang anda akan lakukan jika berselisih dengan guru?

a)

Menengking guru

b)

Menyapa guru dengan nada yang tinggi

c)

Memberi salam dan bermanis muka

d)

Menghalang laluan guru

11.

Mengapakah penghayatan ETIKA sangat penting di dalam kehidupan kita? (lebih dari satu jawapan)

a)

Membentuk keperibadian yang tinggi

b)

Membina kehidupan sosial yang harmoni

c)

Memahami sejarah

d)

Membina jati diri bangsa yang baik

12.

Antara perkara yang menyumbang kepada kegemilanga Kerajaan Melayu Melaka adalah sistem pentadbiran yang sistematik seperti sistem pembesar empat lipatan. Berdasar pengetahuan anda tugas Temenggung ialah...

a)

Ketua Polis & Penjara

b)

Ketua Angkatan laut

c)

Pengutip hasil dan ufti

d)

Penasihat sultan dalam pentadbiran

13.

Kedatangan pelbagai tamadun ke Tanah Melayu telah menjadikan pelbagai adat dan budaya bercampur baur dalam masyarakat kita pada hari ini. Adat berinai yang diamalkan dalam masyarakat Melayu hari ini berasal dari adat masyarakat...

a)

Jawa

b)

Cina

c)

India

d)

Bugis

14.

Perkataan jendela dan almari yang digunakan dalam bahasa Melayu hari ini adalah dipinjam dari bahasa...

a)

India

b)

Arab

c)

Portugis

d)

Turki