NEW
Font size
WorksheetsTake 5
Total questions: 25
Worksheet time: 8mins
1. Antara mesej utama KEMPEN TAKE 5 Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut KECUALI;
Kekal Berhubung – Eratkan Rangkaian Sosial
Aktifkan Diri – Tingkatkan Kecergasan Diri
Syukur – Hargai Nikmat Kehidupan
Makan Secara Sihat – Suku Suku Separuh
Musim pandemik COVID-19 mengajar kita erti untuk kita perlu berhubung dengan orang lain bagi meningkatkan tahap kesihatan mental kita. Walaupun kita boleh untuk berhubung dengan orang lain, kita masih perlu amalkan norma baharu seperti berikut KECUALI;
Pakai pelitup muka di kompleks membeli belah
Selalu basuh tangan dengan air dan sabun atau cecair pensanitasi tangan
Buat saringan kesihatan jika bergejala
Jalani kuarantin di rumah jika didapati positif
Pelbagai aktiviti fizikal boleh kita lakukan bagi meningkatkan tahap kecergasan. Kita perlu untuk kekal aktif bagi mengurangkan risiko Penyakit Kronik dan meningkatkan stamina kita. Antara perkara yang perlu kita utamakan jika mahu bersenam ialah;
Pastikan kasut dan pakaian adalah sesuai
Beli telefon bimbit untuk mendengar lagu ketika berlari
Beli pakaian baru
Muat turun aplikasi senaman di telefon bimbit anda
Konsep BERI dalam kempen TAKE 5 merujuk kepada pernyataan di bawah KECUALI;
Gotong royong di Masjid
Sertai sukarelawan TRASH HERO Perlis
Masuk pertandingan mewarna
Senyum kepada guru dan kawan kawan
Kita semua mempunyai bakat. Kita perlu cari bakat yang terpendam dalam diri kita. Kita mungkin sudah lupa akan keseronokan melakukan sesuatu dalam tempoh pandemik COVID-19. Antara contoh bakat yang perlu kita cari dan gilap ialah seperti berikut;
Belajar anyam bakul
Belajar main piano
Masuk pertandingan melukis poster
Semua di atas
Kita sering terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang menolong kita. Kadang kadang kita langsung tidak peduli kepada orang yang memudahkan urusan kita sehari-hari. Berikut kenyataan yang tepat menggambarkan kita menghargai orang lain KECUALI;
Angkat tangan kepada kenderaan yang memberi jalan kepada kita
Bertukar-tukar makanan dengan jiran tetangga
Angkat jemuran baju jiran sebelah
Senyum kepada pekerja pembersihan yang mengutip sampah di rumah kita
Kita boleh nyatakan rasa syukur kita dengan menulis diari syukur kita. Kita nyatakan rasa syukur kita dalam sebuah buku nota, dan pada suatu hari nanti kita boleh baca kembali apa yang telah kita syukuri sejak sekian lama.
Setuju
Tidak Setuju
Untuk meningkatkan tahap kecergasan diri, kita perlu untuk tahu jenis senaman yang sesuai untuk diri kita. Jika kita hendak tingkatkan tahap kecergasan kardio kita boleh untuk melakukan senaman seperti berikut;
i. Berlari Bersama anak di depan rumah
ii. Bermain kejar kejar dengan kawan kawan
iii. Latihan Yoga dan senaman regangan
iv. Buat Tubi
i, ii, dan iii
ii dan iii
i dan ii
Semua di atas
Kempen TAKE 5 penting untuk kita lebih kuat dalam memasuki pandemik COVID-19. Terutama dalam komponen kesihatan mental. Pilih pernyataan yang paling sesuai untuk menggambarkan status kesihatan mental yang baik;
i. Jika kita hendak marah, kita perlu bertenang
ii. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
iii. Kita boleh marah pemandu kenderaan yang membunyikan hon kepada kita
iv. Tiada masalah untuk kita luahkan rasa tidak puas hati di Facebook dan Twitter, ianya trend masa kini
i dan ii
i, ii, dan iii
ii dan iii
Semua di atas
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mensasarkan untuk kanak kanak bersenam
60 minit setiap hari
150 minit seminggu
3 kali seminggu
30 minit sehari
Berikut merupakan medium media sosial untuk kita kekal berhubung dengan orang lain KECUALI;
Snapseed
Youtube
Kempen TAKE 5 adalah di bawah agenda kerajaan yang menyokong pembudayaan hidup sihat dalam kalangan masyarakat yang dikenali sebagai ANMS yang merujuk kepada;
Agenda Nasional Malaysia Sejahtera
Agenda Nasional Malaysia Seiring
Agenda Negara Malaysia Sihat
Agenda Nasional Malaysia Sihat
Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) telah dijalankan di Negeri Perlis pada Bulan Jun yang lalu. Karnival ini telah diadakan di
UiTM Perlis
Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
Denai Larian, Pengkalan Asam
Dewan Wawasan, Kangar
Setiap aktiviti fizikal yang dilakukan perlu untuk kita tahu di mana kemampuan diri sendiri. Kita perlu untuk tahu mengira kadar nadi yang sesuai ketika kita bersenam. Antara cara lain ialah kitab oleh melihat melalui Ujian;
Ujian Pernafasan
Ujian Tarik Nafas ketika berlari
Ujian momentum
Ujian Percakapan
Sebagai orang dewasa, kita perlu untuk aktifkan diri melakukan sebarang aktiviti fizikal
120 minit seminggu
150 minit seminggu
30 minit 3 kali seminggu
60 minit setiap hari
Mesej berikut amat sesuai untuk kempen TAKE 5 merujuk kepada komponen BERI, SYUKUR dan AKTIFKAN diri KECUALI;
Makan secara sihat, kurangkan pengambilan minyak dan garam
Cuci kereta bersama ahli keluarga
Beri ucapan terima kasih kepada yang menolong kita
Edar makanan kepada gelandangan di kaki lima
Mesej berikut amat sesuai untuk kempen TAKE 5 merujuk kepada komponen AKTIFKAN DIRI dan TONJOLKAN BAKAT KECUALI;
Masuk pertandingan E-Sport
Tanam sayur-sayuran hidroponik
Ucap terima kasih kepada guru setiap kali lepas sesi pengajaran
Melukis poster
Bersedekah kepada orang yang memerlukan adalah perkara yang baik. Namun ianya bukan konsep TAKE 5.
Setuju
Tidak Setuju
Demam Denggi disebabkan nyamuk yang dikenali sebagai
Nyamuk Tiruk
Nyamuk Aedes
Nyamuk Chikukunya
Dalam usaha kita untuk membuka semula sektor-sektor sosial dan ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat, tindakan kesihatan awam kendiri diperkukuhkan dengan pelaksanaan TRIIS. TRIIS merujuk kepada;
i. Test (Uji)
ii. Isolate (Asing)
iii. Report (Lapor)
iv. Surveillance (Kaji punca penyakit)
i dan ii
i, ii, dan iii
ii dan iii
Semua di atas
HePiLI merujuk kepada Health Promotion In Learning Institution.
Betul
Salah
Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 merupakan tawaran baharu (new deal) kerajaan yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. Manakah antara berikut merupakan teras bagi ANMS;
i. Teras 1 - Memantapkan promosi pembudayaan Hidup Sihat
ii. Teras 2 - Memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan
iii. Teras 3 - Memperkasakan Kawalan Kesihatan Kendiri
iv. Teras 4 - Kebersihan Persekitaran
i, ii, dan iii
i, ii dan iv
ii, iii dan iv
Semua di atas
Pilih kenyataan yang betul mengenai Kempen Let’s TALK Minda Sihat
i. T merujuk kepada TELL iaitu kongsilah perasaan anda dengan orang yang anda percayai
ii. A merujuk kepada ASK iaitu minta pertolongan jika anda dalam kesusahan
iii. L merujuk kepada LIFE iaitu anda perlu untuk terus hidup bagi ahli keluarga yang anda sayangi
iv. K merujuk kepada KNOW iaitu tahu di mana anda boleh dapat bantuan dan pertolongan
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, ii, iii dan iv
Semua jawapan adalah betul
Antara idea utama yang terkandung dalam kempen TAKE 5 ialah;
i. Kita perlu untuk sentiasa Bergerak Aktif bagi meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
ii. Sentiasa mempelajari ilmu yang baru dan memupuk minat terhadap perkara yang kita sukai
iii. Luangkan lebih masa untuk berhubung dengan orang orang yang tersayang termasuk ahli keluarga, rakan rakan dan saudara mara.
iv. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada dalam kehidupan kita.
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
Semua jawapan adalah betul
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan emosi dan gangguan mental kepada sebilangan Rakyat Malaysia. Peningkatan kes Bunuh Diri yang berlaku tahun ini menunjukkan kebenaran akan pernyataan di atas. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Kempen …………….. bagi menggalakkan rakyat mendapatkan sokongan dan bantuan bagi mencapai kesejahteraan mental serta menggalakkan ahli keluarga dan rakan rakan memberikan sokongan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk kesihatan mental yang sejahtera.
Let’s TALK Minda Sihat
Let’s TALK Minda Sejahtera
Let’s SHARE Kesihatan Mental
Let’s SHARE Minda Sihat
